Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai kawan-kawan tanya kenapa perlu qurban di Kemboja kenapa tidak di Malaysia. Jawapannya umat Islam di Kemboja lebih memerlukan berbanding kita. Biasa berlaku di Malaysia selepas musim haji, peti sejuk penuh dengan daging qurban sehingga disimpan berbulan-bulan. Di Kemboja mendapat sebahagian daging qurban seperti mendapat emas yang sangat berharga nilainya. Mereka yang miskin hanya makan daging setahun sekali itu pun kalau dapat bahagian daripada korban dilakukan di kampung mereka.
Lihat sahaja gambar-gambar pengalaman kami memziarahi Kampung Chananng, sebuah perkampungan di atas air di Tasik Tonle Sap. Kami perlu menaiki sampan lebih kurang 30 minit untuk sampai di perkampungan ini untuk menyerahkan sumbangan beras hadiah daripada berbagai persatuan dan individu. Melihat pakaian yang dipakai masyarakat di sini terasa sedih entah berapa tahun tidak bertukar. Kebanyakan pakaian ini adalah sumbangan dermawan dari Asia Tenggara. Kepada yang berminat boleh hubungi kami tetapi pastikan memberi pakain yang berkualiti bukan yang sisa-sisa koyak rabak.
Saksikan video penjelasan mengapa perlu korban di kemboja dan aktiviti eQurban membantu umat Islam Kemboja di SINI.
Ibadat korban sangat dituntut dalam Islam. Dengan pengalaman beberapa tahun dalam mengurus ibadat qorban & aqiqah kini eQurban.com mengajak umat Islam utk melaksanakan ibadah tersebut pada tahun ini. Dengan hanya RM320 anda bukan sahaja dapat membantu umat Islam Kemboja tetapi lebih penting dapat membantu diri sendiri di alam akhirat kelak. Jangan bertangguh untuk korbankan duit anda, korek akaun bank biar kosong di mata kasar tetapi kaya raya di sisi ALLAH. Terbukti umat Islam yang sentiasa ambil bahagian dalam qorban tidaklah miskin malah bertambah melimpah ruah rezeki mereka. Buangkan perasaan tidak ada duit maka tak nak buat ibadah qorban kerana sebenarnya ibadah qorban adalah pembuka pintu kepada rezeki yang tidak disangka-sangka.
“Aku (atau para sahabat) telah bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, apakah udh-hiyah(korban) itu ?, Nabi menjawab: “Inilah sunnah ayahmu Nabi Ibrahim.” Mereka berkata: “Apakah yang kita peroleh dari udh-hiyah (korban) ?” Nabi menjawab: “Di tiap helai bulunya, kita memperoleh satu kebajikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid ibn Arqam).
Perlaksanaan ibadah qorban, aqiqah & nazar 2014:
- Qurban Lembu dan Kambing di Kemboja
- 1 bahagian lembu RM320
- 1 ekor lembu RM2240
- 1 ekor kambing RM580
Kepada rakan Blogger yang ingin membantu mempromosi boleh juga mendaftar sebagai rakan affiliate, ada sedikit komisen disediakan.
321 Comments
Sedihnya melihat keadaan penduduk di sana yang serba kekurangan. Rezeki yang kita ada eloklah dikongsi bersama dengan yang lebih memerlukan dan semoga kita dapat menghulurkan bantuan yang diperlukan di sana..
Curahan rasa Eshamz Halim @ ..Moh Ke Perak: Keunikan Menara Condong Teluk Intan #VMY2014
Kadang2 kita rasa kita dah cukup susah..tapi sebenarnya lebih ramai lagi yang lebih susah dari kita..bersyukurlah dengan rezeki kurniaan-Nya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
benar tu UpProfits, kadang kita memang terfikir kenapa hidup kita macam ni, kenapa kita tak kaya macam orang tu, kenapa duit kita tak mampu nak beli makanan sedapa2, walhal.. kita tak sedar.. diluar sana ramai yang mempunyai nasib lebih susha dari kita..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Bila Update Blog, Baru Pageview Naik
sebelum ni tak pernah tahu pun yg ada syarikat yang buat qurban dekat kemboja
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kalau tak silap selain eQurban, EZQurban pun ada buat korban dan aqiqah di Kemboja..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
kadang2 kita kena ingat pada yang tak mampu. malaysia banyak lembu, rakya setiap hari mkn daging
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Susah2 hidup kita sebenarnya ada lebih ramai lagi yang susah dari kita..jika ada lebih rezeki berkongsi2kan lah rezeki bersama orang lain..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Sedihnya tengok keadaan mereka yang serba kekurangan. Rezeki yang kita ada eloklah dikongsi bersama dengan yang lebih memerlukan. Bagusnya dengan adanya E-Qorban dapat membantu mereka umat Islam di Kemboja 🙂
sekurang2nya ada orang tengah yg boleh jadi perantara utk kita tolong orang kemboja
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
salah satu cara kita membantu saudara2 kita di sana adalah dengan melakukan qurban dan aqiqah di Kemboja..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Ada banyak cara untuk membantu orang lain da inilah salah satu cara untuk membantu orang lain.
Betul tuh bang titan..selain menderma wang ringgit dan juga harta benda..melakukan korban dan aqiqah juga antara yang digalakkan..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
tak terpikir langsung akan hal ini,
tengok pada gambar memang mereka lebih memerlukan,
insyaallah kalau ada rezeki akan berbuat demikian.
Curahan rasa ceritashark @ ..Cabaran 30 hari di Hari ke 15 | Surat Buat Nor…..
Kita yang baru tengok gambar pun dah tersentuh apa lagi mereka di sana..kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada kini..lebih ramai lagi yang lebih susah dari kita..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Nanti minta izin ambil gambar sekeping dua tuan nak masukkan dalam entri
Ambil jer cikgu naman..nanti jangan lupa pula beri kredit backlink kepada tuan DH..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
as’salamualaikum,
Saya telah beberapa kali membaca entri ini, saya pernah memberi saluran untuk hubungi saya.
Saya kini telah mengumpul sebilangan besar pakaian yang terpakai untuk dihantarkan ke sana.
Baju-baju masih cantik. saya mohon, untuk tuan hubungi saya.
Ada eloknya tuan contact admin, ada di ruangan contact tu..ataupun PM di facebook
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Benar kata cikgu naman tuh..tak mustahil komen tuan itu tenggelam dalam ribuan komen2 pembaca..seeloknya tuan contact direct dengan admin melalui ruangan contact..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Allah.. Memang betul, sampai berbulan-bulan simpan daging.. 🙁 Terima kasih Tuan atas usaha membuka jalan bagi kami.. 🙂
Curahan rasa Rara Zack @ ..Travelling
Teringat zaman duk di kampung time raya korban mesti penuh peti ais orang datang hantar sikit demi sikit daging korban
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Itu yang selalu berlaku di Malaysia, kita selalu berlebihan daging korban..mungkin jika dilakukan di negara memerlukan seperti di Kemboja tuh masalah seperti ini dapat dielakkan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Kalau di Kemboja rasanya tak der la sampai berbulan simpan daging korban tuh sebab mereka sangat2 memerlukannya berbanding kita di Malaysia..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Alhamdulillah ada sedikit rezeki tahun ini untuk menyumbang untuk mereka di sana…
Curahan rasa shamiera osment @ ..Tips Temuduga Pegawai Latihan E41
syukur..semoga makin bertambah rezeki mereka yang suka melabur dijalan Allah…jangan takut jatuh miskin..rezeki itu datang daripada Allah..mereka disana amat memerlukan..
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Tips Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
kalau rezeki lebih eloklah bagi sumbangan. mereka lagi susah dari rakyat malaysia
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Syukur.. semoga dapat turut serta menyumbang untuk mereka yang lebih memerlukan..in sha Allah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Korea Selatan Asian Games 2014 Incheon
kawan kawan blogger jangan lupa daftar affiliates dan mempromosikan korban dan akikah di kemboja ini
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Dah daftar..cuma masih belum mula promosi..in sha Allah sedang mengumpul kekuatan untuk membuat special entri untuk eQurban..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Bersedekah Ada banyak cara. Bukan jumlah yang menjadi ukuran tetapi keikhlasan hati untuk membantu sesama must Islam yang memerlukan.
Betul tu..kalau sedekah juta juta tapi menunjuk orang je lah pandang, Allah pun tak pandang pun
Curahan rasa cikgu naman @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
sedekah banyak2 pun tak guna kalau hati tak ikhlas dan niat utk menunjuk
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Siap pegang replika cek lagi yer bro..hehe..apa pun yang kita lakukan yang penting adalah niat yang ikhlas..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Korea Selatan Asian Games 2014 Incheon
Setiap sen yang kita sedekahkan telah dijanjikan ganjaran yang berganda..bersedekah juga boleh menjemput rezeki..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Ya Allah, ada lagi orang lain yang lebih susah berbanding kita. bersyukurlah tinggal di negara yang serba cukup ni..dapat makan daging banyak kali, mereka cuma setahun sekali je ;'(
Curahan rasa Firzanah Azhar @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Kita di Malaysia nih ramai yang terlebih makan sampai membazir dan dibuang2..tahukah kita masih ramai insan yang memerlukan makanan dan terpaksa berpuasa kerana ketiadaan makanan?
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Nampak benar keseronokkan warga kemboja bila nak dapat daging korban tu. Jika ika ada rezeki lebih ika nak sangat beramal kearah yang mcm ni. Ika setuju dgn kata DH, bila kita sumbang sesuatu kearah yg bermanafaat mcm ni, rezeki kita akan sentiasa ada dan takkan pernah putus.
Curahan rasa Atikah Norbaki @ ..TUGASAN KEDUA CABARAN IPHONE 5S
Bila dah kerja nanti memang teringin nak tambah saham akhirat dengan cara sebegini. Moga diberkati oleh Allah SWT
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
niat naik akan dipermudahkan Allah..aminn
semoga tercapai niat itu
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Kalau sekarang pun boleh jer mula menabung..dah kerja nanti lagilah..semoga niat yang baik dipermudahkan..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Comments are closed.