Assalamualaikum dan salam sejahtera, Abang Denaihati mula menulis blog seawal akhir 90 an ketika itu guna platform Skybiz kemudian Geocities dan Empire dream sebelum berpindah ke Blogspot dan sekarang WordPress. Tujuan awal dulu menulis nak asah bakat menulis dengan betul dan mengekalkan momentum membaca. Semakin lama Abang mendalami ilmu blog semakin nampak peluang yang sangat besar.
Kalau nak cerita memang panjang lebar peluang besar yang Abang nampak dan pasti tak ramai yng sudi nak baca. Antara blogger idola Abang dari dulu sampai sekarang adalah blogger dari Australia, Problogger. Abang masih berangan nak jadi macam dia dan blog Abang nak jadi macam blog dia, tapi belum tercapai lagi.
Beberapa bulan lepas Abang berpeluang hadir satu majlis anjuran Google Malaysia. Lebih 500 jemputan tapi usahawan digital Melayu tak sampai 50 orang. Google kata dari data terkini dari 31.7 juta penduduk Malaysia, 25 juta online. Daripada 25 juta tersebut, 92% mencari semua informasi untuk kehidupan dan bisnis di carian Google. Pastilah Abang antara yang termasuk dalam statistik 92% tersebut mencari dan memberi informasi.
Peratusan statistik ini sama dengan apa yang Abang nampak sejak bertahun dulu. Memang tak salah Abang jadi Blogger dan masih kekal jadi blogger dimasa orang lain sibuk menulis di sosial media yang laim terutama Facebook. Abang pun tulis kat Facebook kemudian pindahkan catatan ke blog seperti artikel ini.
Bayangkan apabila 92% dari 25juta mencari segala informasi di Google tetapi tak jumpa bisnis atau produk atau servis yang anda jual di page pertama Google. Apa akan berlaku kepada bisnis anda di masa depan? Sebab itu semakin banyak syarikat yang menggunakan khidmat blogger terutama blogger yang ada ramai pembaca untuk memastikan produk mereka sentiasa berada dalam carian Google.
Majoriti blogger di Malaysia kurang minat menguruskan blog secara profesional dan ini merupakan peluang sangat besar untuk team Denaihati Network memposisikan diri dalam dunia siber yg pantas berubah. Kepada yang berminat nak belajar menguruskan blog secara profesional sehingga ada aplikasi iOS dan android seperti blog Denaihati, sila email ke [email protected].
Bagaimana pula misi anda Blogger Malaysia?
Abang Denaihati
Denaihati.com
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
53 Comments
tahniah dan keep it up AbangDenaihati !
terima kasih kerana terus-terusan menginspirasikan kami… bukan mudah untuk kekalkan momentum… betul tak?
90an saya pun masih bersekolah rendah – menengah 🙂
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Stok Cheezy Sauce i-Mukmin in da house!
wow! dunia blog semakin berkembang. alhamdulillah, banyak ilmu juga yang saya dapat bila singgah ke blog denaihati. semoga tuan senantiasa sihat dan akan selalu kongsikan pelbagai ilmu mengenai blog. amin.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Hebatnya Atlet Paralimpik Negara!
saya tahu pasal blog masa mula kerja dulu, tapi masa tu memang tak nampak boleh jana duit. saya tahu boleh jana duit tahun 2012 time start buat shaklee.
Curahan rasa Raihanah @ ..Shaklee Bantu Rawat Pesakit Parkinson
semoga terus mencapai momentum yang dikehendaki.kekadang rasa slow sikit nak menulis ni..blog pun dah jarang update juga 😛
Curahan rasa reezluv @ ..Cara Terbaik Nak Pilih Photographer Untuk Perkahwinan
sekarang ni nak jadikan blog ligakampung..com sebagai wadah sukan tempatan secara blog.
kalau dulu ianya caca marba tapi lepas ni akan cuba fokus..
AMIN
Saya mahu berkongsi info di blog sambil jana pendapatan, niche kewangan, niche kerjaya jadi pilihan saya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kerugian Bisnes Di Facebook
terbaik la bro. keep it up! dont give up!
dah lama tak mengopi sesama kan 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jimat USD30 Di Colombo Dengan Hanya Berjalan Kaki
memang tak ramai org kita terlibat dlm dunia digital/blogging terutama utk bisnes, sedangkan bangsa lain dah lama nampak dan bertindak..insyaAllah usaha DH akan berjaya
Curahan rasa JMR @ ..‘Surprise Birthday Party’ Bakal Pengantin daripada Cik Tunang.
Masih ramai yang kurang peka dengan kekuatan dan kelebihan blog sebagai tempat berkongsi info dan menjana pendapatan 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kerugian Bisnes Di Facebook
Dulu saya juga guna blogspot, sekarang wordpress. Untuk membina jenama tersendiri, kena guna wordpress, domain dan hosting sendiri. Tidak boleh guna domain dan hosting milik pihak lain.
Lain kalau hanya berblog untuk suka-suka, bukan untuk ‘cari makan dan membina reputasi’.
Sama, dulu saya juga guna blogspot tapi ada satu hari kena unpublished, tak tahu kenapa. Tak lama lepas tu saya guna platform WordPress, puas hati 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bayar Kereta Guna Duit Rumah Sewa
Wow! 90 an? Saya baru form 4 masa tu. Saya peminat tegar blog Denaihati dan followers apa sahaja program anjuran Tn. Haji Amir walau tak kesemua artikel Tuan sempat saya baca dan walau tak kesemua program Tuan saya dapat attend dek kekangan kerja sebagai penjawat awam yang memerlukan saya 24 jam. Hati ni nak sangat² attend tapi tu lah…. Penjawat Awam 24 jam hehe…
Saya berdoa 1 hari saya akan menjadi seperti Tuan Haji Amir. Hidupkan untuk memberi 1 tagline amat unik dan bermakna buat saya yang mengajar saya apa itu bersyukur dan memberi.
Honestly, saya gembira dan terharu dapat kenal blogger hebat seperti Tuan Haji Amir. Tuan Haji Amir idola saya dalam berblogging dan berniaga.
Terima kasih Master Sifu Tuan Haji Amir atas didikan secara langsung dan tidak langsung untuk saya, blogger suam kuku. Maaf Zahir dan batin Tuan Haji Amir sepanjang kenal jika saya ada buat kesilapan. Selamat kembali ke Malaysia. Moga mendapat Haji yang mabrur. Terbaik usaha Tuan Haji selama ini buat kami para blogger. Gembira berada dalam rangkaian Tuan.
Curahan rasa Kisah Cikgu ieta @ ..APA PERLU DILAKUKAN PADA HARI ‘ARAFAH?
Blog Denaihati antara blog yang dapat dijadikan sebagai rujukan blogger-blogger lain di seluruh Malaysia..
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
Ramai blogger yang kagum dengan pencapaian blog Denaihati. Termasuk saya.
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
Saya pernah guna Geocities, Angelfire, Tripod buat web.. Blogging mula dengan Blogspot sebelum tukar ke platform WordPress dan guna sampai sekarang.
Curahan rasa Anarm @ ..Kredit Kena Telan Sebab Caj Tersembunyi Syarikat Telekomunikasi
Saya pernah guna blogspot juga, tapi macam kurang kick, terus tukar ke WordPress.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kerugian Bisnes Di Facebook
emm tak pernah lagi dgr nama2 di atas selain blogspot dan wordpress.. Memang tak pernah dgr lagi la masa tu jie masih sekolah..intenet pun tak pernah sentuh..hehe
Curahan rasa Jie Susanos @ ..Pendapatan Dari Blog | Part 2
Geocities tu pernah dengar.. semasa zaman 90 an dulu popular juga geocities ni. Tapi masa tu tak tahu menahu pasal blog..
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
Tahu pasal blog di hujung tahun 2009. Masa tu cuma tahu blogspot dengan wordpress sahaja.. sebab ni platform tang ramai blogger guna..
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
Sebelum ni saya pernah buat blog guna wordpress, domain dan hosting berbayar. Tapi disebabkan tak mampu nak renew Domain dan hosting saya terpaksa lepaskan blog saya pergi..
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
Cukuplah pengalaman lalu jadi pengajaran… sekarang ni fokus sahaja kepada apa yang ada..
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
Syukur Alhamdulillah.. masih dapat terus bertahan dalam penulisan blog sehingga ke hari ini..
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
Dah lama rupanya tuan Denaihati terlibat dalam penulisan blog.. sejak tahun 90an tu.. masa tu saya baru belajar mengenali dunia internet..
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
akhir 90-an dah start tulis blog tu. DN masih sekolah rendah lagi. heee…. 😀
Curahan rasa deq noor @ ..Meraikan Pengomen Tegar Jan-Jun 2016 di Ideaa Station
Hampir Samalah kita.. tapi masa tu saya di sekolah rendah, sekolah menengah dan sambung pengajian lps habis SPM..
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
Baru nak berjinak-jinak mengenali dunia internet pada masa tu. Yang saya kenal masa tu baru email dan MIRC..
Curahan rasa anuar @ ..7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
Comments are closed.