Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu dengan kadar ringgit berbanding US dollar yang semakin meningkat sehingga mencecah RM4.40 masa paling tidak sesuai untuk kenaikan kadar tol untuk semua lebuh raya di Malaysia. Bayangkan akibat daripada nilai ringgit yang semakin tinggi eQurban Resources kehilangan beratus ribu ringgit yang sepatutnya diinfaqkan kepada saudara Islam miskin tetapi lesap kepada money changer.
Alasan kerajaan untuk menggunakan kenaikan kadar tol untuk menampung pembangunan negara tidak sesuai kerana ketika rakyat sedang semput ekonomi bukan pembangunan yang diharapkan. Rakyat mengharapkan belas kasihan kerajaan untuk mengurangkan kos kehidupan bukan menambah kesengsaraan kehidupan.
Kadar tol baru lebuh raya Malaysia
Kadar asal – kadar baru. (% kenaikan)
SILK: RM1 – RM1.80 (+80%)
DUKE: RM2 – RM2.50 (+25%)
MEX (Salak): RM1.50 – RM2 (+33%)
MEX (Putrajaya): RM2.50 – RM3 (+20%)
KLK (Gombak): RM5 – RM6 (+20%)
KLK (Bentong): RM3 – RM3.50 (+17%)
LATAR (Ijok): RM2 – RM2.50 (+25%)
NPE (Pantai Dalam & PJS 5): RM1.60 – RM2.30 (+44%)
BESRAYA: RM1.30 – RM 2 (+54%)
AKLEH: RM1.50 – RM 2.50 (+67%)
GUTHRIE: RM1.40 – RM1.90 (+36%)
LKSA (S.Muda): RM1.20 – RM1.70 (+42%)
LKSA (A.Impian): RM0.60 – RM0.90 (+33%)
SMART: RM2 – RM3 (+50%)
Kesengsaraan pengguna lebuh raya di rumah tol yang selalu tersangkut dengan menggunakan smartTag baru bermasalah tiada siapa yang ambil kisah. Adakah dengan kenaikan kadar tol akan dapat menyelesaikan masalah smartTag baru yang bermasalah tetapi aku rasa tidak akan ada siapa yang kisah.
382 Comments
Semua benda dah makin naik, semakin meningkat kos sara hidup. Perlukan perubahan pemerintah baru, boleh tahu kerajaan dulu yang bagus atau kerajaan baru.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Siaran Langsung Piala Malaysia 17 Oktober 2015
Huhu, kenaikan tol ni sebenarnya memang dah termaktub ke dalam perjanjian konsesi? Jika ya, siapa pun pemerintahnya ia pasti naik kecuali kerajaan bersetuju membayar kenaikan itu kan?
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Terlebih Lemak? Alamak Jom Kenali 2 Jenis Lemak Bahaya Di Dalam Badan Kita
kita hanya mampu persoal je lah.yang kat atas tu senyum je, sebab depa bukan kena bayar tol pun
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Bro Kamil tu kena tunggu masa mengundi nanti lah, barulah kita buat perubahan yang kita inginkan..
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
Sebelum ni ramai yang bersungut, duit gaji habis dekat tol dan minyak jer. Bila dah naik lagi kadar tol ni, perit tu lagi terasa.
Curahan rasa myliferia @ ..9 Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Sewaktu Hamil
Myliferia: Orang kata kalau mula mula tu kena luka kecil aje…tapi sekarang dah jadi luka parah.. Siapa lah yang akan mengubatinya..
Curahan rasa Sani @ ..Tips Bisnes Air Jus Mangga Dari Puan Ainon ABS
Betul tu , paling terasa kenaikan 80% tu. Rakyat yang susah makin rasa tertekan. Apatahlagi jika tiada pilihan untuk lalu jalan lain.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Terlebih Lemak? Alamak Jom Kenali 2 Jenis Lemak Bahaya Di Dalam Badan Kita
Kerajaan sekarang semakin tidaknperdulikan nasib rakyat berpendapatan rendah, suka-suka mereka naikkan tol.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Siaran Langsung Piala Malaysia 17 Oktober 2015
Bro Kamil: Harap menteri yang berkenaan ambil tindakan untuk membantu rakyat .
Curahan rasa Sani @ ..Tips Bisnes Air Jus Mangga Dari Puan Ainon ABS
ramai la yang buat bisnes, ramai la join MLM nanti, dan ramai la yang meniaga sana sini, terpaksa…
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Baru kira dengan member tempat kerja sekarang duit tol sebulan sudah kena RM135 sebulan dengan kenaikan 80%. Memang terasa betul, kalau dapat elaun pengangkutan RM200 sahaja dapatlah baki RM65 belum kira minyak lagi tu…
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
Walau pun banyak bantahan diterima tetapi pihak berkenaan buat tak endah saja… Nampak gaya kena undi kerajaan yang boleh membela nasib rakyat. Biar dia tahu siapa lebih berkuasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Siaran Langsung Piala Malaysia 17 Oktober 2015
Ada kawan di Semenyih ni bekerja di Putrajaya. Beliau lalu tiga tol. Sehari RM9.90. Sebulan dah RM200 ++
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Terlebih Lemak? Alamak Jom Kenali 2 Jenis Lemak Bahaya Di Dalam Badan Kita
harap kenaikan tol ini jalan pon makin elok, bukannya nak untung je dari rakyat yang makin rasa beban ni.
Curahan rasa wan1211 @ ..Komisyen, Referral
Bila tol sudah naik, kualiti jalan dan perkhidmatan perlulah dipertingkatkan.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
Rakyat tiada pilihan lain melainkan hanya perlu menelan kos2 yang TERPAKSA tu. Kos sara hidup kian meningkat, jadi kenalah ikat poket sebaiknya. 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Family Trip 2015 : Hatyai ICE DOME
Myra Ja: Boleh ikat perut atau kita pilih untuk tambah sumber pendapatan .
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
memang kena banyak bersabar la dibuatnya.
syukur aku tak lalu tol setiap hari.
bila balik kampung je kena bayar tol.
Curahan rasa titan @ ..TIGA Rahsia dan CARA Menambat NAFSU suami
Hu..hu…..aku tiap-tiap hari lalu tol bro titan ….itu yang tak tahan tu…Akan membebankan untuk orang yang berpendapatan rendah…
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
aku balik JB je kena bayar tol banyak…dari Ipoh sampai JB tu..dekat 6-7 tol kot..ahaha
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Golongan yang sangat terasa kenaikan tol ialah pengguna yang mempunyai pendapatan kecil dan tiada pilihan selain guna tol
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman House Husband Sepenuh Masa
Alasan kenaikan tu tak boleh diterima dalam keadaan rakyat yang terbeban dengan kenaikan petrol, kejatuhan nilai ringgit dan kesukaran graduan untuk dapatkan perkerjaan…
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
Betul. Namun bila difikirkan lagi sepatutnya pihak berwajib ambil berat. Bukan hanya pandang dna lihat sahaja.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Salam Maal Hijrah 1437 H & Bacaan Doa Akhir Tahun & Awal Tahun
Ramai yang kecewa dengan beberapa perubahan yang berlaku pada kewangan dan perbelanjaan yang harus ditanggung rakyat.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
beban diletakkan pada rakyat..pemimpin kata untuk kesenangan rakyat nanti, tapi minta kita menderita dulu
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Naik lrt saja. Saya selagi boleh akan naik lrt je ke mana-mana. Tak payah nak fikir sesak jalan jem, tak payah bayar tol dan tak payah sakit hati. We have the choice.
Curahan rasa rahimah @ ..7 Barang Tak Perlu Bawa Ketika Bercuti Di Musim Sejuk
RahimahL Tetapi dia ada limit kawasan yang boleh dicapai bila menggunakan LRT. Mesti juga nanti kena ambil khidmat teksi atau menggunakan khiidmat bas. Awal tahun ini bukankah baru sahaja di naikkan kadar tambang kenderaan tersebut.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
kalau public transport kita setaraf negara maju seperti Jepun, saya yakin kenaikan tol tak akan begitu membebankan rakyat..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Ini Mungkin Boleh Bantu Tingkatkan Kesuburan Wanita Supaya Cepat Hamil
saya hairan dengan pihak yang berkepentingan..mereka suka perkara yang naik- naik sahaja..
untung naik..gaji naik..minyak naik..last-last naik hangin.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman House Husband Sepenuh Masa
Ha ha ha…part naik hangin tu yang tak boleh tahan. Sabar , kerajaan sekarang memang perlu di tukarkan.
Curahan rasa rahimah @ ..7 Barang Tak Perlu Bawa Ketika Bercuti Di Musim Sejuk
Yang menanggungnya adalah rakyat marhain, orang kaya makin kaya yang miskin makin merana….
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
Bab naik ni rakyat semakin muak,,,. pasti ada gelombang kebangkitan rakyat untuk menukar kerajaan yang ada sekarang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Siaran Langsung Piala Malaysia 17 Oktober 2015
Betul tu, kami yang di Semenyih begitu terasa sebab ada 2 tol yang naik dari RM1 ke RM1.80. 80% tu…
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Salam Maal Hijrah 1437 H & Bacaan Doa Akhir Tahun & Awal Tahun
Mek ila itu baru naik seringgit sehari. Kalau sebulan RM22 kalau pergi balik dah jadi RM44 ringgit. Kos pengangkutan makin meningkat tu.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Chef Restoran Ternama Tinggalkan Kerja 5 Bintang dengan Buat Benda Ini!
memang x suka la dengan berita macam ni. Soalannya adakah pihak tol rugi? Saya rasa mereka hanya kehilangan keuntungan yang sepatutnya mereka dapat tu jer. Masih x rugi. Cuma untung sikit. Ni pendapat saya la. Tindakkan naikkan semua benda dalam keadaan macam ni memang x patut
Curahan rasa Bisnes Online @ ..Teknik Baru Buat Duit Online Dengan Amazon
Tol naik tapi kesesakan jalan masih tidak dapat diatasi. Denagar kata ada yang nak buat demonstrasi
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Salam Maal Hijrah 1437 H & Bacaan Doa Akhir Tahun & Awal Tahun
Kos kehidupan di bandar kini semakin meningkat. Tol naik dan kit boleh expect other things akan naik juga
Curahan rasa Rossa Calla @ ..Kalendar Peperiksaan MUET 2016 MPM
itu sudah pasti, lori nak ulang alik, mesti kena tol, kos pun akan meningkat, jangan kata menteri tatau itu semua
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
sebenarnya kenaikkan kadar tol ni memberi kesan pd benda lain juga. nanti ada pembekal akan naikkan harga barang mrk
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015
siapa ckp tol naik ni tak membebankan mmg dia tipu diri sendri atau mmg kaya gila. haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015
biasa menteri je kata gitu, dia bukan beli barang pun.kalau nasi lemak biasa RM10.00 pun dia kata murah lagi
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
stress GST pun tak habis lagi, ni kadar tol pulak naik. kesian org dok KL
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015
Betul, dok di kg best, x jem dan xde tol ehehe…
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Salam Maal Hijrah 1437 H & Bacaan Doa Akhir Tahun & Awal Tahun
Comments are closed.