Kenaikan tol membebankan rakyat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu dengan kadar ringgit berbanding US dollar yang semakin meningkat sehingga mencecah RM4.40 masa paling tidak sesuai untuk kenaikan kadar tol untuk semua lebuh raya di Malaysia. Bayangkan akibat daripada nilai ringgit yang semakin tinggi eQurban Resources kehilangan beratus ribu ringgit yang sepatutnya diinfaqkan kepada saudara Islam miskin tetapi lesap kepada money changer.

Lebuhraya-Utara-Selatan-PLUS-Hari-Raya-Aidilfitri-2015

Alasan kerajaan untuk menggunakan kenaikan kadar tol untuk menampung pembangunan negara tidak sesuai kerana ketika rakyat sedang semput ekonomi bukan pembangunan yang diharapkan. Rakyat mengharapkan belas kasihan kerajaan untuk mengurangkan kos kehidupan bukan menambah kesengsaraan kehidupan.

Kadar tol baru lebuh raya Malaysia

Kadar asal – kadar baru. (% kenaikan)
SILK: RM1 – RM1.80 (+80%)
DUKE: RM2 – RM2.50 (+25%)
MEX (Salak): RM1.50 – RM2 (+33%)
MEX (Putrajaya): RM2.50 – RM3 (+20%)
KLK (Gombak): RM5 – RM6 (+20%)
KLK (Bentong): RM3 – RM3.50 (+17%)
LATAR (Ijok): RM2 – RM2.50 (+25%)
NPE (Pantai Dalam & PJS 5): RM1.60 – RM2.30 (+44%)
BESRAYA: RM1.30 – RM 2 (+54%)
AKLEH: RM1.50 – RM 2.50 (+67%)
GUTHRIE: RM1.40 – RM1.90 (+36%)
LKSA (S.Muda): RM1.20 – RM1.70 (+42%)
LKSA (A.Impian): RM0.60 – RM0.90 (+33%)
SMART: RM2 – RM3 (+50%)

Kesengsaraan pengguna lebuh raya di rumah tol yang selalu tersangkut dengan menggunakan smartTag baru bermasalah tiada siapa yang ambil kisah. Adakah dengan kenaikan kadar tol akan dapat menyelesaikan masalah smartTag baru yang bermasalah tetapi aku rasa tidak akan ada siapa yang kisah.


Spread the love

382 Comments

  1. Sangat terasa dengan kenaikan tol. Tiada alasan untuk menaikkan harga tol. Jalan masih sesak macam tu jugak. Malah syarikat konsesi masih boleh untung dengan pertambahan kenderaan kian hari. Bila tersangkut di lorong Smart Tag, terkial-kial seorang di situ.

    Bukan nak merungut itu lah hakikatnya, Saya tak nampak justifikasi untuk naikkan tol. Servis masih macam tu juga.

    Kenapa kerajaan sekarang perlukan duit rakyat untuk bina hospital? Hospital, klinik, pengangkutan awam, jalanraya, air, elektrik adalah 100% tanggungjawab kerajaan dan seharusnya disediakan secara percuma kepada rakyat. Ya ..seperti kita di awal kemerdekaan dahulu.

    1. yang kelakarnya lebuhraya sepatutnya mempercepatkan perjalanan..tapi dengar radio tiap pagi, lebuhraya bla bla bla, sesak seperti biasa, bla bla bla…elok tak payah bayar kalau time puncak atau ada diskaun.keluar tol, terus takleh gerak
      Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di IpohMy Profile

  2. Selagi boleh naik semua akan naik. kerajaan yang hutang kita kena bayar. membebankan rakyat. akan datang pilih la dengan lebih memandang ke hadapan. jangan dikaburi dengan janji manis dan wang ringgit.
    Curahan rasa Haji Hadif @ ..Pakej Umrah Al HadifMy Profile

  3. GST, 1MDB, Ringgit jatuh dan sekarang tol naik. Macam jatuh ditimpa tangga kita sekarang. Sebaiknya DS Najib & Kabinet yang ada sekarang ambil langkah terhormat dengan mengundur diri kerana mereka telah gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Malah dari segi integriti pun, jelas ditahap yang amat rendah.
    Untuk mengembalikan keyakinan pelabur dan peniaga serta seterusnya memulihkan ekonomi negara, kita perlukan kepimpinan baru yang bersih dari masaalah dan berintegriti. Pandangan negarawan dan mereka yang arif dalam selok belok pentadbiran negara perlu juga diberi perhatian. Wallahualam…

    1. Bagi saya yang tinggal dekat seremban pun nak ke pd selalu guna jalan dalam ja,x larat hadap tol yang satu tu..ni kan pulak pengguna yang kena lalui tol setiap hari.
      Curahan rasa Afiqah @ ..Abam vs AdekMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!