Kenaikan tol membebankan rakyat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu dengan kadar ringgit berbanding US dollar yang semakin meningkat sehingga mencecah RM4.40 masa paling tidak sesuai untuk kenaikan kadar tol untuk semua lebuh raya di Malaysia. Bayangkan akibat daripada nilai ringgit yang semakin tinggi eQurban Resources kehilangan beratus ribu ringgit yang sepatutnya diinfaqkan kepada saudara Islam miskin tetapi lesap kepada money changer.

Lebuhraya-Utara-Selatan-PLUS-Hari-Raya-Aidilfitri-2015

Alasan kerajaan untuk menggunakan kenaikan kadar tol untuk menampung pembangunan negara tidak sesuai kerana ketika rakyat sedang semput ekonomi bukan pembangunan yang diharapkan. Rakyat mengharapkan belas kasihan kerajaan untuk mengurangkan kos kehidupan bukan menambah kesengsaraan kehidupan.

Kadar tol baru lebuh raya Malaysia

Kadar asal – kadar baru. (% kenaikan)
SILK: RM1 – RM1.80 (+80%)
DUKE: RM2 – RM2.50 (+25%)
MEX (Salak): RM1.50 – RM2 (+33%)
MEX (Putrajaya): RM2.50 – RM3 (+20%)
KLK (Gombak): RM5 – RM6 (+20%)
KLK (Bentong): RM3 – RM3.50 (+17%)
LATAR (Ijok): RM2 – RM2.50 (+25%)
NPE (Pantai Dalam & PJS 5): RM1.60 – RM2.30 (+44%)
BESRAYA: RM1.30 – RM 2 (+54%)
AKLEH: RM1.50 – RM 2.50 (+67%)
GUTHRIE: RM1.40 – RM1.90 (+36%)
LKSA (S.Muda): RM1.20 – RM1.70 (+42%)
LKSA (A.Impian): RM0.60 – RM0.90 (+33%)
SMART: RM2 – RM3 (+50%)

Kesengsaraan pengguna lebuh raya di rumah tol yang selalu tersangkut dengan menggunakan smartTag baru bermasalah tiada siapa yang ambil kisah. Adakah dengan kenaikan kadar tol akan dapat menyelesaikan masalah smartTag baru yang bermasalah tetapi aku rasa tidak akan ada siapa yang kisah.


Spread the love

382 Comments

  1. Masing-masing punyai pandangan tersendiri dan semestinya berbeza pendapat itu pasti ada tetapi yang lebih penting kita hormati perbezaan kerana lain sekolah lain ajarannya.

    Isu kenaikan di sana di sini tidak memperlihatkan yang semua rakyat perlu mencari sumber pendapatan tambahan dalam menanganinya sebaliknya yang jelas ketara adalah kekuatan ekonomi negara kita menampakkan tanda-tanda ke arah tahap yang membimbangkan.

    Sebagai sebuah negara yang dikurniakan Allah dengan hasil maksul negara yang cukup banyak, sepatutnya tangan2 yang diamanahkan dapat memakmurkan hasil maksul negara untuk dinikmati oleh semua rakyat. Kata bijak pandai, apabila sesebuah negara terlalu banyak bergantung kepada cukai ( sistem kapitalis) maka penanda arasnya ialah negara itu bermasalah.

    Wallahu a’lam
    Curahan rasa Afzai Afandi @ ..Maal Hijrah Adakah Sekadar Sambutan?My Profile

  2. Bukan smartcard je bermasalah .. sistem touch n go pun sebenarnya bermasalah. Saya ada alaminya .. akibatnya .. fuh malu apabila banyak kereta hon dari belakang apabila berhenti di tol … sbb kad touch n go yang didakwa ok, tapi sebenarnya tidak ok.
    Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Ebook Cara Buat Duit Dengan BlogMy Profile

  3. melihat kepada pembangunan negara sekarang dah melebihi kehendak kerajaan sebenarnya, bukan kehendak rakyat.

    kata GST akan dipulangkan dengan penurunan cukai dan tol di Malaysia, tapi apabila berlakunya kenaikan ini, rakyat tertanya-tanya, GST dikutip untuk apa sebenarnya?

    cukai jalan, cukai pendapatan dikutip untuk apa sebenarnya? nampaknya dah nampak penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat untuk kepentingan mereka.

    janji dah tinggal janji. baik dok hutan yang takde keperluan asas dari dok rumah berkeperluan asas tapi ditambah lagi dengan semuanya.
    Curahan rasa Yeop Maz @ ..Bila Keperluan Jadi KehendakMy Profile

    1. GST buat banyak company sengsara kerana mengurangkan kuasa membeli pengguna, lantaran itu pendapatan berkurangan. Dari segi akaun pula, ia menyebabkan komplikasi dan menyulitkan peniaga serta menambahkan kos operasi.
      Atas sebab itu, banyak syarikat yang gulung tikar lepas GST dan akibatnya kutipan cukai kerajaan sebenarnya merosot dari SST. Tiada perancangan yang teliti dalam implementasi GST & inilah akibatnya.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!