Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah setelah pusing-pusing Kota London hari ke tiga kami berenam bergerak ke destinasi seterusnya Kota Paris. Kami naik keretapi laju Eurostar dari Station St Pancras. Tiket seorang €90 dan perlu melalui pemeriksaan imigresin jadi kena datang awak paling tidak sejam. Harga tiket lebih murah bila booking awal dan pada waktu yang tidak ramai penumpang. Perjalanan Eurostar lebih 300 km/jam mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Station Gare Du Nord.
Punya semangat nak naik Eurostar walaupun bukan kali pertama masih tersalah coach juga, sepatut coach no 2 tapi aku duduk di kerusi coach no 3 tapi ramai je yang salah coach. Semasa kembara Paris 2012 pun salah coach tapi masa tu sampai dah lewat itu yang jadi kelam kabut.
Di station Gare Du Nord aku hampir tertipu dengan peminta sedekah yang minta tandatangan Pesatuan Pekak & Bisu tapi nasib baik diselamatkan oleh Polis yang mengawal. Kota Fesyen Paris ini memang kena lebih berhati-hati kerana ramai pendatang yang akan sedaya upaya nak menipu pelancung. Alhamdulillah kami dapat satu kenderaan dari Station Gare Du Nord ke hotel penginapana Adagio City Aparthotel, ok lah kena bayar €115 utk 6 orang. Lokasi hotel kami hanya lebih kuran 1km dari Arc De Triomphe dan Avenue Champs Elysees. Hotel di Paris memang mahal bilik kami ni kadarnya lebih kurang RM700 semalam itu pun book melalui Agoda kalau tak mesti lebih mahal lagi.
Petang pertama di Kota Cinta Paris kami abiskan masa cuci mata di Avenue Champs Elysees jalan paling popular di Paris menjadi tumpuan pelancung membeli belah. Kami singgah di outlet paling popular Luis Vuitton temankan sahabat yang nak shopping handbeg. Maghrib di sini jam 9.50 pm jadi jam 9 pm pun masih terang benderang lagi. Hari pertama kami makan di bilik mengabiskan bekalan makanan yang kami bawa dari Malaysia.
Hari kedua di Paris kami naik Big Bus Paris pusing-pusing melihat tempat menarik di Paris. Bagunan di Paris memang unik dengan kesenian yang bermutu tinggi. Alhamdulillah cuaca tidak hujan tapi agak sejuk. Kami berhenti di Eiffel Tower bergambar sakan. Ramai kawan-kawan yang pesan supaya berhati-hati di Eiffel Tower perlu jalan dalam kumpulan kerana banyak sendikit penyeluk saku di sini.
Selepas lebih tiga jam kami pusing-pusing Kota Paris, kami naik keretapi bawah tanah atau nama kat sini Metro menuju lokasi yang mengikut aplikasi Zabihah ada restoran halal. Setelah berjalan lebih 1km rupanya restoran tersebut sudah tutup. Ini cabaran mencari restoran halal apabila mengembara di negara bukan Islam. Alhamdulillah ada satu lagi restoran halal Papito yang menghidangkan menu Mediteranean yang sangat sedap. Kami order 4 set pasta termasuk dessert dan minuman semua sekali €52. Selain tu ada juga restoran halal D’jawa dari Indonesia berhampiran hotel tetapi tutup pada hujung minggu.
Alhamdulillah sempat juga kami naik metro singgah di Grand Mosque of Paris berhampiran dengan Station Metro Place Monge. Sentimen anti Islam di Paris setelah berlaku tragedi Charlie Hebdo masih menebal apabila polis masih mengawal pintu masuk masjid. Nak tunggu Isyak tak tertunggu sebab masuk Isyak lewat betul 11.50 pm. Alhamdulillah kembara 2012 dapat solat di Masjid Omar El Kattab kali ini dapat merasai nikmat solat di Grand Mosque Paris yang tidak jauh dari station metro.
Semuga perjalanan kami ke destinasi seterusnya dipermudahkan ALLAH.
73 Comments
Berjalan sakan ye Tuan DH? hehe kalau pegi Pari tak sah kalau tak singgah Eiffel Tower
Curahan rasa nikkhazami @ ..Etika Pemakaian Ketika Berurusan di JPJ
NikKhazami: Best ya dapat berwifie di EIffel Tower.. Agak-agak bila turn kita pula..?
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
Sungguh jauh perjalanan dh kali..kita yg membacanya pun macam dpt merasainya..hehe..
Curahan rasa jie susanos @ ..Promosi Affiliate Jobdirumah
Jie susanos: Memang terasa seolah-olah kita berselfie bersama-sama dengan tuan Ilham Denaihati…
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
Paris dan London,
Tokyo dan Seoul
Mekah dan Madinah..
mana satu yang saya nak pergi..ho..ho,,,
Curahan rasa mrhanafi @ ..12 Imbuhan Bestmobile Yang Terbaik
Jauh sungguh kembara DH, dari London merentasi ke Paris..selamat bercuti dengan gembira
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin
wahh..
semalam london, hari ini gi paris plak.
bukan main lagi selfie eh.
haha..
Curahan rasa titan @ ..Lelaki Handsome ini menulis dan MAINTAIN 300 blog setiap tahun. Bagaimana dia lakukannya dengan GAGAH sekali?
Tu lah pasal.. Seronoknya jadi orang yang dah keluar daripada kepompong dunia makan gaji… Boleh melancong ke mana-mana tanpa terikat dengan masa…
Curahan rasa Anuar @ ..Laman Web yang Menawarkan Komisyen Affiliate 100%
satu masa nanti, saya juga bercadang untuk ke mari bersama keluarga.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Memulakan Bisnes Jangka Panjang
Saya pun macam tu juga.. Keinginan ada.. Tapi keadaan ekonomi masih belum mengizinkan… Lagipun sekarang ni tengah dalam proses membesarkan keluarga dan mengukuhkan kedudukan kewangan… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Laman Web yang Menawarkan Komisyen Affiliate 100%
Rasanya di London lagi banyak restoran halal berbanding dengan di Paris. Betul ka bro Denaihati?
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
semoga perjalanan th haji dalam rahmat dan lindungan oleh sang pencipta…memang best bila mermusafir jauh bersama kawan-kawan.
Curahan rasa kak yatiadam @ ..SIAPA TIDAK SAYANG ANAK.
Saya pun doakan macam tu juga.. harap tuan haji dapat pulang ke Malaysia dengan selamat. . Semoga kita dapat berjumpa semasa SBB2015..
Curahan rasa anuar @ ..Laman Web yang Menawarkan Komisyen Affiliate 100%
wah..so sweet la kalau dapat melancong ke Paris..
jika plan nak berbulan madu..rasanya inilah tempat paling sesuai memadu cinta…terbaik tuan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lagi lagi Cerita Tentang Duit
Bro MrHanafi: Jauh tu nak pergi bulan madu. Kalau ada peluang apa salahnyakan??
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
Wau seronoknya dapat berjalan.Amboi berjalan saja kat Paris tu.
Curahan rasa faris aiman @ ..Ceramah Ustaz Hafizal AL-Jaraqi tentang Hati Orang Munafik akan terbakar
dah nama melancong bro..mesti la jalan-jalan ..
makan angin dan bahagia..
wah terbaik la macam tu.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lagi lagi Cerita Tentang Duit
wah… seronoknye pusing-pusing London dan Paris. Salam kenal dari Indonesia 🙂
Suci, salam kenaĺ juga.. di Indonesia juga tidak kurang hebatnya. . Banyak tempat pelancong menarik untuk dilawati.. saya belum berkesempatan untuk ke sana..
Curahan rasa anuar @ ..Laman Web yang Menawarkan Komisyen Affiliate 100%
Jika ada kesempatan, bolehlah encik datang ke Indonesia. Semoga bisa jumpa ^__^
Curahan rasa Suci @ ..7 Makanan Pengganti Nasi
bercuti sakan, hehe.. nanti bleh la buka syarikat travel sendiri. 😀
Curahan rasa suhiminain @ ..5 Cara Buat Duit Dengan Blog
satu idea yang amat menarik..follower banyak luar dan dalam..
pemasaran melalui blog..
boleh sangat tu tuan..
nanti saya tolong promote link affiliate..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lagi lagi Cerita Tentang Duit
bestnya dapat jalan-jalan, sambil kembara boleh tengok negara orang dan melihat kebesaran Allah
itulah hikmahnya apabila iman sentiasa bersarang di hati..terbaik sungguh
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lagi lagi Cerita Tentang Duit
Paris memang terkenal sebagai destinasi pasangan bercinta.. Berhoneymoon… Sweetnya tengok pasangan veteran berhoneymoon…
Curahan rasa Anuar @ ..Laman Web yang Menawarkan Komisyen Affiliate 100%
muda atau veteran..kesan cinta tetap sama..
memang best pergi ke Paris..
mau cari duit banyak-banyak nie..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lagi lagi Cerita Tentang Duit
Wah… Berhoneymoon sakan Tuan Denaihati dan rakan-rakan bercuti ke London.. Siap pergi Paris lagi… memang best.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Laman Web yang Menawarkan Komisyen Affiliate 100%
Anuar: Sekali sekala dapat pergi dengan yang tersayang memang best kan macam bulan madu kali ke2 atau ke 3
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
Comments are closed.