Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah setelah pusing-pusing Kota London hari ke tiga kami berenam bergerak ke destinasi seterusnya Kota Paris. Kami naik keretapi laju Eurostar dari Station St Pancras. Tiket seorang €90 dan perlu melalui pemeriksaan imigresin jadi kena datang awak paling tidak sejam. Harga tiket lebih murah bila booking awal dan pada waktu yang tidak ramai penumpang. Perjalanan Eurostar lebih 300 km/jam mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Station Gare Du Nord.
Punya semangat nak naik Eurostar walaupun bukan kali pertama masih tersalah coach juga, sepatut coach no 2 tapi aku duduk di kerusi coach no 3 tapi ramai je yang salah coach. Semasa kembara Paris 2012 pun salah coach tapi masa tu sampai dah lewat itu yang jadi kelam kabut.
Di station Gare Du Nord aku hampir tertipu dengan peminta sedekah yang minta tandatangan Pesatuan Pekak & Bisu tapi nasib baik diselamatkan oleh Polis yang mengawal. Kota Fesyen Paris ini memang kena lebih berhati-hati kerana ramai pendatang yang akan sedaya upaya nak menipu pelancung. Alhamdulillah kami dapat satu kenderaan dari Station Gare Du Nord ke hotel penginapana Adagio City Aparthotel, ok lah kena bayar €115 utk 6 orang. Lokasi hotel kami hanya lebih kuran 1km dari Arc De Triomphe dan Avenue Champs Elysees. Hotel di Paris memang mahal bilik kami ni kadarnya lebih kurang RM700 semalam itu pun book melalui Agoda kalau tak mesti lebih mahal lagi.
Petang pertama di Kota Cinta Paris kami abiskan masa cuci mata di Avenue Champs Elysees jalan paling popular di Paris menjadi tumpuan pelancung membeli belah. Kami singgah di outlet paling popular Luis Vuitton temankan sahabat yang nak shopping handbeg. Maghrib di sini jam 9.50 pm jadi jam 9 pm pun masih terang benderang lagi. Hari pertama kami makan di bilik mengabiskan bekalan makanan yang kami bawa dari Malaysia.
Hari kedua di Paris kami naik Big Bus Paris pusing-pusing melihat tempat menarik di Paris. Bagunan di Paris memang unik dengan kesenian yang bermutu tinggi. Alhamdulillah cuaca tidak hujan tapi agak sejuk. Kami berhenti di Eiffel Tower bergambar sakan. Ramai kawan-kawan yang pesan supaya berhati-hati di Eiffel Tower perlu jalan dalam kumpulan kerana banyak sendikit penyeluk saku di sini.
Selepas lebih tiga jam kami pusing-pusing Kota Paris, kami naik keretapi bawah tanah atau nama kat sini Metro menuju lokasi yang mengikut aplikasi Zabihah ada restoran halal. Setelah berjalan lebih 1km rupanya restoran tersebut sudah tutup. Ini cabaran mencari restoran halal apabila mengembara di negara bukan Islam. Alhamdulillah ada satu lagi restoran halal Papito yang menghidangkan menu Mediteranean yang sangat sedap. Kami order 4 set pasta termasuk dessert dan minuman semua sekali €52. Selain tu ada juga restoran halal D’jawa dari Indonesia berhampiran hotel tetapi tutup pada hujung minggu.
Alhamdulillah sempat juga kami naik metro singgah di Grand Mosque of Paris berhampiran dengan Station Metro Place Monge. Sentimen anti Islam di Paris setelah berlaku tragedi Charlie Hebdo masih menebal apabila polis masih mengawal pintu masuk masjid. Nak tunggu Isyak tak tertunggu sebab masuk Isyak lewat betul 11.50 pm. Alhamdulillah kembara 2012 dapat solat di Masjid Omar El Kattab kali ini dapat merasai nikmat solat di Grand Mosque Paris yang tidak jauh dari station metro.
Semuga perjalanan kami ke destinasi seterusnya dipermudahkan ALLAH.
73 Comments
seronok datang ramai ramai, kena cari baju tebal kalau cuaca sejuk atau musim salji di sana.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Rahsia Bayar PTPTN Secara Percuma
Ikhwan Fahmi: Memang cantik sangat tu timing kalau nak pergi bercuti, agak-agak sempat ka nak main salji..
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
Terima kasih atas perkongsian.. Cuaca masih sejuk ya? Insya Allah, kalau ada rezeki nak menjejakkan kaki ke sana juga. 🙂
Curahan rasa Rara Zack @ ..Bahasa yang baik lagi elok sangat penting untuk menguasai matematik?
Rarazack: Menarik tu kalau dapat honeymoon dengan orang tersayang diParis..
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
seronok baca entri ini. Teringat pula kenangan kami di sana. pertama kali pergi memang pedih. pintu bilik hotel tak boleh buka, sampaikan kena tidur dalam kereta. kali kedua pergi barulah ok sikit. apa-apa pun, saya memang suka tengok eiffel tower tu. cantik!
Curahan rasa MamaBard @ ..Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-5
Wah, suatu pengalaman yang hebat. Teringin nak kembara ke luar negara suatu masa nanti
Seronoknya pergi Paris!!! Doakan pas nih saya & family pulak sampai sana aa… njoy!!!
Curahan rasa SuperNifz @ ..Petua Turunkan Darah Tinggi
Mahal jugak ye hotel di paris. Tapi berbaloi kalau kita betul betul seronok
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kek Gulung Coklat Sedap dan Murah
Betul tuh, Nama Paris pun dah mahal kan.. inikan pulak accomodationnya… memang nak kena nyimpan bebyk sblm g nih…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Tips Elakkan Muntah Ketika Hamil
kalau pergi seorang diri, memang seronoknya seorang saja, kalau pergi ramai, maka seronoknya akan berkekalan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Sistem Untung Pasif Untuk Bisnes Anda
paris…akan ku jejak mu suatu hari nanti…kan ku usha sampi tercapai cita cita..hehehe
Curahan rasa Coway Malaysia @ ..Promosi Udara Sihat Keluarga Bahagia – Coway Air Purifier
Ya.. Saya suka dengan semangat ini… Harap lepas ni kita dapat sama-sama menjejakkan kaki ke Paris… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Download Ebook Teknik Email Memukau secara PERCUMA!
wahhh, serius seronok tgk aktiviti macam ni, jalan jalan macam ni dapat tgk budaya negara orang lain disamping terbuka minda
Curahan rasa Simkad OneXoX @ ..Bisnes Simkad Murah Dari OneXoX Pilihan Anda
Betul tu.. Kata orang jauh berjalan luas pemandangan… Teringin juga nak tengok keindahan Alam ciptaan Allah S.W.T di tempat lain… cara hidup mereka dan adat budaya mereka pasti tidak sama dengan kita…
Curahan rasa Anuar @ ..Download Ebook Teknik Email Memukau secara PERCUMA!
memang menarik dapat melawat kota Paris yang berdekatan dengan kota London….banyak pengalaman yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Batu Bergerak di Taman Negara Death Valley Amerika Syarikat
Paling penting sekali dapat tengok cara hidup mereka… Ambil yang baik untuk kita praktikkan di negara kita… Supaya satu hari nanti kita boleh maju seperti mereka..
Curahan rasa Anuar @ ..Download Ebook Teknik Email Memukau secara PERCUMA!
Jauh berjalan luas pandangan. Boleh melihat negara luar dan bandingkan dengan negara sendiri. Keindahan alam semesta seperti bumi ini amat indah untuk diterokai dan dilawati serta dikunjungi bagi melihat keindahan alam ciptaan Allah Taala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015
Ini untungnya bila ada duit lebih…nak ke Paris pun boleh, nak ke London pun boleh, nak ke Beijing pun lagi boleh. Apa pun tahniah buat Denaihati dan rombongannya. Semoga pulang kembali ke Malaysia dengan selamat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015
Semoga satu hari nanti kita pun boleh jadi macam ni… Kena berusaha dengan lebih gigih lagi untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi..
Curahan rasa Anuar @ ..Download Ebook Teknik Email Memukau secara PERCUMA!
Seronoknya asyik berkembara. Lagi-lagi ke Paris. Bilalah Mek ila nak pergi Paris ni? hihi
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Cara Mudah Minum Air Masak Yang Mencukupi di Bulan Puasa
Kita kena berazam Mek Ila.. Tetapkan matlamat… Bekerja lebih kuat, supaya satu hari nanti kita juga berpeluang mengembara ke luar negara…
Curahan rasa Anuar @ ..Download Ebook Teknik Email Memukau secara PERCUMA!
Ya Allah.. bestnya dapat ke sana. tapi nangis bila kira kos ringgit malaysia…hehehehe
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Viet-Thai Canteen Cyberjaya | Masakan Thailand Dan Vietnam
Samalah kita hehehe… Terutamanya bila mengenangkan anak-anak yang masih kecil… Dan ada lagi sorang bakal lahir pada tahun ini… Tunggulah.. sampai masanya nanti, ada rezeki kami akan sampai ke sana..
Curahan rasa Anuar @ ..Download Ebook Teknik Email Memukau secara PERCUMA!
Tengok gambar ni teringat cerita lucu masa kat Paris dulu .Pagi -pagi buta dari london naik eurostar sekejap dah sampai .Tapi tak kena check imigration pulak masa tu.Selamba je jalan macam masuk negara sendiri je.Ni kumpul duit balik nak masuk sana semula 🙂
Curahan rasa rahimah @ ..Borong Baju Musim Sejuk Dengan Boot K-Pop Di Primark.Murah Ke ?
Comments are closed.