Kembara Denaihati ke Vienna, Austria

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, di bumi Europe kami sudah memandu lebih daripada 800km dari Frankfurt ke Prague singgah di Cesky Krumlov dan kini menuju ke sebuah bandar terkenal meninggalkan Republik Czech di Austria. Semasa menyeberang sempadan Austria tidak perlu pemeriksaan imigresen kerana kedua-dua negara termasuk dalam Kesatuan Eropah seperti juga German.

Daripada kota sejarah Cesky Krumlov kami melalui jalan biasa menempuh beberapa kampung dan bandar kecil dengan pemandangan yang menghijau sedap mata memandang. Sebelum menyeberang sempadan Austria terdapat banyak mini casino mungkin kerana Austria tidak membenarkan casino.

Sepanjang perjalanan tidak ada satu signboard yang tertulis perkataan Vienna tetapi banyak tertulis Wien. Kami menyangkakan bahawa Wien adalah sebuah bandar kecil sebelum Vienna. Yang paling tak best Mak Cik Tom Tom GPS kami tidak dapat mengesan alamat Flex Apartment yang telah kami booking secara online. Alhamdulillah dengan roaming Malaysia kami dapat mengesan dengan menggunakan Google Maps.

Rupanya Wien itu adalah Vienna dalam bahasa Austria. Vienna atau Wien adalah ibu negara kepada Austria. Kami sampai di Flex Apartment lebih kurang jam 3.30pm disambut oleh Mak Cik tuan rumah yang boleh tahan cerewetnya. Banyak syaratnya antaranya tak boleh pakai kasut dalam rumah, mesti pakai sandal dalam rumah, mesti pakai sandal dalam bilik air, bilik tidak boleh basah dan sebagainya. Yang kelakar dia cakap dalam bahasa Austria dan kami cakap dalam bahasa English dahlah macam itik bercakap dengan ayam tetapi saling memahami.

Makanan Halal di Vienna

Setelah berehat sebentar kami keluar berjalan kaki mencari restauran halal di Vienna. Mengikut aplikasi iPhone 4S Zabihah terdapat lebih 29 restauran halal, 3 mini market halal dan sebuah Pusat Islam di Vienna. Kami berjalan ke Restauran Kent yang hanya 300 meter daripada apartment. Rupanya tempat kami menyinap ini berhampiran dengan komuniti Islam Turki bukan sahaja Restauran Halal Kent tetapi ada mini market, kedai pizza, kedai kebab, kedai roti, kedai aiskrim dan pasar malam yang menjual berbagai barang-barang makanan halal. Ini antara bukti Umat Islam boleh bersatu apabila tinggal di negara yang bukan Negara Islam. Ramai kawan-kawan yang suka mengembara kata kalau nak tengok kehidupan sebenar Islam kena tengok umat Islam yang tinggal di negara bukan islam seperti di China, Jepun dan sebagainya. Umat Islam yang tinggal dalam negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia selalu ambil mudah dengan kebebasan yang ada.

Setelah makan tengahari dan menikmati aiskrim yogurt kami bergerak ke City Center Vienna dengan menaiki MRT dengan bantuan penjelasan owner gerai ais krim. Pengangkutan di Vienna sama seperti di Prague iaitu gabungan Teksi, MRT dan Tram yang menyebabkan trafik tidak begitu sesak. Setelah bertukar dua laluan MRT akhirnya kami sampai di tengah-tengah kota Vienna. Tidak pernah termimpi untuk sampai ke kota terkenal Vienna yang merupakan UNESCO World Heritage Site dan juga terkenal sebagai City of Music. Pengemar musik klasik pasti kenal dengan Mozart dan Beethoven yang berasal dari Vienna.

Kota Vienna tidak jauh berbeza dengan kota Prague yang dipenuhi bangunan klasik ratusan tahun. Vienna telah beberapa kali menerima anugerah utama “Quality of Living” mengalahkan beratus bandar utama lain yang menyertai. Bandarnya bersih dan teratur sibuk dengan berbagai aktiviti. Malangnya kami sampai hari Sabtu petang dimana kebanyakan kedai sudah tutup atau akan tutup jam 6.00 pm. Semua kedai tutup pada hari Ahad jadi memang tidak banyak yang dapat kami beli melainkan sedikit cederahati dan berjalan-jalan melihat keindahan bandar Vienna.

Perjalanan kami terhenti apabila hujan turun sangat lebat bersama angin memanglah sejuk sehingga ke tulang. Kami melarikan diri ke dalam Starbucks Cafe pekena kopi panas sambil berbual dan update Facebook. Dalam Kembara Musafir Europe berbagai perkara kami berkongsi cerita dengan janji semuanya akan tutup buku setelah melepasi imigresen Malaysia.

Selepas minum kopi memanaskan badan kami berjalan-jalan di kota Vienna dalam suasana malam yang terang benderang disinari lampu. Austria terkenal satu dunia dengan minuman bertenaga Red Bull yang merupakan salah satu penaja pasukan Formula 1 yang berjaya. Banyak lagi tempat sejarah di Vienna yang tidak dapat kami jejaki kerana kesuntukan masa. Kami pulang ke apartment menaiki MRT agak lewat untuk berehat kerana esok kami akan menempuh perjalanan yang paling jauh melebihi 600km.


Spread the love

166 Comments

  1. salam perantauan DH suatu perjalanan yang begitu mengasikkan…teringat saya waktu dulu2 ingin juga mencuba sekiranye berpeluang dimasa hadapan. Semuga banyak pengalaman ditimba, selamat pergi dan selamat kembali………

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!