Assalamualaikum dan salam 1Dunia, di bumi Europe kami sudah memandu lebih daripada 800km dari Frankfurt ke Prague singgah di Cesky Krumlov dan kini menuju ke sebuah bandar terkenal meninggalkan Republik Czech di Austria. Semasa menyeberang sempadan Austria tidak perlu pemeriksaan imigresen kerana kedua-dua negara termasuk dalam Kesatuan Eropah seperti juga German.
Daripada kota sejarah Cesky Krumlov kami melalui jalan biasa menempuh beberapa kampung dan bandar kecil dengan pemandangan yang menghijau sedap mata memandang. Sebelum menyeberang sempadan Austria terdapat banyak mini casino mungkin kerana Austria tidak membenarkan casino.
Sepanjang perjalanan tidak ada satu signboard yang tertulis perkataan Vienna tetapi banyak tertulis Wien. Kami menyangkakan bahawa Wien adalah sebuah bandar kecil sebelum Vienna. Yang paling tak best Mak Cik Tom Tom GPS kami tidak dapat mengesan alamat Flex Apartment yang telah kami booking secara online. Alhamdulillah dengan roaming Malaysia kami dapat mengesan dengan menggunakan Google Maps.
Rupanya Wien itu adalah Vienna dalam bahasa Austria. Vienna atau Wien adalah ibu negara kepada Austria. Kami sampai di Flex Apartment lebih kurang jam 3.30pm disambut oleh Mak Cik tuan rumah yang boleh tahan cerewetnya. Banyak syaratnya antaranya tak boleh pakai kasut dalam rumah, mesti pakai sandal dalam rumah, mesti pakai sandal dalam bilik air, bilik tidak boleh basah dan sebagainya. Yang kelakar dia cakap dalam bahasa Austria dan kami cakap dalam bahasa English dahlah macam itik bercakap dengan ayam tetapi saling memahami.
Setelah berehat sebentar kami keluar berjalan kaki mencari restauran halal di Vienna. Mengikut aplikasi iPhone 4S Zabihah terdapat lebih 29 restauran halal, 3 mini market halal dan sebuah Pusat Islam di Vienna. Kami berjalan ke Restauran Kent yang hanya 300 meter daripada apartment. Rupanya tempat kami menyinap ini berhampiran dengan komuniti Islam Turki bukan sahaja Restauran Halal Kent tetapi ada mini market, kedai pizza, kedai kebab, kedai roti, kedai aiskrim dan pasar malam yang menjual berbagai barang-barang makanan halal. Ini antara bukti Umat Islam boleh bersatu apabila tinggal di negara yang bukan Negara Islam. Ramai kawan-kawan yang suka mengembara kata kalau nak tengok kehidupan sebenar Islam kena tengok umat Islam yang tinggal di negara bukan islam seperti di China, Jepun dan sebagainya. Umat Islam yang tinggal dalam negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia selalu ambil mudah dengan kebebasan yang ada.
Setelah makan tengahari dan menikmati aiskrim yogurt kami bergerak ke City Center Vienna dengan menaiki MRT dengan bantuan penjelasan owner gerai ais krim. Pengangkutan di Vienna sama seperti di Prague iaitu gabungan Teksi, MRT dan Tram yang menyebabkan trafik tidak begitu sesak. Setelah bertukar dua laluan MRT akhirnya kami sampai di tengah-tengah kota Vienna. Tidak pernah termimpi untuk sampai ke kota terkenal Vienna yang merupakan UNESCO World Heritage Site dan juga terkenal sebagai City of Music. Pengemar musik klasik pasti kenal dengan Mozart dan Beethoven yang berasal dari Vienna.
Kota Vienna tidak jauh berbeza dengan kota Prague yang dipenuhi bangunan klasik ratusan tahun. Vienna telah beberapa kali menerima anugerah utama “Quality of Living” mengalahkan beratus bandar utama lain yang menyertai. Bandarnya bersih dan teratur sibuk dengan berbagai aktiviti. Malangnya kami sampai hari Sabtu petang dimana kebanyakan kedai sudah tutup atau akan tutup jam 6.00 pm. Semua kedai tutup pada hari Ahad jadi memang tidak banyak yang dapat kami beli melainkan sedikit cederahati dan berjalan-jalan melihat keindahan bandar Vienna.
Perjalanan kami terhenti apabila hujan turun sangat lebat bersama angin memanglah sejuk sehingga ke tulang. Kami melarikan diri ke dalam Starbucks Cafe pekena kopi panas sambil berbual dan update Facebook. Dalam Kembara Musafir Europe berbagai perkara kami berkongsi cerita dengan janji semuanya akan tutup buku setelah melepasi imigresen Malaysia.
Selepas minum kopi memanaskan badan kami berjalan-jalan di kota Vienna dalam suasana malam yang terang benderang disinari lampu. Austria terkenal satu dunia dengan minuman bertenaga Red Bull yang merupakan salah satu penaja pasukan Formula 1 yang berjaya. Banyak lagi tempat sejarah di Vienna yang tidak dapat kami jejaki kerana kesuntukan masa. Kami pulang ke apartment menaiki MRT agak lewat untuk berehat kerana esok kami akan menempuh perjalanan yang paling jauh melebihi 600km.
166 Comments
Aplikasi iPhone 4s betul-betul membantu ya dalam perjalanan
Curahan rasa munir ardi @ ..How To Make Money with Articles: Article Directories
kalau tak ada tentu susah…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
Jauh berjalan luas pandangan,
Banyak tempat menarik boleh saksikan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Satu perjalan yang sungguh mengasyikkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
pehh, rajinnya berjalan-jalannn..
Curahan rasa titan @ ..The Power of SEO.
Makanan la yang paling sedap nak rasa dekat negeri orang 😀
Curahan rasa Izzuddin Fauzi @ ..Sesi ‘Makan Anggur’ dan Tidur
betul tu…kalau ke tempat orng, wajib menjamah makanan yang tak pernah di rasa…
Curahan rasa Nana @ ..Kalah Kambing
Banyak berjalan luas pengalaman.
Walau tak pergi, rasa dah macam pergi bila baca entri dari denaihati ni.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Tema Hari Pekerja 2012 | Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi.
bestnya la hai dapat berkembara ni
Curahan rasa zack @ ..Masih Belum Terlambat Untuk “ME” Emas.
dapat melihat keunikan sesuatu tempat…
Curahan rasa Nana @ ..Kalah Kambing
kena tunggu anak besar sikit baru seronok nak mengembara
Curahan rasa pipoq @ ..Poslaju
dapat bawa anak2 sekali ler ni…
Curahan rasa Nana @ ..Kalah Kambing
Cantik.. Nanti buat kembara untuk para blogger.. Mesti ramai yg nak join..
Curahan rasa Nurul @ ..Terubat rindu dapat jumpa My Boyfriends…
Selagi kecil saya bilang ibu kota Austria itu Wina.
Saya suka sekali dgn kotanya, sangat artistik
baru tahu redbull dari sini!!
kembara ni apa motifnya??che gtaw sikit aih~
Curahan rasa sjiehan @ ..Mothercare Malaysia
saya pun baru tahu… heheehe
Curahan rasa KiD @ ..Uniform Baru
hehehe…saya pun sama. tp saya tak suka minum…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
Baru juga tahu, saya suka redbull, memberi tenaga tambahan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
“Ramai kawan-kawan yang suka mengembara kata kalau nak tengok kehidupan sebenar Islam kena tengok umat Islam yang tinggal di negara bukan islam”
suka statement ni..
nampak diorang lebih menghargai Islam..
harap akan sampai ke sana jua
Curahan rasa mie @ ..Red Velvet Cupcakes Percuma Dari OvenAyesha
mie, aku pun suka mie.. abru kita akan tahu betapa kena muafakat di negara luar
Curahan rasa KiD @ ..Uniform Baru
banyak dugaan kalau hidup di negara bukan islam…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
saya pun setuju. kalau tengok kat malaysia pun, orang islam berpecah belah…
Curahan rasa noorsyamsul @ ..LADANG TEH ORGANIK DI SABAH
dah sampai austria..fuhh..berapa negara dah total ni?
Curahan rasa sadiq @ ..Take Care Your Skin
lepas ni ke negara lain pulak.. kot
Curahan rasa KiD @ ..Uniform Baru
banyak tempat juga mereka pergi ekk?
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
Mantap dech buat Denai Hati.
Curahan rasa Ibang S R @ ..Triple Stroller
iu love classic music. syoknya dpt ke tmpt kelaniran pemuzik terkenal. byk jugak org turki kat sana ye
Curahan rasa rozuan @ ..CHICKEN FOLDOVER DARI McDONALD’S =)
classic music.. nampak macam rileks saja.. kan?
Curahan rasa KiD @ ..Uniform Baru
Comments are closed.