Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perjalanan Vienna, Austria menuju ke Venice, Italy paling mencabar berbanding perjalanan sebelum ini. Meninggalkan Vienna awal pagi setelah sarapan pagi dengan berbagai fikiran menuju ke sebuah bandar yang disebut-sebut oleh pelancong satu dunia. Perjalanan sejauh lebih 600 km melalui bukit bukau dan perpuluh-puluh terowong memang mengasyikkan tetapi hujan lebat sangat mencabar untuk memandu. Pemandangan indah Austria dan Italy memang sangat berbeza.
Memasuki sempadan Italy kami dihidangkan dengan pemandangan gunung ganang dan lokasi gelunsur salji ketika musim sejuk. Keletihan menyebabkan kami berhenti beberapa kali dan berhenti juga untuk makan tengahari. Kali ini stering kereta Skoda bertukar tangan dua pemandu.
Kami sampai di homestay Villa Co”Doro yang terletak di pinggir Venice lebih kurang jam 4.00 pm. Setelah check in dan merehatkan badan sebentar kami dah tak sabar-sabar nak melihat Kota Romatik penuh dengan terusan. Pada awalnya kami sangkakan perlu menaiki feri untuk menyeberang ke Venice. Informasi yang kami perolehi dari Mak Cik Tom Tom GPS rupanya ada jambatan terus ke Venice. Pening juga kepala mula-mula sampai tak tahu mana nak parking kereta tapi akhirnya kami parking kereta di parkir bertingkat.
Kali pertama melihat Kota Venice memang kagum. Kota berumur ratusan tahun yang mempunyai ratusan terusan dipenuhi ribuan pelancong dari berbagai negara. Ada tiga pilihan untuk meneroka Kota Romatis Venice iaitu dengan boat, keretapi dan berjalan kaki. Kami memilih berjalan kaki menyelusuri terusan dan bagunan-bagunan lama yang sudah beratus tahun usiannya. Tidak betul kalau ada pengunjung yang kata terusan di Venice ini kotor seperti yang dimaklumkan kepada kami sebelum ini.
Dalam kesibukan kami berjalan menyelusuri Venice sambil menikmati keindahannya tiba-tiba kami terjumpa kedai pizza halal. Apa lagi terus je lah order nak merasa nkmat pizza dari negara asal Italy. Memang tidak sangka nak jumpa restauran halal di Venice bukan satu tapi dua pulak tu. Tapi janganlah mengharap hidangan nasi campur yang pasti pilihan pizza memang sedap sehingga menjilat jari. Jalan punya jalan akhirnya kami sudah berada jauh sehingga tak tahu jalan nak balik. Dua tiga kalilah bertanya tetapi masih tidak jumpa jalan balik. Muka masing-masing dah stress. Alhamdulillah akhirnya kami terjumpa juga platform untuk naik boat.
Hari kedua di Venice selepas sarapan kami pergi ke Veneto Design Outlet kira-kira 40 km daripada homestay kami. Memang banyak pilihan dengan harga kilang yang sangat berpatutan dan ditambah sedikit diskaun. Kami pulang melalui jalan kampung untuk melihat keindahan pemandangan kampung dan ladang di Italy. Untuk ke Venice pelancong boleh sampai dengan menaiki kapal terbang menuju ke Airport Marco Polo. Pelancong juga boleh ke Venice dari Rome dan Milan dengan menaiki keretapi laju.
Di sebelah petang hari kedua di Venice kami menyambung menikmati keindahan Kota Romatis. Hari kedua sudah mahir kami terus menuju San Marco menggunakan tiket boat 24 jam yang kami beli semalam. Selain shopping berang-barang cenderahati tujuan utama kami adalah ingin menaiki Gondola. Orang kata kalau melancong di Venice tak naik gondola kita tak sempurnalah lawatan tersebut. Kami diberi penerangan tentang sejarah Venice dan paling menarik kami ditunjukkan rumah asal Marco Polo. Kenal ke siapa itu Marco Polo?
Memang tidak pernah terfikir akan menjejakkan kaki di Venice dan insyallah ini bukan kali terakhir. Teringin juga naik gondola bersama isteri barulah romantis.
272 Comments
Teringat kenangan pergi ke venice dulu time study, memang best sangat. Tapi sayangnye tak jumpe pon kedai pizza halal tu, saya just jumpa kedai kebab halal. Nak pergi lagi sekali insyaAllah bila ade rezeki lebih nanti
Curahan rasa liyana @ ..perangai2 pelik bile saye mengandung
perjalan yang best kalau adew ckit duit nak pegi jugak hehehh
Curahan rasa semudah itu @ ..TANDA ISYARAT BARU JALAN RAYA
BESTNYA!!! dari dulu berangan kalau nak honeymoon, nak pergi venice. kekekekekekekke :p
Curahan rasa eyra @ ..Gambar Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
perjalanan yang menyenangkan…..
Curahan rasa Cara Diet Yang Baik @ ..Penyebab Kegemukan
perjalanan yang juga diimpikan ramai rakan blogger
Curahan rasa KiD @ ..Jom Menang Duit Lagi
bila lah kita dapat pergi agaknya ekk?
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
bila cukup duet dan ada masa LOL
Curahan rasa eyra @ ..Gambar Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
dan juga yang amat myeronokkan…
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
Hampir habis europe denaihati jelajah.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Tema Hari Pekerja 2012 | Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi.
nasib baik tak around the world..
Curahan rasa KiD @ ..Jom Menang Duit Lagi
bertuahnya DH dapat juga kesana…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
rencana berapa negara gan ?
Curahan rasa nutrisi jantung @ ..Agen Herbalife Denpasar
wah sudah nyampe italy nih,,,rencana berapa negara ?
Curahan rasa cara menurunkan berat badan @ ..Agen Herbalife Denpasar
bestnya la DH jalan2.saya dari kecik lagi ngidam nak jalan europe tapi takde mana la nak cari ongkos.wuuuu
Curahan rasa arelan @ ..BE Mei
kalau arelan ada rezeki, satu saat pasti dapat juga kesana…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
nana pun mesti nak jalan2 ke sana.. kan?
Curahan rasa KiD @ ..Jom Menang Duit Lagi
kalau banyak duit, Kid…selruh dunia rasanya nak pergi…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
arelan.. tapi bro dah ke jepun kan? hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Jom Menang Duit Lagi
betul ker arelan….jepun tu….
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
sama lah mengidammmm kann kannn
Curahan rasa eyra @ ..Gambar Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
hoho.. i love d last part with gondola tuh brother… romantis
jika naik bersama org tercinta..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Wordless Wednesday #44
sesuai bagi pasangan yang nak p honeymoon…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
yang bujang kalau nak pergi.. pun boleh juga.. hehehe
Curahan rasa KiD @ ..Jom Menang Duit Lagi
rugilah pergi kalau tak de yg tsayang d sisi….
berdua lebih baik…hehehe..
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
hehehe…nanti kat sana jangan cemburu tgok org couple2….
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
DH pun macam buat muka romantis.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Jom Menang Duit Lagi
senangnya dalam hati….
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
kalau dengan suami atau isteri mmg la romantis sgt! sesuai nak honeymoon
Curahan rasa eyra @ ..Gambar Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Kalau honeymoon kat Venice best juga ni
Curahan rasa Sya Isya @ ..PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 2012
betul tu, sya….byk tempat2 yang mnarik…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
kat italy memang ada banya tempat menarik
Curahan rasa KiD @ ..Jom Menang Duit Lagi
waahhhh… nak honeymoon kat sana yea??
Curahan rasa KiD @ ..Jom Menang Duit Lagi
sapa2 nak p honeymoon ke Italy, sedia duit banyak2 dulu…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
sama lah kita sya! jomm. eh?
Curahan rasa eyra @ ..Gambar Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
perasaan ada update foto lagi nih…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Howard Carter, Egyptolog Penemu Makam Firaun di Logo Google Hari Ini
tambahan lebih banyak foto untuk tatapan
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 6
harap ada tambahan byk2 lagi foto…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
lepas ni entry Rome pulak kut.. hehehe
Curahan rasa KiD @ ..Jom Menang Duit Lagi
ROME? ahh jelesnyaaa. best kot
Curahan rasa eyra @ ..Gambar Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
saya juga perassan ada foto yang btambah…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
Seronoknyer bila tengok tempat-tempat menarik bro pergi ni
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #20
memang tempat menarik je bro DH gi
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 6
seronok dan membuatkan teringgin sangat2 nak kesana….
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
sapa yang tak seronok kalau dapat p sana…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
siapa yang tak seronok? adalah macam kita yang tak dapat ke sana lagi laa.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Jom Menang Duit Lagi
hahaha…mimpi2, angan2 dulu….
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
Wow siap posing atas gondola lagi 🙂
Curahan rasa GreenLava @ ..Vote for us at Digi WWWOW Awards
posing yang sangat kacak
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 6
biasa lah Kid, jejaka idaman melaya…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
kacak sungguh posing camtu kan? memang kenangan punya lah
Curahan rasa KiD @ ..Jom Menang Duit Lagi
kenangan yg indah…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
ambil gambar sebagai kenangan…wah…bestnyer…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
kenangan yang pasti menusuk kalbu dan memori
Curahan rasa KiD @ ..Jom Menang Duit Lagi
JELES SANGAT dengan gondola tu. nak posing atas tuu jugak ahaha
Curahan rasa eyra @ ..Gambar Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
dah banyak tempat bro pegi.. memang seronok..
harap ada rezeki nanti datang tempat macam ni
Curahan rasa kulanz @ ..Awan Pelik Menyerupai Wajah Lelaki Kacak
yalah….kita ni bila lah nak pat p…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
memang banyak tempat sudah DH kembara.. seronok tengok.
Curahan rasa KiD @ ..Jom Menang Duit Lagi
untunglah DH pat p jalan2…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
pehh..ni nak pusing satu bumi kerr..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 92 dari TNX
hahahaaa.. jauh dan banyak hari kalau satu bumi..
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 6
kid la plak bawak wan jalan2.huhu
Curahan rasa rozuan @ ..BUKAN NILAI WANG YANG DIUKUR
rozuan, nak jalan-jalan ke alamanda ke? heheehee
Curahan rasa KiD @ ..Jom Menang Duit Lagi
perkara yang tidak mustahil bagi DH…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
satu bumi? hahah akelakar la titan ni
Curahan rasa eyra @ ..Gambar Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Comments are closed.