Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setelah terbang selama 8 jam dari Doha, Qatar dengan Qatar Airways akhir buat pertama kali menjejaki kaki di bumi Frankfurt, German. Disambut dengan cuaca yang agak dingin tepat jam 7.00 am waktu tempatan.
Keluar je pesawat sudah ditanya dengan berbagai soalan oleh polis yang memeriksa pasport semua penumpang. Di imigresen sekali lagi dihujani dengan berbagai soalan tapi alhamdulillah dengan semua dokumen perjalanan, salinan booking hotel, sewa kereta dan tiket kapal terbang balik semua soalan dapat dijawab dengan baik. Pengajarannya kalau nak kembara ke europe untuk yang pertama kali pasti semua dokumen perjalanan disimpan dalam satu fail supaya nampak teratur dan mudah apabila ditanya.
Nak keluar selepas mengambil bagasi sekali lagi kami dihujani dengan berbagai soalan dari kastam sehingga terpaksa buka dompet tunjuk duit euro. Biasalah ni ujian kecil orang Islam kembara di negara bukan Islam.
Kami landing di terminal satu Fankfurt Airport jadi perlu naik bas ke terminal dua untuk mengambil kereta sewa yang telah ditempah secara online. Ada train untuk ke terminal dua tapi kami memilih naik bas sebab malas nak tolak beg.
Nak sewa kereta satu lagi hal. Semasa survey dari Malaysia dimaklumkan hanya pemandu utama perlukan lesen memandu antrabangsa dan yang lain hanya perlu lesen memandu Malaysia untuk jadi co-driver tapi sampai kat sini tak boleh pulak. Kami dah tunjukan syarat tersebut yang tertulis di agreement tapi kerani Europcar Rental tak nak terima jadi tak nak kecoh-kecoh terima je lah seadanya. Sampai di kereta kami dapati kereta sewa yang dibagi lebih kecil dari yang telah dibooking, member kata ni susah takut tak muat nak sumbat barang shopping. Naik semula ke kaunter nak tukar tapi tak boleh sebab kereta sewa yang besar tak boleh masuk Italy. Jadi kami kena terima dan adjust mana yang boleh.
iPad baru yang telah di install GPS Tom Tom menjadi sangat penting untuk membantu menunjuk arah kembara musafir kami. Arah pertama yang kami tuju adalah Homestay yang telah dibooking secara online di Hausener Weg (nak terkehil lidah menyebutnya). Setelah memandu lebih kurang 20minit dengan bantuan GPS iPad baru kami pun sampai tempat tujuan tapi malang tak boleh nak checkin sebab masih ada penyewa.
Sementara nak check in kami cari pasaraya untuk beli barang keperluan. Selepas beli barang keperluan dan sarapan pagi bekalan nasi impit dan rendang kami bergerak ke sebuah bandar kecil Offenbach. Tak sangka pulak ramai sungguh kominiti Islam disini sebab bukan sorang yang kami terserempak tapi berpuluh-puluh wanita bertudung yang kami jumpa.
Tepat jam 1.00pm kami check in di apartment, simple je tapi kemas dan teratur. Selepas solat Zuhur kami bergerak ke Frankfurt menaiki train. Poning juga kepala nak memahamkan bahasa German untuk beli tiket. Punyalah kelakar bila train sampai kami berdiri kat pintu tak terbuka pulak terpaksa lari kepintu lain. Bila dah masuk baru tahu nak buka pintu kena tekan button kalau tunggu sampai besok pun tak terbuka pintu train tu. Lagi satu punyalah bersusah payah beli tiket tapi tak ada orang check pun. Hebatlah kepercayaan dan tanggungjawab orang German ni kalau kat Malaysia ramai yang naik tak beli tiket tu.
Frankfurt memang bandar yang menarik, tidak terlalu sibuk, ramai yang pemboceng basikal dan syurga kepada pengejar barangan berjenama seperi LV, Hermes, Gucci dan lain-lain. Ada juga produk yang diminati tapi tunggu nak survey kat bandar lain dulu, lagi pun perjalanan masih jauh lagi.
Perut dah lapar tapi cari restauran halal di Frankfurt tak jumpa jadi kami ambil keputusan balik ke apartment dan masak. Semua dah ada tugas disediakan, ada yang memandu, tukang samak peralatan memasak, tukang masak dan tukang basuh pinggan mangkuk. Selepas makan lauk sambal telur dan sayur goreng semua lena kepenatan. Maaf tak ada gambar sambal telur sebab dah kelaparan sampai terlupa nak snap gambar. Banyak lagi gambar tapi lain kali akan update entri ini.
151 Comments
asyik nih jalan -jalan terus,,bagi pengalamannya
jauh pjalan luas pmandangan byk pgalaman d prolehi…
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
jalan-jalan cari makan.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
hehehe…jalan-jalan makan angin…
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
lulz, macam mana hot dog = frankfuther le jadi buah? huhu
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Google Update Pagerank Kedua 2012
dulu saya panggil frankfruit.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
GPS tom tom ya .. nanti nak try kat iPhone pulak ..
seronok lah berkembara begini … tp tunggu lah rezeki akan dtg ..
Curahan rasa puanbee @ ..Lupa Nak Hidupkan Lesen (Lesen Dah Ikut Tarikh Hari Lahir)
Rezeki tak sampai lagi tu
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Utusan Malaysia Dedahkan Gambar Seks Azmin Ali
kekadang GPS ni tak tepat.. heheee
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
waw sangat luar biasa sekali,,,,,
aku acungkan jempol.,,
Curahan rasa obat tradisional stroke @ ..obat tradisional stroke
memang luar biasa.. orang2 berada mengembara.. 😉
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
Seronok baca catatan pengalaman hj amir..semoga selamat dan dipermudahkan oleh Allah..
Syoknya berjalan2 tapi kena hati2 dgn perjalanan terutamanya di negara bukan Islam ni.Lagi teruk kena siasat kalau kita pakai songkok dan simpan janggut.Pakai baju pak arab lagilah payah
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Bob Kuman Meninggal Dunia
ketat juga kawalan untuk org islam kat sana ya…?
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
betul tu.. ia diskriminasi terhadap kita
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
Pengalaman yang menarik. Saya sudah sampai di frankfurt, sememangnya tempat yang best
Curahan rasa Iman @ ..Bagaimana beli Herbalife secara online
Memang best. Kami akan pulang melalui Frankfurt. Boleh cadangkan kedai makan halal yg paling dekat dengan bandar ke?
Curahan rasa denaihati @ ..Langgan Internet P1 Fiber OnePlan Menang Hadiah Kereta Volkswagen Golf TSI
saya tak sampai lagi.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
Pengalamn yang menarik. Saya da beberapa kali sampai di frankfurt, sememangnya tempat yang best
wow!! dah beberapa kali.. atas urusan kerja kah?
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
Tak pernah lagi kesan cuma selalu guna peralatan buatanya
Curahan rasa onlajer @ ..Tomorow is Friday
barang buatan germany apa ya?
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
Beberapa tahun lalu saya pernah melawat Jerman tidak pula banyak masalah. Mungkin kerana apa yang berlaku menjadi pihak imigresen begitu teliti pelawat yang beragama islam.
Curahan rasa akubiomed @ ..Juara didalam kehidupan saya
ada laaa tu nak duit euro
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
Masih ada lagi diskriminasi kepada orang islam hmm…
Curahan rasa azmanisma @ ..Buku Permata Yang Hilang (Hamka) Kereta Mayat
Islamifobia masih menular lagi
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Utusan Malaysia Dedahkan Gambar Seks Azmin Ali
mungkin selepas tragedi yg blaku kat AS dulu…
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
ia sebagai satu diskriminasi terhadap agama kita
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
kat US pun dilayan begitu kah?
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
Lepas ni semua cekap la bab masak memasak, dah mengembara jauh ni semua tonjol skill memasak la ni 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Resepi Ayam Dendeng
Kalau sudah kembara di negara orang mulalah tunjukkan kemahiran memasak masing-masing. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Wordless Wednesday – #Undi AkuBiomed DiGi WWWOW Awards 2012
Skill ni kena ada, nanti senang
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Utusan Malaysia Dedahkan Gambar Seks Azmin Ali
skil memasak orang lelaki.. semua leh makan.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
Mmg banyak dugaan yang perlu ditempuh ye bila nak mengembara ke negara jiran..
Curahan rasa Myra Jay @ ..Resepi Ayam Dendeng
Tapi takpe, semua dugaan menjadikan kita lebih matang dan juga panduan untuk semua..
Curahan rasa Myra Jay @ ..Resepi Ayam Dendeng
Bener akan menjadi panduan yang bagus sekali untuk kita
Curahan rasa Dadan @ ..Tiga Amanat Utama
Bila mana kita akan melakukan kembara ke negara lain
Curahan rasa Dadan @ ..Tiga Amanat Utama
Betul tu pengalaman mengajar kita dan memberi panduan
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Utusan Malaysia Dedahkan Gambar Seks Azmin Ali
kalau ramai org islam, kira ok juga…mmg ada makanan halal ler…
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
tul tu Myra Jay.. dugaan ketika mengembara ke negara orang
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
Saya suka adventure seperti ini betul-betul menguji minda dan fizikal di bumi asing. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Menguja deria anda dengan LG Cinema 3D Smart TV
akubiomed.. macam ala2 rancangan explorace lak kan? hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
Dugaan mengajar manusia erti kesabaran
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Utusan Malaysia Dedahkan Gambar Seks Azmin Ali
ahmad hati.. dugaan yang penuh menguji kita
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
Pehhh…jermang lak bro….dasat tu…sapa lagi yang pergi dgn bro ni bro? Team equrban ke?
Curahan rasa yas @ ..BOB KUMAN MENINGGAL…3/5/12
ni geng2 bos besar.. hehee
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
hehehe…nak join sekaki leh tak, bos…?
Curahan rasa Nana @ ..Keong Racun
Comments are closed.