Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa bulan lepas Bos Besar Al Ansar Properties ajak pergi Beijing mulanya rancang tiga orang tapi akhirnya jadi rombongan keluarga 35 orang. Kembara Musafir Beijing merupakan package travel muslim yang diuruskan oleh syarikat travel CS Holidays yang juga menguruskan umrah dan haji package.
Kembara Musafir Beijing bermula dengan berkumpul di KLIA pada jam 8.00 am, 28/5/2012. Alhamdulillah semua datang tepat waktu walaupun datang daripada berbagai arah dan jadual penerbangan Cathay Pacific Airways juga tepat mengikut jadual. Kami transit di Hong Kong lebih kurang 3 jam. Sempatlah solat zuhur dan asar di bilik solat umum di laluan 40. Alhamdulillah banyak airport besar walaupun bukan di negara Islam seperti airport Fankfurt ada meyediakan kemudahaan tempat solat.
Kami sampai di airport Beijing yang sangatlah besar pada jam 8.30 pm. Cuaca agak panas lebih kurang 30 darjah celcius dan semua dah terbayang cuaca panas sepanjang kembara kami. Pemandu pelancung kami Amelia seorang China tapi fasih berbahasa Indonesia jadi mudahlah untuk berkomunikasi. Kami di bawa ke hotel tiga bintang Ming Du lebih kurang 45 minit dari airport Beijing. Bilik hotel sederhana tapi lengkap dengan arah kiblat dan morning call untuk solat suboh.
6.30 pagi kami dah berkumpul di lobi hotel untuk breakfast di sebuah restauran halal di tengah bandar Beijing. Manusia merancang Allah SWT menentukan bas rosak terpaksa menunggu lebih dua jam untuk gantian bas baru tetapi alhamdulillah semua sabar. Setelah masalah bas selesai kami bergerak ke Restoran Judehuatian untuk menikmati sarapan pagi halal. Restauran Judehuatian sudah berusia lebih daripada 80 tahun dan mempunyai lebih 20 cawangan dan sangat terkenal dengan makanan halal.
Selepas sarapan pagi kami bergerak ke Medan Tiananmen. Sebelum masuk ke Medan Tiananmen hampir semua ahli rombongan Kembara Musafir Beijing singgah di bilik air umum. Di sini pintu bilik air tak ada kunci jadi kena ada seorang sahabat jadi bodyguard di luar dan pastikan juga sediakan botol air mineral untuk bawa bekalan air kerana semua tandas tak ada air. Perjalanan di teruskan ke medan yang menyimpan berbagai sejarah bermula dengan pengisytiharan kemerdekaan China oleh Mao Tzu Tung dan peristiwa berdarah perjuangan demokrasi mahasiswa. Kawalan untuk masuk ke Medan Tiananmen sangat rapi terutama untuk warga China siap dengan mesin pengesan badan dan mesin pemeriksaan beg. Memanglah sangat luas dan terlalu ramai pelawat yang datang menziarahi medan Tiananmen. Gambar Mao Tzu Tung terpampang besar dianggap seperti dewa oleh warga China. Tubuh Mao Tzu Tung diawet dan disimpan disebuah bangunan di tengah Medan Tiananmen untuk tatapan pelawat setiap hari.
Selepas Medan Tiananmen kami bergerak ke sebelah iaitu Forbidden City. Oleh kerana rombongan kami ada warga tua dan kanak-kanak maka pergerakan agak perlahan supaya semua mampu berjalan kerana Medan Tiananmen dan Forbidden City sangat luas melebihi 44 hektar. Melihat pintu gerbang dan istana Maharaja China boleh dibayangkan betapa berkuasanya mereka ketika menguasai Jajahan China tetapi akhirnya musnah ditelan zaman akibat kezaliman ke atas rakyatnya sendiri. Kami hanya sempat melintasi gerbang ke tiga apabila majoriti ahli rombongan anak-anak dan warga tua dah tak larat nak melangkah lagi.
Alhamdulillah cuaca memihak kepada kami, dengan izin Allah SWT cuaca tidak panas sehingga mencecah 30 darjah celcius. Awan mendung meliputi langit dengan angin yang berhembus lembut membuatkan suasa sangat mesra alam. Kami meninggalkan Forbidden City menuju ke Restoran Halal untuk makan tengahari. Makanan halal yang dihidangkan di Restoran Western Mau memang sedap. Setelah makan tengahari kami bergerak ke Masjid Niu Jie yang merupakan masjid terbesar dan tertua di Beijing. Usia masjid asal Nui Jie melebih 1000 tahun yang dibina pada tahun 996 dan terdapat dua buah kubur kepunyaan ulama’ yang menjadi guru di masjid ini pada sekitar tahun 1270M. Seorangnya dari Bukhara dan seorang lagi dari Qazwin, Parsi. Terasa damai hati dapat berjemaah diimamkan Mudir Madrasah An-Nuur di dalam Masjid yang telah wujud sebelum Islam sampai ke Malaysia lagi. Selepas solat kami singgah di Niu Jie Muslim Supermarket yang merupakan satu-satunya supermarket halal di Beijing untuk beli stok makanan seminggu Kembara Musafir Beijing.
Kami sudah agak terlewat untuk ke Jin Sha Theater untuk menyaksikan akrobatik China. Bila dah lewat terpaksalah menyaksikan daripada tingkat dua yang agak jauh. Melihat akrobatik ini memang menakjubkan dengan kelembutan tubuh aksi para akrobatik dan paling mengerikan menyaksikan aksi 5 penunggang motor menunggang motor serentak dengan laju dalam gelung bola. Kabarnya beberapa bulan yang lalu terjadi pelangganran sehingga kesemua penunggang cedera parah dan dimasukan ke hospital lebih daripada dua buan. Setelah selesai menyaksikan akrobatik kami makan malam di Restoran Judehuatian dan pulang ke hotel untuk berehat kerana esok ada jadual yag ketat dan memerlukan tenaga yang banyak. Terima kasih atas nasihat teman melalui feedback di Fanpage Denaihati, alhamdulillah hari pertama tak ada masalah melainkan kerosakan bas. Kepada rakan-rakan yang ada akaun Foursquare bolehlah follow Denaihati untuk mengikuti Kembara Musafir Beijing selain yang dipaparkan di Fanpage Denaihati.
185 Comments
seronok betul dapat jalan2 camni
http://gitarmalaya.blogspot.com/
dua tiga kali pun tengok masih lagi nak berangan-angan pergi ke sana ..haha
Curahan rasa spudin @ ..Bangga SP Kena Bodek Dengan Rakan Blogger
best jugak tengok suasana di sana..
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
tentu ler best kid…
Curahan rasa Nana @ ..Kisah sedih di sebalik lagu ” sudah cukup sudah “
mudah2an angan2 awak akan jadi kenyataan ekk…hehe…
Curahan rasa Nana @ ..Kisah sedih di sebalik lagu ” sudah cukup sudah “
nana taknak berangan-angan sekali ke? hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
Jeles sungguh tgk rombongan ni.. Teringin.. InsyaAllah satu hari nanti… 😉
Curahan rasa Nurul @ ..Wordless Wednesday : Sampai Jua Akhirnya, Terima kasih Mary Kay
siapa yang tak jeles lihat DH selalu kembara
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
saya pun jeles juga…hehehe..
Curahan rasa Nana @ ..Kisah sedih di sebalik lagu ” sudah cukup sudah “
nana jeles sikit-sikit saja.. jangan jeles banyak.. hehehe
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
Wah DH dah sampai dulu… baru nak bawa famili ke China cuti sekolah nih… Bisnis untuk saya, yg lain2 vacation hehe… gud tips dan info… Semoga di-lindungi-Nya dalam apa jua situasi..
Curahan rasa irsah @ ..Page Rank Turun atau Statik – Adakah Penalti Google: Siri 1 dari 8
wah waahh.. irshah pun nak ke sana.. mesti dapatkan tips2 dari DH
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
nasib baik byk restoran halal kan kat sana
Curahan rasa rozuan @ ..HOW TO BE A PANDA?
yang halal itu fardu bagi Muslim
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
kat sana kan ramai org islam…
Curahan rasa Nana @ ..Kisah sedih di sebalik lagu ” sudah cukup sudah “
betul tu.. kid pernah tengok kat majalah 3..
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
seronoknya brother and family travel e Beijing.. sejuk + nyaman udaranya.. seronok anak2..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Wordless Wednesday #48
memang seronok sampai 35 orang ke sana..
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
Medan Tiananmen salah satu wisata China yang sangat terkenal bahkan mendunia.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Peter Carl Fabergé Seniman Telur Paskah di Logo Google Hari Ini
Saya baru tahu tempat ini sejak Tragedi berdarah tahun 1989.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Peter Carl Fabergé Seniman Telur Paskah di Logo Google Hari Ini
Lokasi yang sangat bersejarah termasuk Tempat Proklamasi berdirinya Republik Rakyat Cina
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Peter Carl Fabergé Seniman Telur Paskah di Logo Google Hari Ini
bang iwan kapan kita ke sana,,,
Curahan rasa penowo @ ..Motor matic injeksi irit harga murah – Yamaha Mio J
penowo.. bisa kesana kapan ongkosnya tebal.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
Iya nih Mas…. kita sekalian satu rombongan juga.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Indonesian Movie Awards 2012
Boleh kita rancang mulai sekarang…. jangan lupa kita mampir di Kualalumpur dulu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Indonesian Movie Awards 2012
betul tu bang iwan, jangan lupa ke negara jiran terdekat dulu sebelum pergi jauh…
Curahan rasa Nana @ ..Kisah sedih di sebalik lagu ” sudah cukup sudah “
bang iwan nak datang kuala Lumpur?
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
kembara dengan jumlah rombongan 35 orang.. tentu sangat meriah sekali.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Peter Carl Fabergé Seniman Telur Paskah di Logo Google Hari Ini
Tentu sangat berbeda suasananya saat kembara berempat kemarin
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Peter Carl Fabergé Seniman Telur Paskah di Logo Google Hari Ini
yang pasti banyak yang repot mengurusi keluarga terlebih lagi dalam membeli souvenir..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Peter Carl Fabergé Seniman Telur Paskah di Logo Google Hari Ini
dengan keluarga sanak saudara pasti lebih meriah
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
meriah dan amat menyeronokkan…
Curahan rasa Nana @ ..Kisah sedih di sebalik lagu ” sudah cukup sudah “
berapalah agaknya kos semua ke sana…
Bro Denai Hati, entri ke Beijing nie update banyak2 sikit… Boleh sy jadikan rujurkan untuk ke sana – dalam masa terdekat nie akan ke sana…
Curahan rasa Izzuddin Fauzi @ ..Kontes Seminit Dua dan Menang Solo HD – Beats by Dr. Dre
waaahh.. izzudin nak ke sana bercuti atau urusan kerja?
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
bestnyer….semoga info2 yang DH bagi dapat membantu Izzuddin di sana nanti…
Curahan rasa Nana @ ..Kisah sedih di sebalik lagu ” sudah cukup sudah “
Wow best nyer..semoga semua nya selamat DH..
Curahan rasa azman @ ..Wordless Wednesday#Safety First
nampaknya musim kembara buat DH.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
betul tu…kembara sepanajang tahun 2012…
Curahan rasa Nana @ ..Kisah sedih di sebalik lagu ” sudah cukup sudah “
hello Denaihati,
lama x kesini don sudah terlepas beberapa post menarik kat sini. semuga semuanya berjalan ngan baik bro..
Curahan rasa donnyien @ ..inialah dia Finalist unduk Ngadau tahun 2012 yang cun-melecun
semuanya menarik entry di blog DH
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
hoho..berjalan aje ye..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 6 dari PanduanDPLI.com
DH banyak kembara tahun ini..
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
tidak disangka…
di China banyak kaum muslim
padahal ini kan negeri Komunis ya…
mudah2an perlakuan pemerintah disana menyenangkan
salam dari Toko Obat Kuat
di China memang ramai orang Muslim. saya pernah tengok di channel tv
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
belum habis penat kembara eropah, dah sambung kembara China pulak..
rombongan keluarga ramai ramai macam ni pasti lebih meriah..cuma nak kena jaga ahli rombongan je la yang penting supaya takde yang tercicir..
Curahan rasa pipoq @ ..Kenapa menunggu tua ?
rami-ramai mengembara perlu ada perancangan rapi
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
pastikan keselamatan kanak2 di utamakan…
Curahan rasa Nana @ ..Kisah sedih di sebalik lagu ” sudah cukup sudah “
besarnya rombongan musafir kali ni. tentu seronok…
Curahan rasa noorsyamsul @ ..WORDLESS WEDNESDAY: MY YELLOW PRINCESS
kali ini lebih ramai, pasti lebih banyak jumlah perbelanjaan..
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
belanja itu satu kemestian…tentu DH keluar banyak belanja kalau MEM ada ikut…
Curahan rasa Nana @ ..Kisah sedih di sebalik lagu ” sudah cukup sudah “
pastilah seronok…dapat merapatkan tali persaudaraan lagi…
Curahan rasa Nana @ ..Kisah sedih di sebalik lagu ” sudah cukup sudah “
diorang semua shopping baju raya kut.. hehehe
Comments are closed.