Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa bulan lepas Bos Besar Al Ansar Properties ajak pergi Beijing mulanya rancang tiga orang tapi akhirnya jadi rombongan keluarga 35 orang. Kembara Musafir Beijing merupakan package travel muslim yang diuruskan oleh syarikat travel CS Holidays yang juga menguruskan umrah dan haji package.
Kembara Musafir Beijing bermula dengan berkumpul di KLIA pada jam 8.00 am, 28/5/2012. Alhamdulillah semua datang tepat waktu walaupun datang daripada berbagai arah dan jadual penerbangan Cathay Pacific Airways juga tepat mengikut jadual. Kami transit di Hong Kong lebih kurang 3 jam. Sempatlah solat zuhur dan asar di bilik solat umum di laluan 40. Alhamdulillah banyak airport besar walaupun bukan di negara Islam seperti airport Fankfurt ada meyediakan kemudahaan tempat solat.
Kami sampai di airport Beijing yang sangatlah besar pada jam 8.30 pm. Cuaca agak panas lebih kurang 30 darjah celcius dan semua dah terbayang cuaca panas sepanjang kembara kami. Pemandu pelancung kami Amelia seorang China tapi fasih berbahasa Indonesia jadi mudahlah untuk berkomunikasi. Kami di bawa ke hotel tiga bintang Ming Du lebih kurang 45 minit dari airport Beijing. Bilik hotel sederhana tapi lengkap dengan arah kiblat dan morning call untuk solat suboh.
6.30 pagi kami dah berkumpul di lobi hotel untuk breakfast di sebuah restauran halal di tengah bandar Beijing. Manusia merancang Allah SWT menentukan bas rosak terpaksa menunggu lebih dua jam untuk gantian bas baru tetapi alhamdulillah semua sabar. Setelah masalah bas selesai kami bergerak ke Restoran Judehuatian untuk menikmati sarapan pagi halal. Restauran Judehuatian sudah berusia lebih daripada 80 tahun dan mempunyai lebih 20 cawangan dan sangat terkenal dengan makanan halal.
Selepas sarapan pagi kami bergerak ke Medan Tiananmen. Sebelum masuk ke Medan Tiananmen hampir semua ahli rombongan Kembara Musafir Beijing singgah di bilik air umum. Di sini pintu bilik air tak ada kunci jadi kena ada seorang sahabat jadi bodyguard di luar dan pastikan juga sediakan botol air mineral untuk bawa bekalan air kerana semua tandas tak ada air. Perjalanan di teruskan ke medan yang menyimpan berbagai sejarah bermula dengan pengisytiharan kemerdekaan China oleh Mao Tzu Tung dan peristiwa berdarah perjuangan demokrasi mahasiswa. Kawalan untuk masuk ke Medan Tiananmen sangat rapi terutama untuk warga China siap dengan mesin pengesan badan dan mesin pemeriksaan beg. Memanglah sangat luas dan terlalu ramai pelawat yang datang menziarahi medan Tiananmen. Gambar Mao Tzu Tung terpampang besar dianggap seperti dewa oleh warga China. Tubuh Mao Tzu Tung diawet dan disimpan disebuah bangunan di tengah Medan Tiananmen untuk tatapan pelawat setiap hari.
Selepas Medan Tiananmen kami bergerak ke sebelah iaitu Forbidden City. Oleh kerana rombongan kami ada warga tua dan kanak-kanak maka pergerakan agak perlahan supaya semua mampu berjalan kerana Medan Tiananmen dan Forbidden City sangat luas melebihi 44 hektar. Melihat pintu gerbang dan istana Maharaja China boleh dibayangkan betapa berkuasanya mereka ketika menguasai Jajahan China tetapi akhirnya musnah ditelan zaman akibat kezaliman ke atas rakyatnya sendiri. Kami hanya sempat melintasi gerbang ke tiga apabila majoriti ahli rombongan anak-anak dan warga tua dah tak larat nak melangkah lagi.
Alhamdulillah cuaca memihak kepada kami, dengan izin Allah SWT cuaca tidak panas sehingga mencecah 30 darjah celcius. Awan mendung meliputi langit dengan angin yang berhembus lembut membuatkan suasa sangat mesra alam. Kami meninggalkan Forbidden City menuju ke Restoran Halal untuk makan tengahari. Makanan halal yang dihidangkan di Restoran Western Mau memang sedap. Setelah makan tengahari kami bergerak ke Masjid Niu Jie yang merupakan masjid terbesar dan tertua di Beijing. Usia masjid asal Nui Jie melebih 1000 tahun yang dibina pada tahun 996 dan terdapat dua buah kubur kepunyaan ulama’ yang menjadi guru di masjid ini pada sekitar tahun 1270M. Seorangnya dari Bukhara dan seorang lagi dari Qazwin, Parsi. Terasa damai hati dapat berjemaah diimamkan Mudir Madrasah An-Nuur di dalam Masjid yang telah wujud sebelum Islam sampai ke Malaysia lagi. Selepas solat kami singgah di Niu Jie Muslim Supermarket yang merupakan satu-satunya supermarket halal di Beijing untuk beli stok makanan seminggu Kembara Musafir Beijing.
Kami sudah agak terlewat untuk ke Jin Sha Theater untuk menyaksikan akrobatik China. Bila dah lewat terpaksalah menyaksikan daripada tingkat dua yang agak jauh. Melihat akrobatik ini memang menakjubkan dengan kelembutan tubuh aksi para akrobatik dan paling mengerikan menyaksikan aksi 5 penunggang motor menunggang motor serentak dengan laju dalam gelung bola. Kabarnya beberapa bulan yang lalu terjadi pelangganran sehingga kesemua penunggang cedera parah dan dimasukan ke hospital lebih daripada dua buan. Setelah selesai menyaksikan akrobatik kami makan malam di Restoran Judehuatian dan pulang ke hotel untuk berehat kerana esok ada jadual yag ketat dan memerlukan tenaga yang banyak. Terima kasih atas nasihat teman melalui feedback di Fanpage Denaihati, alhamdulillah hari pertama tak ada masalah melainkan kerosakan bas. Kepada rakan-rakan yang ada akaun Foursquare bolehlah follow Denaihati untuk mengikuti Kembara Musafir Beijing selain yang dipaparkan di Fanpage Denaihati.
185 Comments
nak tengok kung fu sholin depan mata je 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Review Buku: Bersyukur Saat Diuji
fung sai yuk ker? hehehe
Curahan rasa KiD @ ..Tips Semak Prestasi Blog Anda!
Wah seronok dpr menyaksikan keagungan sejarah China.
Saya tak tahulah bila boleh ke sana.
Great china history
Curahan rasa camping checklist @ ..The beauty of Yosemite Camping
wow menarik percutian ni..walaupun saya selalu ke Beijing tapi belum sempat nak jenjalan
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Pertandingan Kucing
tengok tu.. DH lagi kuat kembara dari pramugara
Curahan rasa KiD @ ..Tips Semak Prestasi Blog Anda!
memang mengimbau kenangan betul lah.. miss beijing a lot!
Curahan rasa madammondoq @ ..Sehari di BALI Yang Sangat Best Dan Penat!
madam gi bali je sokmo.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Tips Semak Prestasi Blog Anda!
wah…seronoknya DH….baru hari itu p makan angin, skrg p lagi…
Curahan rasa Nana @ ..TITANIC – Selepas 100 tahun
tul tu nana.. kalah pramugara.. hehee
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
Beijing tak pernah pergi tapi masjid beijing yg ada kat rantau panjang pernah pergi. jadilah..
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Wordless Wednesday | Amin Cerita Tentang Abah & Mak
tak per ler, asal ada nama beijing kat blakangnya…jdi ler…hehehe
Curahan rasa Nana @ ..TITANIC – Selepas 100 tahun
owh.. kat rantau panjang ada nama masjid beijing eh? mesti bentuknya unik.
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
di samping kembara, saya lihat DH masukkan sekali info sejarah sesuatu tempat.. syabas!!
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
kalau bahasa saya bisa diistilahkan Wisata Sejarah
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Indonesian Movie Awards 2012
sekurang2nya kita yang membaca ni tahu sikit2 ler tentang sejarah kat sana…
Curahan rasa Nana @ ..TITANIC – Selepas 100 tahun
DH mesti banyak study pasal sejarah sesuatu tempat yang dikembara..
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
waaa bestnyer leh g jln2
jalan2 kembara bersama keluarga..
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
tentulah best, lebih2 lagi ada keluarga bersama…
Curahan rasa Nana @ ..TITANIC – Selepas 100 tahun
mesti shoppingn kaw kaw punya… hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
China menyimpang begitu banyak situs-situs agama Islam bersejarah
Curahan rasa smp3lembang @ ..Meeting the Class for the First Time
Betul sekali Dik Munir… salah satu diantaranya adalah Masjid Datong yang berlokasi di Provinsi Shanxi
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Indonesian Movie Awards 2012
dari literatur yang saya baca bahwa Masjid Datong menjadi situs Islam terkenal dan merupakan bangunan masjid tertua di Cina.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Indonesian Movie Awards 2012
Keberadaan masjid ini membuktikan eksistensi komunitas Muslim di Negeri Tirai Bambu itu sejak berabad-abad yang lalu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Indonesian Movie Awards 2012
Dan mungkin juga Masjid ini akan menjadi salah satu destinasi dari Rombongan Denaihati
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Indonesian Movie Awards 2012
Banyak juga sejarah dan tempat2 menariknya
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
Salam.
Wah..senangnya kalo bisa jadi salah satu bagian kembara ini, jangan lupa oleh2nya dari sana ya.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
Beijing terkenal memiliki kawasan pariwisata yang cukup banyak dan megah, banyak hal yang telah mereka lakukan untuk menarik minat para wisatawan.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
Dulu pernah ada olimpik di beijing jugak kan?
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
best nyer kalau dapat join..tq for infor-infor menarik di china..hopefully this year dapat sampai jugak
kena tebal poket baru boleh kembara kesana kemari..
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
kalau seperti saya harus menabung lama dulu..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Indonesian Movie Awards 2012
hehehhe…bila lah kita ni dapat jalan jugak kan?
Curahan rasa Nana @ ..TITANIC – Selepas 100 tahun
bila? bila poket sudah cukup tebal.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
wahh sangat megahh sekali.. terimaksih banyak atas informasinya.. ini sangat berguna.
DH memang selalu berkongsi pengalaman dan info2 bguna dengan kita semua…
Curahan rasa Nana @ ..TITANIC – Selepas 100 tahun
tu diaaaaaa… dari 3 orang, terus jadi 35 orang.. seronok laaa berjalan2 cuti sekolah
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
mmg seronok jln ramai2 ni.. 🙂
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Wordless Wednesday : Teman
semoga Selamat mulai dari Berangkat sampai pulang kembali
Curahan rasa smp3lembang @ ..Meeting the Class for the First Time
Semoga saja seperti itu,.. Insya Allah, Amin.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Indonesian Movie Awards 2012
jalan ramai-ramai kena pastikan tidak ada yang tercicir.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
hehehe…itu yang bahaya terutamanya kanak2…
Curahan rasa Nana @ ..TITANIC – Selepas 100 tahun
ya Budak mudah sekali terlepas bila tak diperhatikan secara seksama
Curahan rasa smp3lembang @ ..Alergi dan cara mengatasinya atau menghindarinya
sama2 lah kita mendoakannya…
Curahan rasa Nana @ ..TITANIC – Selepas 100 tahun
Amin Selamat berangkat dan kembali
Curahan rasa smp3lembang @ ..Alergi dan cara mengatasinya atau menghindarinya
bestnya jejalan negara orang, lepas ni kemana pula destinasinya..
Curahan rasa Azydy @ ..Wordless Wednesday : Lelaki Kacak dan BMW Zagato
DH ni selalu mengembara
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
jalan2 gini memang perlukan bget yang bnyak…org2 tertentu jer dapat…
Curahan rasa Nana @ ..Kisah sedih di sebalik lagu ” sudah cukup sudah “
orang-orang yang poket tebal. heheehe
Curahan rasa KiD @ ..Gempar!! Percubaan Terjun dari Angkasa
Comments are closed.