Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada 4 Oktober yang lalu, Denaihati Network telah menghantar wakil untuk bersama-sama dalam kembara korban di Kemboja bersama eQurban.com. Saban tahun Denaihati akan mengikuti kembara ke sana, tahun ini bukanlah tahun pertama pihak Denaihati mengikuti kembara korban ini.
Pada tahun ini, rombongan kembara berlepas dalam dua kumpulan, kumpulan pertama pada pagi Sabtu manakala kumpulan kedua pada petang Sabtu yang sama. Penerbangan dari KLIA 2 mengambil masa 1 jam 55 minit untuk tiba di Phnom Penh.
Setibanya di Phnom Penh kami disambut oleh wakil CMC dengan sebuah Van. Dalam perjalanan ke lokasi penginapan, kami singgah sebentar untuk membeli simkad tempatan demi memastikan keperluan internet sepanjang berada di sini tersedia.
Perjalanan ke lokasi penginapan mengambil masa hampir 30 minit, setibanya di apartment tempat kami menginap, kumpulan pertama sudah menanti di sana. Pada malam tersebut, selepas menikmati hidangan makan malam, pihak eQurban, TM dan mereka yang terlibat membuat persiapan menyemak senarai nama dan bilangan lembu yang akan disembelih pada hari pertama Aidiladha.
Suasana Aidiladha di Phnom Penh tidak banyak bezanya, walaupun mungkin tak semeriah di tanahair kita, tetapi pada pagi hari raya, solat sunat Aidiladha diadakan dengan jemaah yang tetap ramai. Walaupun khutbah tidak difahami, tetapi alhamdulillah tiada kekurangan yang dirasai.
Selepas selesai solat, rombongan kembara kami terus bersiap-siap untuk menuju ke lokasi sembelihan. Pada hari pertama, sebanyak tiga lokasi sembelihan yang akan diuruskan. Lokasi pertama di Sekolah Nur Iman dengan 12 ekor lembu, lokasi kedua di CIC dengan jumlah 29 ekor lembu dan lokasi terakhir di Kampung Chhnang dengan 37 ekor lembu.
Semasa di Kampung Chhnang ini, saya tersentuh hati melihat kedaifan kehidupan penduduk di lokasi kampung yang kami tujui itu. Rumah yang dibuat daripada buluh dan atas nipah itu kelihatan sangat kecil untuk menempatkan pasangan suami isteri dan anak mereka.
Namun begitu, mereka tetap tersenyum menyambut kedatangan rombongan pihak kami. Mereka masih cuba untuk menikmati kehidupan dengan apa yang mereka ada. Semoga kita semua yang berada di Malaysia dengan pelbagai kemudahan ini akan sentiasa mensyukuri apa yang kita perolehi, kerana ramai lagi yang tidak berpeluang untuk merasai kehidupan seperti di Malaysia.
Rombongan kembara korban kemboja 2014 pada kali ini telah menyembelih 330 ekor lembu sepanjang 4 hari proses sembelihan di buat di beberapa lokasi sekitar kemboja. Setiap hari bermula dari hari pertama AidilAdha sehingga hari tasyrik yang ketiga, rombongan kami mengembara ke pelbagai lokasi untuk menunaikan amanah yang telah diberikan oleh mereka yang menempah melalui eQurban.com.
Ada beberapa lokasi yang kami pergi mengambil masa sehingga 4 jam perjalanan. Perjalanan melalui jalanraya bertar dan juga jalan raya tanah merah. Syukur alhamdulillah tiada hujan lebat semasa melalui laluan tanah merah ini, kalau tidak mungkin ada sesi tolak menolak kenderaan yang perlu dilakukan.
Melawati ke Kemboja, sekiranya kita hanya bersiar-siar di bandar seperti Phnom Penh mungkin kita tidak akan menemui atau dapat melihat kedaifan kehidupan penduduk-penduduk yang susah ini. Andai kita ingin melihat golongan yang susah, perlu keluar dari bandar, mungkin perjalanan mengambil masa sekitar sejam, untuk membolehkan kita melihat situasi yang diterangkan awal tadi.
Jurang ekonomi yang ketara kelihatan antara golongan berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah. Usaha untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada rakyat tempatan perlu dilakukan, terutama yang berada di kampung-kampung ini. Ada skop pemikiran yang telah diamalkan sejak dari kecil menyebabkan mereka masih berada di tahap sekarang. Semoga usaha dari pelbagai pihak untuk membantu penduduk di sana dipermudahkan.
Ini merupakan pengalaman pertama saya ke Kemboja mengikuti urusan korban di sana. Sepanjang 5 hari berada di Kemboja, banyak perkara yang membuatkan saya termenung jauh, bagaimana sebenarnya begitu banyak nikmat yang sedang kita kecapi.
Nota Denaihati : Syukur kepada yang dapat berkorban tahun ini kepada yang belum mulakan mengumpul duit dari sekarang untuk tahun depan. Terlalu banyak ganjaran yang telah ALLAH janjikan untuk mereka yang menyempurnakan ibadah kurban … kalau bukan kita yang yakin dengan hjanji ALLAH siapa lagi.
232 Comments
masih ramai lagi umat islam di kemboja memerlukan bantuan. sesiapa yang ada rezeki lebih tu boleh hulur bantuan
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
ada cikgu di sekolah yang menempah korban melalui saya menyedari bahwa mereka di kemboja amat memerlukan bantuan kita
Curahan rasa cikgu naman @ ..Baiki cermin kereta retak
diharap agar equrban akan terus memberikan sumbangan sebegini kpd rakyat kemboja
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
dengan sumbangan dan tempahan dari kita, insyaAllah eQurban akan teruskan perjuangan ini
Curahan rasa cikgu naman @ ..Baiki cermin kereta retak
bersyukur lah lahir di bumi malaysia ni. kerana masih ada negara yang jauh lebh daif
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
sedihnya bila tahu saudara kita disana sangat daif.tapi alhamdulillah,mereka dah bebas dari ancaman Pol Pot yang kejam melakukan penghapusan etnik.Saki baki minoriti islam yang tinggal inilah yang akan teruskan perjuangan islam di kemboja.
Curahan rasa AISHAH AHMAD @ ..Superhero paling kacak pilihan AA
semoga saki baki umat isam ini dapat menyebarkan islam supya leboh brkembang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Membaca kisah rakyat kemboja pastinya akan membuat kita semua terasa sayu dan mengucapkan syukur atas nikmat yang kita dapat sekarang
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..Restoran PERTAMA yang menghidangkan menu kombo MEE GORENG MAMAK CHICKEN CHOP
rakyat kemboja memang susah. jadi tak salah kalau kita membantu mereka di sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Semoga segala amal kebajikan yg pihak Denaihati lakukan diberkati Allah. Teringin jugak rasanya nak menyertai program macam ni.
Curahan rasa najahsalwa @ ..Akhirnya…Dari Sebuah Mimpi Menjadi Realiti
semoga DH akan terus membantu menceriakan rakyat kemboja. besar pahalanya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Teringin juga nak ke sana. Moga Allah berkati usaha tuan-tuan semua dan dimurahkan rezeki untuk teruskan amal kebajikan ini. Amin 🙂
Curahan rasa NotaKembara @ ..Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan
Nampaknya ibdah wurban di Zkomboja meriah lebih kurang di malaysia juga. Semoga yg buat ibadah korban tahun ini mendapat ganjaran dari Allah Taala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Terkini Suku Akhir Kedua 16 Oktober 2014
semoga mereka mendapat pahala berlipat ganda kerena membantu umat islam kemboja
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Semoga segala amal yg dilakukan diganjari Allah dgn kebaikan. perlu diteruskan lagi di masa2 depan ni
Curahan rasa Hilmi Hasan @ ..5 Isu Yang Sering Timbul Berkaitan Produk Kuruskan Badan
betul. semoga mereka yang membantu rakyat kemboja diberkan pahala berganda
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
In Shaa Allah, tahun depan nak melakukan Ibadah Qurban di kemboja dengan equrban lagi..Mungkin nak ambil 2 bahagian pula tahun depan…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
semoga qurbanya berkah dan di bagikan sesuai dengan yang memang membutuhkan dan semoga usahanya di dapat pahala yang berlimpah ganda dari allah swt
semoga usaha yang dilakukan team kembara kemboja mendapat keredhaan dari Allah SWT
Curahan rasa onlajer @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
agar mereka yang buat korban dikemboja ni mendapat kesenangan dan rezeki
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Semoga demikian kita mesti ingat dengan saudara kita yang kurang beruntung
Curahan rasa Abdullah @ ..Islam Agama yang Sempurna (Bagian 7: Islam dan Politik)
Ia semoga mereka merasakan indahnya hidup dibawah islam yang rahmatan lilalamin
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kebahagiaan Seorang Hamba
Waalaikumsalam, semoga yang berkurban mendapat pahala yang besar dan semoga mendapatkan rejeki yang berkah melimpah,aamiin
Curahan rasa darah tinggi @ ..Darah Tinggi: Ace Maxs Solusi Paling Tepat
semoga kita semua bisa meningkatkan ibadah kita ikhlas kepada Allah SWT
Curahan rasa risalah @ ..HUKUM DAN SYARAT MENYAPU KHUF
ibadah dan juga mendapatkan komisyen bila gabung jadi affiliasi dari equrban
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kebahagiaan Seorang Hamba
Semoga ibadah kita semua diterima Allah, amiin!! Seronoknya dapat beribadah Qurban di Kemboja, di tempat mereka yang sangat memerlukan. Subhanallah
Curahan rasa Iffah Azhar @ ..INFO KESIHATAN; 13 Kesalahan Lazim dalam Pengendalian Makanan Harian Kita
betul mereka sangat memerlukan. bukan selalu dpt makan daging. seronok juga dpt menceriakan mrk
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
semoga mereka bisa seceria dengan umat islam lainnya di Malaysia dan Indonesia
Curahan rasa Abdullah @ ..Islam Agama yang Sempurna (Bagian 7: Islam dan Politik)
Alangkah indahnya jika semua umat islam seluruh dunia bisa merayakan Idul Qurban
Curahan rasa risalah @ ..HUKUM DAN SYARAT MENYAPU KHUF
sekarang e qurban telah dipegang oleh denaihati team semoga melangkah lebih jauh
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kebahagiaan Seorang Hamba
Comments are closed.