Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, antara azam 2016 adalah mengembara ke Afrika Selatan. Memang tak lama buat keputusan apabila bos Masrukhin pelawa bermusafir ke Afrika Selatan sambil mengantar empat orang pelajar ke Madrasah Darul Uloom Zakariyah. Tak sangka azam mengembara ke Afrika Selatan dapat dicapai begitu awal sebab selalunya jadual kembara pada bulan April dan Mei.
Kali ini rombongan kembara bersama Ustaz Nur Effendi mudir Madrasah An Nur Muar, Hj Zainal, Hj Masrukhin, Datuk Yahya dan Ustaz Abu Bakar. Kembara Afrika Selatan kali ini menaiki penerbangan Etihad transit di Abu Dhabi dan Seychelles. Kos penerbangan pergi balik Kuala Lumpur – Johannesburg – Kuala Lumpur lebih kurang RM3900, kalau beli lebih awal lagi murah.
Alhamdulillah penerbangan mengikut jadual daripada Kuala Lumpur pada jam 7.20 pm daripada gate C12 terus ke Abu Dhabi, transit lebih kurang empat jam. Daripada Abu Dhabi terbang dengan Air Seychelles untuk transit ke dua. Di Seychelles delay lebih kurang dua jam kerana kerosakan pesawat. Alhamdulillah jam 2.20 pm kami mendarat di O R Tambo International Airport Johannesburg.
Kali ini kena tahan untuk pemeriksaan tetapi kejap lebih kurang 10 minit tak macam di Macau kena tahan lebih sejam. Begitulah mengembara pasti ada cabaran. Daripada Lapangan Terbang Tambo kami menuju ke menaiki dua van dengan kos 1600 zar sejauh lebih kurang 50 KM. Pertukaran duit ZAR atau di panggil Rand RM1 = ZAR3.76 (16/1/2016). Sampai di Madrasah lebih kurang jam 4.30 pm waktu tempatan lebih kurang 31 jam perjalanan seluruhnya. Kedatangan kami di sambutan dengan hujan walaupun sebenarnya dah lama tak hujan di Johannesburg. Syukur. Masa untuk berehat dan makan mee segera kerana kelaparan.
Alhamdulillah semua bersemangat walaupun perjalanan yang sangat jauh.
Nak ikut Kembara Afrika Selatan kami jom follow instagram Denaihati.
93 Comments
alhamdulillah seronok baca pengalaman ini, patutlah tuan denaihati lama juga tidak update blog, rupanya berkembara. take care tuan
Curahan rasa raihanahahmad @ ..MyBekam Klinikal kini di Gombak
pengalaman kembara di afrika selatan tentu banyak lagi, tak sabar juga ingin membaca kesemuanya nanti
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Hilangkan Bisa Gout Dalam 3 Hari
Nampaknya tahun 2016 ni, Tuan Haji Amir akan banyak travel atas urusan bisnes dan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Alhamdullilah, semoga di kurniakan kesihatan yang baik dalam nak mengejar cita-cita yang sungguh murni.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Belajar di madrasah tersebut insyallah balik nanti boleh kuasai bahasa arab, bahasa inggeris dan bahasa urdu. Ada ramai juga pelajar Malaysia di sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Pelajar Nak Cari Duit Lebih
sekarang ini memag ramai orang malaysia hantar anak-anak belajar di afrika selatan, terutama di johanesberg
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Suplemen vs Ubat Yang Mana Satu Pilihan Kita
Alhamdulillah. Misi hantar pelajar berjaya. Bagus belajar di madrasah tu. Belajar ilmu dan belajar dakwah juga di sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Pelajar Nak Cari Duit Lebih
Misi utama telah tercapai…. syukur Alhamdulillah.. lepas tu boleh capai misi seterusnya…
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Sama-sama kita doakan semoga tercapat segala yang team DH idamkan nak lakukan dalam membantu mereka yang memerlukan.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Memang satu nikmat dapat mengambara lihat ciptaan Allah. Dapat luaskan minda, dapat bertemu manusia pelbagai bangsa dan agama, budaya adat resam. 🙂
Curahan rasa Afiffuddin @ ..Pokok Halau Nyamuk – Jerimin Pokok Penghalau Nyamuk
Ya… dengan cara ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada kita untuk menikmati kebesaran Allah S.W.T.. Subhan Allah..
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
itulah perkara paling best bila travel, kata orang jauh perjalanan luas pengalaman
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Kesan Penyakit Kencing Manis atau Diabetes Ke Atas Penghidap
Jauh perjalanan luas pengalaman yang dapat kita timba bila kita melawat negara orang. Boleh sharing dengan yang lelain.
Curahan rasa SuperNifz @ ..3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT
Sebab tu kena letak target dalam azam kita. Cepat atau lambat itu terpulang, tetapi bila dah terletak dalam azam, ia mudah untuk dicapai.
Curahan rasa Nurul @ ..VIVIX – Ikhtiar untuk slip disc dan bell palsy
Nurul, kalau nak pergi tahun depan, dah kena azam dari tahun ini, supaya dapat.bersedia dengan perbelanjaannya.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
saya target ke australia tahun depan, supaya tahun ini sempat buat persediaan. insyaAllah
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Kepentingan Nilai ORAC Bagi Suplemen Antioksidan
tak sangka di Afrika Selatan ada madrasah. Jauh perjalanan luas pandangan dan banyak pengalamannya nanti
Curahan rasa siti hazreen @ ..Jalan-Jalan di Ipoh, Perak 3: Mesyuarat Oh Mesyuarat, Jangan Tiru Aksi Ini!
Siti Hazreen orang Melayu pun ada kat sana, bukan setakat Madrasah aje..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Seronoknya pergi ke negara orang.. pasti banyak pengalaman berharga di sana
Curahan rasa Media Sensasi @ ..Tonton Dan Download Apartmen Full Movie
Beruntunglah tuan Amir dapat peluang kembara ke Afrika Selatan, orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengetahuan,
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Wah… Seronoknya… Tahniah Tuan Haji Amir azam tercapai dengan cepatnya. Moga Tuan selamat kembali ke Malaysia dan sihat sejahtera. Aamiin…
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Usah bersangka buruk menilai orang lain tanpa mengetahui kisah sebenar disebalik tindakan mereka.
Tak sabar nak tunggu tuan Haji Amir balik ke Malaysia.. pasti banyak pengalaman berharga bakal dikongsikan di blog ini…
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Sama-samalah kita nantikan perkongsian pengalaman tersebut… nanti bila2 masa kalau kita nak pergi ke sana, sekurang2nya ada juga rujukan..
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
tentu banyak perkara menarik dan pengalaman yang boleh dikongsikan dengan pembaca
Curahan rasa raihanahahmad @ ..Segmen Dua Kerja Apa Kata Blogger
bestnya dapat pergi Afrika Selatan…tapi…Afrika Selatan bukanlah negara yang saya minat nak pergi.
Curahan rasa MNH @ ..SALAH FAHAM BANYAK BERLAKU DI MEDIA SOSIAL
Sebenarnya saya pun tak tahu apa yang menarik terdapat di Afrika Selatan
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Tapi kalau ada rezeki lebih macam tuan Haji Amir, apa salahnya pergi ke sana…
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Sekurang2nya dapat juga melihat tradisi dan corak kehidupan masyarakat islam di sana..
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Alhamdulilahh.. bestnya kembara beramai-ramai. Jauh berjalan, luas pemandangan. Walaupun belum berpeluang kembara sendiri, baca pasal kembara orang, bikin naik semangat..
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Gembirakan Hati Ibu Dengan Kurangkan Sakit Sendinya
Fyda Noh, kalau dah bersemangat kena buat perancangan tu nak pergi kembara. Agak agak kemana tu?
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Alhamdulillah,cemburu sangat sangat, namun kurniaan Allah SWT pada setiap insan berlainan. Allah pilih sesiapa yang dia kehendaki dan diberi rezeki tanpa hisab. Semoga dengan luas pemandangan bertambah tawaduk dan insaf kita dibuatnya. Diharap dapat dikongsikan pengalaman yang manafaat kepada kami, yang tiada mendapat peluang seperti itu.
Ya mungkin rezeki kita ada ditempat lain.. kali ni rezeki tuan Haji Amir Hassan pergi kesana… mana tahu, satu hari nanti rezeki kita pula…
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Harap harap macam.tulah bro Anuar, ada rezeki tak.kemana, yang penting niat tu kena betul..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Bro Kid dan bro Eizil tak ikut sekali ke dalam kembara kali ni?
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Kalau dapat ikut sekali kan best… tentu lebih banyak liputan dapat dikongsikan..
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Hajat di hati memang nak ikut, tapi ada urusan di Aceh dan beberapa lagi lokasi dalam negara yang perlu diuruskan dulu. Kerja berjemaah dan komunikasi sentiasa ada.
Curahan rasa KiD @ ..Optimis Azam Tahun 2016
Alhamdulillah, bro Kid, moga dipermudahkan segala urusan, Insyaallah ada rezeki dilain masa pula ya.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Tentu seronokkan. Dapat peluang melawat satu lagi negara orang.. sambil mengembara, sambil mensyukuri nikmat kebesaran Allah S.W.T..
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Kata orang jauh berjalan luas pemandangan.. boleh lihat kehidupan masyarakat Islam di Afrika Selatan..
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Saya ada terbaca kehidupan masyarakat Islam di Afrika Selatan ni daif..
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Jadi, nanti bolehlah tuan Denaihati kongsikan pengalaman sepanjang berada di sana..
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Pasti ramai pembaca blog Denaihati tak sabar nak tahu pengalaman Kembara Denaihati pada kali ni..
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Tiket pergi balik RM3900.. mahal juga tu.. walaubagaimanapun tahniah. Sebab berjaya mencapai salah satu azam tahun baru 2016..
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Lama juga transit sampai 2 jam.. saya doakan kembara Denaihati ke Afrika Selatan dapat berjalan dengan lancar..
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Comments are closed.