Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada setiap tahun Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. akan menganjurkan karnival kanak-kanak terbesar Malaysia, iaitu “Karnival Upin & Ipin”. Anjuran karnival ini adalah sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada para peminat yang telah menyokong animasi keluaran syarikat Les’ Copaque Production selama 12 tahun ia berkecimpung dan menjadi pemacu animasi tempatan.
Atas sambutan yang luar biasa, karnival ini dilanjutkan menjadi 4 hari bermula dari 20 – 23 Disember 2018 bertempat di MAEPS, Serdang bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Penaja emas yang terlibat dalam membawakan acara yang luarbiasa ini adalah Bank Rakyat, UniFi, dan Tourism Malaysia.
Lebih luarbiasa apabila Astro menjadi rakan media untuk karnival kesayangan ramai ini. Siri-siri animasi keluaran Les’ Copaque Production boleh ditonton di platform Astro bemula November 2018.
Bertemakan “Upin & Ipin dan Kawan-Kawan”, karnival ini akan menjadi pentas pelancaran filem “Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal” yang akan menemui peminat di pawagam, pada 21 Mac 2019.
Dengan kerjasama Golden Screen Cinemas (GSC) sebagai pengedar dan Astro sebagai rakan media, filem ini akan menemukan karakter Upin, Ipin, dan kawan-kawan yang disayangi ramai dengan watak-watak dongeng yang menjadi bahan bacaan dan penceritaan anak-anak serantau Asia.
Les’ Copaque Games Development Inc. (LCGDI) akan turut mempamerkan “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” dalam bentuk permainan aplikasi.
Di Karnival Upin & Ipin, para pengunjung boleh menyaksikan pertunjukan pentas yang melibatkan hampir 20 maskot dalam pelbagai pertunjukan seperti “Upin, Ipin dan Kawan-Kawan”, “Pada Zaman Dahulu”, “Puteri”, “Upin & Ipin Muzikal” serta pertunjukan pentas aksi “Ultraman Ribut” yang dibawakan khas dari Jepun.
Untuk pengumpul medal, pastikan anda menyertai aktiviti bagi mendapatkan kesemua medal Upin, Ipin, dan Kawan-kawan yang hanya boleh didapati secara eksklusif di karnival ini.
Selain itu, pelbagai aktiviti riadah yang sesuai untuk seisi keluarga seperti mengembara di dalam rumah misteri, bergaya seperti puteri, meneroka hutan rimba bersama penghuni hutan, bermain papan permainan besar dengan karakter DaDuDido.
Kanak-kanak boleh bermain dengan riang, manakala ibubapa pula boleh merasa kembali seperti kanak-kanak di dalam Dunia Upin dan Ipin seperti Rumah Opah dan Tadika Mesra. Bagi pemegang tiket VIP, anda berpeluang untuk bergambar bersama POCOYO, PORORO serta ULTRAMAN RIBUT.
“Upin & Ipin Fun Run” acara larian yang julung kali diadakan akan berlangsung pada 23 Disember 2018, bermula jam 7.00 pagi. Setiap peserta akan mendapat medal dan beg jerut Upin atau Ipin dengan hadiah istimewa. Dengan kerjasama Milo dan UI Trading, kawan-kawan boleh minum air Milo yang lazat dan mendapatkan snek-snek Upin & Ipin secara percuma.
Untuk mendapatkan tiket Karnival Upin & Ipin 2018 sila layari laman web
http://karnivalupinipin.com/
82 Comments
sekurang-kurangnya percutian kanak-kanak lebih terisi dan lebih bermakna dengan adanya kunjungan ke karnival upin dan ipin …
para ibu bapa juga boleh meletakkan dalam acara tahunan mereka untuk anak-anak
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hati Seorang Perempuan Sukar Untuk Ditakluki
Dekat rumah hari2 anak minta buka laptop. Nak tengok upin ipin punya pasal. Ni kalau bawak pegi jumpa mesti dia suka. Eheh.. harga tiket pun not bad. Sesuai dengan harga.
ya. harga tiket sangat berbaloi untuk golongan pertengahan.. murah kan? bawalah anak anak mesti diorng suka
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
lama juga upin ipin ni bertahan.. tak dinafikan animasi ini sangat berkualiti sehingga majoriti kanak-kanak suka tengok
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Macam2 aktiviti yang disediakan..harga tiket pon berpatutan..boleh la ceriakan anak2 time diaorg cuti sekolah ni 👍👍
ya.. harga tiket angat berpatutan.. bagus juga, biasanya bila banyak maskot dikumpulkan macam ni harga tiket melambung
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Kalau dekat umah je boleh la pergi ni..anak mmg suka upin ipin ni..tp kalau jumpa maskot yg besar,menangis plak..hahaa
hehe anak saya yg kecil pun, tengok TV bukan excited nak jumpa upin Ipin, sekali jumpa maskot, menangis teruk..tak sangka upin ipin besarrr.
Curahan rasa JMR @ ..Kaunseling Bersama Dr.Kartini – Mari Belajar Mengenai Ekzema
Menarik, sesuai seisi keluarga. Karnival yang menarik untuk ibu bapa bawa anak-anak masa cuti sekolah yang sedang berlangsung nih.
Wahhh.. Terima Kasih admin, Sharing yang sangat besh nih. Boleh aaa turuk KL nanti & serbu karnival nih.
kalau kebetulan dengan wktu bercuti ke kl boleh terjah dengan anak anak. buat surprise mesti best
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Golongan kanak-kanak yang paling seronok dengan karnibal upin ipin..
malah karnival begini amat sesuai untuk dianjurkan setiap tahun pada musim cuti sekolah..
semoga mendapat sambutan yang menggalakkan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hati Seorang Perempuan Sukar Untuk Ditakluki
masa karnival ini berlangsung memang sesuai sangat sbb budak2 tengah cuti sekolah. boleh lah ke sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
Harga tiket pun berpatutan… Kalau kami pergi sekeluarga, bayaran yang dikenakan dalam RM45 sahaja… Ok sangat dah tu..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Betul tuh, banyak pulak tuh xtvt yang ada dalam tuh, memang anak anak takkan bosan punya lah.
Anak saya yang bongsu tu suka sangat dengan Ultraman… Apa agaknya reaksi dia bila dapat jumpa dengan “Ultraman” ni face to face… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Saya balik dari AUG di Myanmar pada 20 Disember 2018… Kalau ada masa lepas balik dari Myanmar ni boleh bawa anak-anak datang ke sini
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
kalau ada anak dan mereka minat upin ipin, bolehla bawa. mereka pasti seronok dapat pengalaman mcm ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Loreal Paris Pure Clay Mask Detoxify Review dari Lazada
Bagi ibu bapa yang mempunyai kelapangan masa, eloklah bawa anak-anak datang ke Karnival ini.. Sekurang-kurangnya terisi juga masa cuti sekolah mereka.
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
setuju sangat.. inilah masanya untuk anak anak bergembira dan masa untuk ibu bapa luangkan masa dnegan anak anak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Penganjuran Karnival Upin Ipin pada musim cuti sekolah memang tepat pada masanya..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Best best..tahun ni macam nak kena pergi je ni..kalau dapat tiket vip lagi best ni..tak sabar nak tunggu filem terbaru Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal, lagi 4 bulan la kan.
oh ada filem baru nampaknya.. saya tak tahu langsung., filem dulu pun dengar kata hebat juga
Keren nih, boleh share infonye buat kawan2 di Indonesia. Mohon ijin untuk re-write ya Cik mengenai informasinya.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Mendorong Penetapan Pontianak sebagai Kota Ramah Peninggalan Sejarah
boleh sahaja Dwi Wahyudi. Di Indonesia, sudah pastinya peminat Upin Ipin cukup ramai.
Comments are closed.