Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dua minggu sudah berlalu, Kamera Sony Alpha 5000 dilancarkan di Malaysia telah mendapat liputan meluas di kalangan media dan blogger. Aku dan rakan team Denaihati juga tidak ketinggalan diberi peluang untuk mencuba menggunakan kamera ini dan memang menyeronokkan.
Pertama kali menyentuh kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini, aku sudah tertarik dengan bentuknya yang kompak, selain beratnya yang ringan iaitu hanya seringan 210gram. Mencuba kamera Sony ini membolehkan aku mengambil gambar-gambar yang menarik untuk memori kenangan dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.
Sebagai seorang blogger yang memang gemar juga untuk mengambil gambar, sudut penilaian aku lebih menjurus kepada kemudahan untuk mengambil gambar, apa fungsi-fungsi build in yang membolehkan aku mengambil gambar dalam pelbagai situasi dan perkara-perkara lain yang akan aku kongsikan dalam ulasan kali ini.
Kamera Sony Alpha 5000 ini merupakan kamera lensa boleh ubah yang paling ringan di dunia, dengan fungsi lensa yang setaraf kamera DSLR yang lain, Kamera Alpha 5000 ini memberi peluang untuk pengguna biasa juga mengambil gambar yang menarik dalam keadaan yang sukar seperti dalam ruangan yang mempunyai tahap pencahayaan yang rendah.
Sudah beberapa kamera yang aku cuba sebelum ini, kebanyakannya mempunyai kualiti gambar yang cantik, tetapi gagal apabila berada di kawasan yang kurang pencahayaan. Biasanya aku perlu memastikan sudut gambar dan komposisi yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang diinginkan.
Berbeza dengan Sony Alpha 5000, gambar dalam keadaan kurang pencahayaan amat mudah untuk diambil, dan gambar yang terhasil juga tidak mengecewakan. Ini adalah perkara pertama yang menarik perhatian aku semasa mencuba buat pertama kalinya kamera Sony Alpha 5000 ini.
Ramai yang mengatakan, kamera hanyalah alat perhubungan untuk gambar yang cantik, tetapi apa yang penting adalah siapa dan bagaimana gambar itu diambil
Aku tidak ingin menidakkan pernyataan di atas, tetapi untuk pengguna biasa, aku rasa kamera juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan gambar yang berkualiti tinggi. Terutama apabila ingin mendapatkan gambar-gambar yang sukar.
Faktor kamera alpha 5000 ini yang ringan juga memang sangat positif, aku boleh menggantung kamera ini di bahu tanpa rasa beban, dan semasa mencuba mengambil gambar di sekitar Kuala Lumpur dengan berjalan kaki. Kamera ini memang tidak mendatangkan sebarang beban tambahan sepanjang proses tersebut.
Dalam erti kata lain, kamera Sony Alpha 5000 ini sangat sesuai untuk di bawa semasa pergi bercuti atau bersiar-siar bersama keluarga mahupun sahabat handai. Pelbagai mod sedia ada seperti intelligent mode, memberikan aku kemudahan untuk mengambil gambar dalam pelbagai situasi tanpa perlu risau mengenai setting yang terbaik dan sebagainya.
Apa yang aku perlu buat, hanya mencari komposisi yang sesuai seperti yang diinginkan, kemudian gambar boleh diambil dengan sempurna. Kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini memang mudah untuk digunakan.
Pada awalnya, memang agak kekok dengan susun atur baru butang dan sistem navigasi kawalan kamera ini. Namun selepas 10 minit mencuba kamera ini, semuanya seperti sudah menjadi kebiasaanya, tiada lagi rasa kekok, bahkan sistem kawalan kamera ini memang amat mudah untuk digunakan selepas mencubanya.
Lensa yang didatangkan bersama-sama dengan kamera Sony Alpha 5000 ini juga mempunyai julat fokus yang besar dan jauh. Ia membolehkan aku untuk mengambil gambar pada jarak jauh tanpa menjejaskan kualiti gambar tersebut. Ternyata kualiti 20.1MegaPixel yang tersedia pada kamera ini membuatkan proses mengambil gambar lebih menyeronokkan.
Dengan harga hanya RM1999.00 untuk kamera lensa tunggal (Body + 16-50mm Kit Lens) dan RM2799 untuk pakej lensa berkembar (Body + 16-50mm Kit Lens + 55-210mm Telephoto Zoom Lens), kamera Sony Alpha 5000 memang sesuai untuk rakan blogger yang selalu pergi kemajlis pelancaran produk atau aktiviti keluarga untuk menulisan entri. Seperti yang semua blogger sedia maklum gambar yang cantik dan unik merupakan salah satu daya tarikan sesebuah blog untuk meningkatkan trafik blog seperti entri “Okinawa tempat percutian menarik” telah mendapat trafik dan komen yang banyak.
Mari sama-sama kita melihat gambar-gambar yang sempat di ambil menggunakan kamera Sony Alpha 5000 ini di bawah:
[customgallery]
187 Comments
Cantik gile gambarnya. Beza hasil dalam low light pun mengancammmmm!
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
woahh terbaik giler kamera Sony Alpha 5000 ni !
Firdaus Azizi SPOTTED !! saya nampak sifu saya di situ hehe
belum ada lagi camera… nampaknya kena cari ni satu.. selalu guna phone jer
Curahan rasa brohantu @ ..Langkah Keselamatan Ketika Memancing
Perghhh memang cantiklah gambar kamera ni. Sony memang terkenal dengan lens yang hasilkan gambar cantik. Saya sendiri gunakan kamera DSLR Sony, cuma dah simpan sbb lens rosak, masih tak mampu nak repair lagi.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Kad Ucapan Hari Bapa Pertama Kali Dalam Hidup!
smartphone Sony pun kamera masing-masing boleh tahan.
saya buat perbanding 5MP Sony Xperia dengan 5MP Lenovo
hmmmmm Sony jauh kehadapan !
Sesuai sangat untuk blogger kerana cirinya yang ringan, mudah untuk dibawa ke mana2..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..MLM Shaklee Patuh Syariah?
Hmm ada pegang sekali, memang ringan, dan sememangnya sesuai untuk blogger. Kalau travel blogger harus ada kamera ni. Gambar dahla cantik, letak dalam blog memang nampak lagi menarik entri dengan gambar terbaik.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Kad Ucapan Hari Bapa Pertama Kali Dalam Hidup!
suka gk sony A 5000 ni bila tgk kualiti gmbr low light n bokeh2 kt gmbr tu..nice2
Curahan rasa JMR @ ..Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
Haa .. apalagi JMR, angkatlah satu …
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Blogger Hartanah AbangEnsem Undir Diri dan Jual Blog
Berbahagialah hari ini, saat kita masih dapat berbuat sesuatu untuk kebaikan. Mungkin esok kesempatan itu sudah tidak ada. Jangan tunda sampai besok apa yang bisa kita lakukan hari ini hehe 😀
Curahan rasa obat alami penyakit nyeri dada @ ..Obat Flek Paru Paru
terimakasih atsa info nya gan , selamat siang semuanya , thantk u very much much much 😉
Curahan rasa obat alami penyakit nyeri dada @ ..Obat Flek Paru Paru
terima kasih atas informasinya
“Kamera Sony Alpha 5000 memang sesuai untuk Blogger” memang betul ya kamera sangat berperan penting untuk blogger kalau pakai handphone hasilnya kurang puas
Curahan rasa Pengobatan Alami Alzheimer @ ..Pengobatan Alami Alzheimer Dengan Jus Manggis Xamthone Plus
Gambar adalah salah satu teknik SEO dan jana trafik untuk blog. Jika blog ada gambar bagus, memang berpotensi besar untuk berjaya.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Tak Pandai Berblog? Susah Betullah!
Bosan lah blog ni. Tak best langsung
kalo bosan buat pe masuk baca kat sini..
Curahan rasa hpmurah2u.com @ ..Full Spec of Nokia Lumia 635
Tak elok cakap macam tu.. Lebih baik diamkan sahaja kalau tak suka..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Vitamin vs Jamu: Mana Paling Sesuai Untuk Berpantang
Hmm carilah entri yang tak bosan .. ada je dalam blog ni….
Err bosanlah baca komen dari awak ni .. hehehee
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Tak Pandai Berblog? Susah Betullah!
wow its amaziinnggg …………..
Curahan rasa tips kesehatan @ ..Manfaat buah mangga
Kena start menbung ni 🙂
Curahan rasa lina @ ..Sizzling Hot F1 Racing Day In Sepang
keren juga kameranya mbak bisa di jadikan referensi buat pecinta photography
Curahan rasa Rafa Teknouz @ ..Spesifikasi Komputer untuk Game bagi Para Gamer
perghh! mantop kualiti gambarnya! Ini boleh menggoncangkan ‘iman’ kaki ‘tembak’ ni hehe 😀
Curahan rasa kenit cinonet @ ..Bedtime Story
Ya betullll sangat tu … gigil2 je nak angkat satu, tapi tengok harga .. erkkk ..
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Kad Ucapan Hari Bapa Pertama Kali Dalam Hidup!
Comments are closed.