Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dua minggu sudah berlalu, Kamera Sony Alpha 5000 dilancarkan di Malaysia telah mendapat liputan meluas di kalangan media dan blogger. Aku dan rakan team Denaihati juga tidak ketinggalan diberi peluang untuk mencuba menggunakan kamera ini dan memang menyeronokkan.
Pertama kali menyentuh kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini, aku sudah tertarik dengan bentuknya yang kompak, selain beratnya yang ringan iaitu hanya seringan 210gram. Mencuba kamera Sony ini membolehkan aku mengambil gambar-gambar yang menarik untuk memori kenangan dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.
Sebagai seorang blogger yang memang gemar juga untuk mengambil gambar, sudut penilaian aku lebih menjurus kepada kemudahan untuk mengambil gambar, apa fungsi-fungsi build in yang membolehkan aku mengambil gambar dalam pelbagai situasi dan perkara-perkara lain yang akan aku kongsikan dalam ulasan kali ini.
Kamera Sony Alpha 5000 ini merupakan kamera lensa boleh ubah yang paling ringan di dunia, dengan fungsi lensa yang setaraf kamera DSLR yang lain, Kamera Alpha 5000 ini memberi peluang untuk pengguna biasa juga mengambil gambar yang menarik dalam keadaan yang sukar seperti dalam ruangan yang mempunyai tahap pencahayaan yang rendah.
Sudah beberapa kamera yang aku cuba sebelum ini, kebanyakannya mempunyai kualiti gambar yang cantik, tetapi gagal apabila berada di kawasan yang kurang pencahayaan. Biasanya aku perlu memastikan sudut gambar dan komposisi yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang diinginkan.
Berbeza dengan Sony Alpha 5000, gambar dalam keadaan kurang pencahayaan amat mudah untuk diambil, dan gambar yang terhasil juga tidak mengecewakan. Ini adalah perkara pertama yang menarik perhatian aku semasa mencuba buat pertama kalinya kamera Sony Alpha 5000 ini.
Ramai yang mengatakan, kamera hanyalah alat perhubungan untuk gambar yang cantik, tetapi apa yang penting adalah siapa dan bagaimana gambar itu diambil
Aku tidak ingin menidakkan pernyataan di atas, tetapi untuk pengguna biasa, aku rasa kamera juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan gambar yang berkualiti tinggi. Terutama apabila ingin mendapatkan gambar-gambar yang sukar.
Faktor kamera alpha 5000 ini yang ringan juga memang sangat positif, aku boleh menggantung kamera ini di bahu tanpa rasa beban, dan semasa mencuba mengambil gambar di sekitar Kuala Lumpur dengan berjalan kaki. Kamera ini memang tidak mendatangkan sebarang beban tambahan sepanjang proses tersebut.
Dalam erti kata lain, kamera Sony Alpha 5000 ini sangat sesuai untuk di bawa semasa pergi bercuti atau bersiar-siar bersama keluarga mahupun sahabat handai. Pelbagai mod sedia ada seperti intelligent mode, memberikan aku kemudahan untuk mengambil gambar dalam pelbagai situasi tanpa perlu risau mengenai setting yang terbaik dan sebagainya.
Apa yang aku perlu buat, hanya mencari komposisi yang sesuai seperti yang diinginkan, kemudian gambar boleh diambil dengan sempurna. Kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini memang mudah untuk digunakan.
Pada awalnya, memang agak kekok dengan susun atur baru butang dan sistem navigasi kawalan kamera ini. Namun selepas 10 minit mencuba kamera ini, semuanya seperti sudah menjadi kebiasaanya, tiada lagi rasa kekok, bahkan sistem kawalan kamera ini memang amat mudah untuk digunakan selepas mencubanya.
Lensa yang didatangkan bersama-sama dengan kamera Sony Alpha 5000 ini juga mempunyai julat fokus yang besar dan jauh. Ia membolehkan aku untuk mengambil gambar pada jarak jauh tanpa menjejaskan kualiti gambar tersebut. Ternyata kualiti 20.1MegaPixel yang tersedia pada kamera ini membuatkan proses mengambil gambar lebih menyeronokkan.
Dengan harga hanya RM1999.00 untuk kamera lensa tunggal (Body + 16-50mm Kit Lens) dan RM2799 untuk pakej lensa berkembar (Body + 16-50mm Kit Lens + 55-210mm Telephoto Zoom Lens), kamera Sony Alpha 5000 memang sesuai untuk rakan blogger yang selalu pergi kemajlis pelancaran produk atau aktiviti keluarga untuk menulisan entri. Seperti yang semua blogger sedia maklum gambar yang cantik dan unik merupakan salah satu daya tarikan sesebuah blog untuk meningkatkan trafik blog seperti entri “Okinawa tempat percutian menarik” telah mendapat trafik dan komen yang banyak.
Mari sama-sama kita melihat gambar-gambar yang sempat di ambil menggunakan kamera Sony Alpha 5000 ini di bawah:
[customgallery]
187 Comments
Dunia teknologi terlalu pantas berkembang. Saya sendiri pun tak sempat nak kejar.
Sekurang-kurangnya adanya review ini, memudahkan saya mengenali produk-produk yang baru.
Orang yang banyak mengembara, banyak aktiviti dan banyak merantau, gajet seperti ini amat sesuai.
Saya ni bukannya banyak mengembara, sebab tu rasanya belum jadi keperluan.
Apapun, memang produk yang terbaik kerana saya lihat kualiti gambarnya cukup menakjubkan.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Orang macam saya ni bukannya pakar fotografi dan pula terlalu minat pada aktiviti mengambil gambar.
Cukuplah sekadar merakam saat-saat kenangan dengan smartphone saya sendiri. Ini saya la.
Orang lain pasti ramai berminat dengan telefon dengan fungsi lebih pada kamera seperti ini.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Sony memang terkenal sebagai pengeluar kamera yang terbaik. Nampaknya sudah ada pesaing baru untuk model ini, iaitu Lumix DMC-CM1 dengan lensa Leica oleh Panasonic rasanya.
Well, persaingan yang menarik memberikan lebih pilihan kepada para pengguna. Kalau boleh cuba kedua-duanya sekali, apa salahnya.
Oh, ya, Samsung pun ada keluarkan sebelum ni lagi, iaitu Galaxy K Zoom. Entah mana satu yang terbaik.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Cantik sangat kamera sony lagipun kebanyakkan kamera dari brand sony memang power dan terbaik. Even ramai jenama phone guna perkhidmatan kamera dari sony. Teringin juga nak ada kamera sony aplha 5000.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
baran sony kamera dia memng cantik tapi tak tahan lasak berbanding dengan nokia yang mana 44 kali jatuh berderai masih boleh guna lg 🙂
Curahan rasa adna2029 @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s di Blog Denaihati.com
Saja checking entri2 lama dalam blog ni.
Terjumpa lak entri ni. Buat teruja nak beli kamera baru.Sony mmg best sbb agak sharp dan sesuai utk web publishing. Cuma lens nya yg buat sakit sikit poket
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Top 20 Apps That You Can Install On Your iPhone
Wah camera sony memang bagus.quality gambar memang cantik. Aduuhh hati dah tertambat tgk camera ni.. hihihi
Wah camera sony memang bagus.quality gambar memang cantik. Aduuhh hati dah tertambat tgk camera ni..
Gambar sharp untuk low light tapi tak mahal sgt ker?… tapi kalo standard dslr kamera memang harga2 dier mcm tue…
Curahan rasa din @ ..Far Cry 3 Game Review: It’s a Jungle Out There!
Tengok gambar ikan keli rasa air liur macam nak keluar sahaja
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Wah! Lama betul gambar yang dihasilkan. Saya masih mengumpul dana untuk sebat satu kamera.. sampai sekarang masih guna kamera phone jer dalam berblogging
Sama seperti saya juga, masih menggunakan kamera phone sahaja
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Wah, sungguh cantik dan berkualiti hasil tangkapan foto menggunakan Sony Alpha 5000 ni, kalau ada duit lebih nak juga angkat satu.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Nak kena buat kutu kamera ni, kalau nak beli cepat
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Memang cantik gambar yang diambil menggunakan kamera Sony alpha 5000. Harganya pun berbaloi. Kalau ada rezeki boleh beli
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
part yang amik dalam low light tu yang best..teringin nak kamera mcm ni.. dapat sony qx10 ataupun qx100 pon dah ok..
Curahan rasa FamiliCeria @ ..VIDEO IKAN KELI BERULAT YANG DIBELI DI BAZAR RAMADHAN
Comments are closed.