Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dua minggu sudah berlalu, Kamera Sony Alpha 5000 dilancarkan di Malaysia telah mendapat liputan meluas di kalangan media dan blogger. Aku dan rakan team Denaihati juga tidak ketinggalan diberi peluang untuk mencuba menggunakan kamera ini dan memang menyeronokkan.
Pertama kali menyentuh kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini, aku sudah tertarik dengan bentuknya yang kompak, selain beratnya yang ringan iaitu hanya seringan 210gram. Mencuba kamera Sony ini membolehkan aku mengambil gambar-gambar yang menarik untuk memori kenangan dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.
Sebagai seorang blogger yang memang gemar juga untuk mengambil gambar, sudut penilaian aku lebih menjurus kepada kemudahan untuk mengambil gambar, apa fungsi-fungsi build in yang membolehkan aku mengambil gambar dalam pelbagai situasi dan perkara-perkara lain yang akan aku kongsikan dalam ulasan kali ini.
Kamera Sony Alpha 5000 ini merupakan kamera lensa boleh ubah yang paling ringan di dunia, dengan fungsi lensa yang setaraf kamera DSLR yang lain, Kamera Alpha 5000 ini memberi peluang untuk pengguna biasa juga mengambil gambar yang menarik dalam keadaan yang sukar seperti dalam ruangan yang mempunyai tahap pencahayaan yang rendah.
Sudah beberapa kamera yang aku cuba sebelum ini, kebanyakannya mempunyai kualiti gambar yang cantik, tetapi gagal apabila berada di kawasan yang kurang pencahayaan. Biasanya aku perlu memastikan sudut gambar dan komposisi yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang diinginkan.
Berbeza dengan Sony Alpha 5000, gambar dalam keadaan kurang pencahayaan amat mudah untuk diambil, dan gambar yang terhasil juga tidak mengecewakan. Ini adalah perkara pertama yang menarik perhatian aku semasa mencuba buat pertama kalinya kamera Sony Alpha 5000 ini.
Ramai yang mengatakan, kamera hanyalah alat perhubungan untuk gambar yang cantik, tetapi apa yang penting adalah siapa dan bagaimana gambar itu diambil
Aku tidak ingin menidakkan pernyataan di atas, tetapi untuk pengguna biasa, aku rasa kamera juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan gambar yang berkualiti tinggi. Terutama apabila ingin mendapatkan gambar-gambar yang sukar.
Faktor kamera alpha 5000 ini yang ringan juga memang sangat positif, aku boleh menggantung kamera ini di bahu tanpa rasa beban, dan semasa mencuba mengambil gambar di sekitar Kuala Lumpur dengan berjalan kaki. Kamera ini memang tidak mendatangkan sebarang beban tambahan sepanjang proses tersebut.
Dalam erti kata lain, kamera Sony Alpha 5000 ini sangat sesuai untuk di bawa semasa pergi bercuti atau bersiar-siar bersama keluarga mahupun sahabat handai. Pelbagai mod sedia ada seperti intelligent mode, memberikan aku kemudahan untuk mengambil gambar dalam pelbagai situasi tanpa perlu risau mengenai setting yang terbaik dan sebagainya.
Apa yang aku perlu buat, hanya mencari komposisi yang sesuai seperti yang diinginkan, kemudian gambar boleh diambil dengan sempurna. Kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini memang mudah untuk digunakan.
Pada awalnya, memang agak kekok dengan susun atur baru butang dan sistem navigasi kawalan kamera ini. Namun selepas 10 minit mencuba kamera ini, semuanya seperti sudah menjadi kebiasaanya, tiada lagi rasa kekok, bahkan sistem kawalan kamera ini memang amat mudah untuk digunakan selepas mencubanya.
Lensa yang didatangkan bersama-sama dengan kamera Sony Alpha 5000 ini juga mempunyai julat fokus yang besar dan jauh. Ia membolehkan aku untuk mengambil gambar pada jarak jauh tanpa menjejaskan kualiti gambar tersebut. Ternyata kualiti 20.1MegaPixel yang tersedia pada kamera ini membuatkan proses mengambil gambar lebih menyeronokkan.
Dengan harga hanya RM1999.00 untuk kamera lensa tunggal (Body + 16-50mm Kit Lens) dan RM2799 untuk pakej lensa berkembar (Body + 16-50mm Kit Lens + 55-210mm Telephoto Zoom Lens), kamera Sony Alpha 5000 memang sesuai untuk rakan blogger yang selalu pergi kemajlis pelancaran produk atau aktiviti keluarga untuk menulisan entri. Seperti yang semua blogger sedia maklum gambar yang cantik dan unik merupakan salah satu daya tarikan sesebuah blog untuk meningkatkan trafik blog seperti entri “Okinawa tempat percutian menarik” telah mendapat trafik dan komen yang banyak.
Mari sama-sama kita melihat gambar-gambar yang sempat di ambil menggunakan kamera Sony Alpha 5000 ini di bawah:
[customgallery]
187 Comments
Wow, Cantiknya gambar. Bro, buat cabutan bertuah untuk Sony Alpha 5000 lak 😀
Curahan rasa Ismail N @ ..Melawat ‘Soludon’, Gong Terbesar di Dunia Di Kampung Sumangkap
hasilnya memang menarik..tak perlu dah nak bawa kamera besar gedabak lagi..memadai dengan kamera sony alpha 5000 ini.
Curahan rasa ema @ ..Ketupat Sotong
cun sgt gambar2 tu. pasti harganya juga hebat sehebat kualitinya kan?
Curahan rasa ieta mat sa’ad @ ..MATLAMAT SAYA MENULIS BLOG
cantik kualiti gambar dalam pelbagai situasi..smg ada rezeki utk memilikinya
Curahan rasa ustazahain @ ..Senarai Nama Blogger Mantap dalam Buku Denaihati
Memang mengkagumkan… terbaik ada kelas tersendiri, ringan dan harganya boleh ahan mahalnya. Jika ada duit lebih.. bolehlah beli satu.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Berita Sensasi: Pilu Menyelubungi Tragedi MH370
patut dimasukan dalam list 🙂
Curahan rasa el husen @ ..Small Living Room Design Ideas With Various Style
keren ya hasil jepretannya >.< jadi pengin
Kalu explorasa guna camera ni mesti cantik.gambar food yg diambil
Curahan rasa eXplorasa @ ..Pengalaman Pertama Menaiki AirAsia Dari KL ke Johor Bahru
Tgh cari kamera ni. Dan kamera ni terus dimasukkan dlm list
Curahan rasa sohoque @ ..Lagu Rasmi Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Versi Malaysia
ini antara kamera yang bersaing dengan galaxy camera II
Curahan rasa myra jay @ ..MH370: Kisah disebalik tragedi
Makin lama tengok makin jatuh cinta pula.. Hahaha.. Bahaya ni..
psstt.. ada kaler pink ke?? =)
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Artritis: Kesakitan Yang Dialami Oleh Berjuta-Juta Orang
Buset Cakep Bener Kameranya …jadi ngiler ..
Sedekah
hmmm..nak kena beli ni..
Curahan rasa Syuhada Baharudin @ ..Dari Blogspot Ke WordPress
memang terbaik kalau memiliki kamera yang sebegini hebat..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Internet Siput
pengen banget beli kamera seperti ini,, buat dokumentasi paraclient yang ke gunung bromo,,,, 🙁
Curahan rasa paket wisata bromo @ ..Paket Wisata Bromo 12 Jam
Comments are closed.