Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dua minggu sudah berlalu, Kamera Sony Alpha 5000 dilancarkan di Malaysia telah mendapat liputan meluas di kalangan media dan blogger. Aku dan rakan team Denaihati juga tidak ketinggalan diberi peluang untuk mencuba menggunakan kamera ini dan memang menyeronokkan.
Pertama kali menyentuh kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini, aku sudah tertarik dengan bentuknya yang kompak, selain beratnya yang ringan iaitu hanya seringan 210gram. Mencuba kamera Sony ini membolehkan aku mengambil gambar-gambar yang menarik untuk memori kenangan dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.
Sebagai seorang blogger yang memang gemar juga untuk mengambil gambar, sudut penilaian aku lebih menjurus kepada kemudahan untuk mengambil gambar, apa fungsi-fungsi build in yang membolehkan aku mengambil gambar dalam pelbagai situasi dan perkara-perkara lain yang akan aku kongsikan dalam ulasan kali ini.
Kamera Sony Alpha 5000 ini merupakan kamera lensa boleh ubah yang paling ringan di dunia, dengan fungsi lensa yang setaraf kamera DSLR yang lain, Kamera Alpha 5000 ini memberi peluang untuk pengguna biasa juga mengambil gambar yang menarik dalam keadaan yang sukar seperti dalam ruangan yang mempunyai tahap pencahayaan yang rendah.
Sudah beberapa kamera yang aku cuba sebelum ini, kebanyakannya mempunyai kualiti gambar yang cantik, tetapi gagal apabila berada di kawasan yang kurang pencahayaan. Biasanya aku perlu memastikan sudut gambar dan komposisi yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang diinginkan.
Berbeza dengan Sony Alpha 5000, gambar dalam keadaan kurang pencahayaan amat mudah untuk diambil, dan gambar yang terhasil juga tidak mengecewakan. Ini adalah perkara pertama yang menarik perhatian aku semasa mencuba buat pertama kalinya kamera Sony Alpha 5000 ini.
Ramai yang mengatakan, kamera hanyalah alat perhubungan untuk gambar yang cantik, tetapi apa yang penting adalah siapa dan bagaimana gambar itu diambil
Aku tidak ingin menidakkan pernyataan di atas, tetapi untuk pengguna biasa, aku rasa kamera juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan gambar yang berkualiti tinggi. Terutama apabila ingin mendapatkan gambar-gambar yang sukar.
Faktor kamera alpha 5000 ini yang ringan juga memang sangat positif, aku boleh menggantung kamera ini di bahu tanpa rasa beban, dan semasa mencuba mengambil gambar di sekitar Kuala Lumpur dengan berjalan kaki. Kamera ini memang tidak mendatangkan sebarang beban tambahan sepanjang proses tersebut.
Dalam erti kata lain, kamera Sony Alpha 5000 ini sangat sesuai untuk di bawa semasa pergi bercuti atau bersiar-siar bersama keluarga mahupun sahabat handai. Pelbagai mod sedia ada seperti intelligent mode, memberikan aku kemudahan untuk mengambil gambar dalam pelbagai situasi tanpa perlu risau mengenai setting yang terbaik dan sebagainya.
Apa yang aku perlu buat, hanya mencari komposisi yang sesuai seperti yang diinginkan, kemudian gambar boleh diambil dengan sempurna. Kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini memang mudah untuk digunakan.
Pada awalnya, memang agak kekok dengan susun atur baru butang dan sistem navigasi kawalan kamera ini. Namun selepas 10 minit mencuba kamera ini, semuanya seperti sudah menjadi kebiasaanya, tiada lagi rasa kekok, bahkan sistem kawalan kamera ini memang amat mudah untuk digunakan selepas mencubanya.
Lensa yang didatangkan bersama-sama dengan kamera Sony Alpha 5000 ini juga mempunyai julat fokus yang besar dan jauh. Ia membolehkan aku untuk mengambil gambar pada jarak jauh tanpa menjejaskan kualiti gambar tersebut. Ternyata kualiti 20.1MegaPixel yang tersedia pada kamera ini membuatkan proses mengambil gambar lebih menyeronokkan.
Dengan harga hanya RM1999.00 untuk kamera lensa tunggal (Body + 16-50mm Kit Lens) dan RM2799 untuk pakej lensa berkembar (Body + 16-50mm Kit Lens + 55-210mm Telephoto Zoom Lens), kamera Sony Alpha 5000 memang sesuai untuk rakan blogger yang selalu pergi kemajlis pelancaran produk atau aktiviti keluarga untuk menulisan entri. Seperti yang semua blogger sedia maklum gambar yang cantik dan unik merupakan salah satu daya tarikan sesebuah blog untuk meningkatkan trafik blog seperti entri “Okinawa tempat percutian menarik” telah mendapat trafik dan komen yang banyak.
Mari sama-sama kita melihat gambar-gambar yang sempat di ambil menggunakan kamera Sony Alpha 5000 ini di bawah:
[customgallery]
187 Comments
Kamera kompak senang hendak dibawa kemana-mana.
Curahan rasa akubiomed @ ..Aksi si cilik menyertai Sukaneka Hari Keluarga di AnCasa Residences Port Dickson
Sangat cantik dan tertarik. Tapi harga RM2799. Glurppp
Curahan rasa profhariz @ ..Kecewa dengan TIME Fibre dan UniFi
Waaahhhh menarik sangat gam bar low light tu! Boleh consider kalau nak tukar kamera nih fuhh fuhhh
Curahan rasa Julia Mahir @ ..Raudhatus Sakinah and Julaybib
Sesuai untuk blogger gadis mahupun wanita yang selalu complain DSLR tu berat…… Pilihan bagus juga untuk blogger lelaki….. 🙂
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..Sambutan Ulangtahun ke 4 RESTORAN SONGKET KUALA LUMPUR
Food blogger wajib kena ada satu ni baru trafik blog mencanak sebab gambo terbaik
Curahan rasa Denaihati @ ..Top 10 destinasi pelancongan Malaysia 2013
Bagus kamera sony alpha ni. Kena dapatkan jika ada rezeki nanti. Ambil gambar buat kenangan..
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..JobdiRumah Bayaran Komisen Kali Kesepuluh Dari Jobdirumah
InsyaAllah kalau ada rezeki lebih,teringin nak beli. 🙂
Memang sangat sesuai untuk Blogger 🙂
Curahan rasa Farisya Anastasyia @ ..Macam Mana Nak Dapat Straight A?
Betul tu. Sesuia untuk blogger.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Belajar Buat Cupcake Di Rumah
wah terbaik KH pun xda lagi kamera slalu snap guna tab jer huhuhu
Curahan rasa kucinghitam @ ..Jana Pendapat Dengan WOW Mobile
Kena dapatkan satu sony alpha macam ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cara Jana Pendapatan Sampingan Dari Rumah
wow….hasil seakan2 dslr.boleh fikir2 tuk beli ne…ringan gak, dlm handbag pompuan pun muat 🙂
Curahan rasa ecadwinkyasha @ ..Pink Week @The Cresent
Bagi sesiapa yang tak suka dslr yang agak besar dan berat, sony alpha 5000 boleh dikira alternatif yang cukup bagus.
p/s: Tapi saya lebih prefer dslr. hehehe
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Cara Semak Status Halal Secara On-The-Go
Kamera kompak yang teringan di dunia … apa lagi!!!
Curahan rasa Denaihati @ ..Pengalaman melalui sempadan Jordan ke Palestine
In Sha Allah…. Satu hari nanti teringin nak beli kamera kompak ni
Curahan rasa Eddy @ ..Wordless Wednesday | cara menjaga kesihatan diri
Betul ke kamera ni setaraf kamera DSLR? Kalau betullah.. Memang saya beli kamera ni lah daripada DSLR yang berat tu.
Curahan rasa Ammar @ ..MH370: Keluarga Mangsa Berhimpun di Hadapan Kedutaan Malaysia di Beijing
memang lah betul sebab kami dah mencuba dua minggu bawa ke hulu ke hilir tu lah kat atas tu antara gambo0gambo yg dah kami snap
Curahan rasa Denaihati @ ..Cuti Umum Malaysia 2014
Pernah terbaca entri tentang Kamera Sony Alpha 5000 ni di sebuah blog..tapi lupa siapa blogger tu… Apa yang menarik minat saya tentang kamera Sony Alpha 5000 ni bukan apa… harga yang jauh lebih murah dari DSLR biasa disamping lens yang power… Pernah dengar juga, follow up servis dia pon bagus..Sony Alpha siap bagi kelas atau kursus kamera percuma kat pembeli. Saya pun percaya kamera jenis yang seakan kompak ni memang sangat sesuai untuk blogger… tak perlu berberan beran orang kata… 😀 Lagipon dengan ISO yang luarbiasa tinggi, masalah noise tak penting sebab imej hanya untuk diletakkan di website/blog bukan untuk komersil 🙂
nice review 😀 … cantik gambar-gambar kat SPB2014
Curahan rasa wafacw @ ..Cadbury Chocolate Button For Tasnim From UK
denaihati pernah ada entri masa pelancaram, https://denaihati.com/kamera-sony-%CE%B15000-dilancarkan-di-malaysia
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan PRK DUN Kajang apa faedah pada rakyat
ya.. mungkin kat sini jugak hahaha.. lupa dah… 😀
Curahan rasa wafacw @ ..Masalah Tak Boleh Nak FOLLOW blog : Tip Follow Kaedah Lain
Kalau nak kata harga lebih murah dari DSLR tu saya tak setuju…..harga kamera dengan kits lens pun dah dekat rm2k….. KALAU DSLR biasa dah semakin murah kalau ikut model…..samada NIKON mahupun CANON
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..HAZMAN vs FOOD – Restoran 10 BINJAI KUALA LUMPUR
kamera yang kompak dan kualiti gambar yg cun memang sgt sesuai utk blogger…menjadi impian sy one day…:)
Curahan rasa Zufar @ ..Nasi Dagang Terengganu Yang Sebenar
Selalu gak guna kamera sony nie.. Memang gambar gempak. Tp alpha 5000 nie x try lg… 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Nilai disebalik sebuah gambar
kamera sony memang ok bab ambil gambar ni. hoho..
Curahan rasa titan @ ..Komisen Ke 10 dari Ashadee.com
Comments are closed.