Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dua minggu sudah berlalu, Kamera Sony Alpha 5000 dilancarkan di Malaysia telah mendapat liputan meluas di kalangan media dan blogger. Aku dan rakan team Denaihati juga tidak ketinggalan diberi peluang untuk mencuba menggunakan kamera ini dan memang menyeronokkan.
Pertama kali menyentuh kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini, aku sudah tertarik dengan bentuknya yang kompak, selain beratnya yang ringan iaitu hanya seringan 210gram. Mencuba kamera Sony ini membolehkan aku mengambil gambar-gambar yang menarik untuk memori kenangan dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.
Sebagai seorang blogger yang memang gemar juga untuk mengambil gambar, sudut penilaian aku lebih menjurus kepada kemudahan untuk mengambil gambar, apa fungsi-fungsi build in yang membolehkan aku mengambil gambar dalam pelbagai situasi dan perkara-perkara lain yang akan aku kongsikan dalam ulasan kali ini.
Kamera Sony Alpha 5000 ini merupakan kamera lensa boleh ubah yang paling ringan di dunia, dengan fungsi lensa yang setaraf kamera DSLR yang lain, Kamera Alpha 5000 ini memberi peluang untuk pengguna biasa juga mengambil gambar yang menarik dalam keadaan yang sukar seperti dalam ruangan yang mempunyai tahap pencahayaan yang rendah.
Sudah beberapa kamera yang aku cuba sebelum ini, kebanyakannya mempunyai kualiti gambar yang cantik, tetapi gagal apabila berada di kawasan yang kurang pencahayaan. Biasanya aku perlu memastikan sudut gambar dan komposisi yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang diinginkan.
Berbeza dengan Sony Alpha 5000, gambar dalam keadaan kurang pencahayaan amat mudah untuk diambil, dan gambar yang terhasil juga tidak mengecewakan. Ini adalah perkara pertama yang menarik perhatian aku semasa mencuba buat pertama kalinya kamera Sony Alpha 5000 ini.
Ramai yang mengatakan, kamera hanyalah alat perhubungan untuk gambar yang cantik, tetapi apa yang penting adalah siapa dan bagaimana gambar itu diambil
Aku tidak ingin menidakkan pernyataan di atas, tetapi untuk pengguna biasa, aku rasa kamera juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan gambar yang berkualiti tinggi. Terutama apabila ingin mendapatkan gambar-gambar yang sukar.
Faktor kamera alpha 5000 ini yang ringan juga memang sangat positif, aku boleh menggantung kamera ini di bahu tanpa rasa beban, dan semasa mencuba mengambil gambar di sekitar Kuala Lumpur dengan berjalan kaki. Kamera ini memang tidak mendatangkan sebarang beban tambahan sepanjang proses tersebut.
Dalam erti kata lain, kamera Sony Alpha 5000 ini sangat sesuai untuk di bawa semasa pergi bercuti atau bersiar-siar bersama keluarga mahupun sahabat handai. Pelbagai mod sedia ada seperti intelligent mode, memberikan aku kemudahan untuk mengambil gambar dalam pelbagai situasi tanpa perlu risau mengenai setting yang terbaik dan sebagainya.
Apa yang aku perlu buat, hanya mencari komposisi yang sesuai seperti yang diinginkan, kemudian gambar boleh diambil dengan sempurna. Kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini memang mudah untuk digunakan.
Pada awalnya, memang agak kekok dengan susun atur baru butang dan sistem navigasi kawalan kamera ini. Namun selepas 10 minit mencuba kamera ini, semuanya seperti sudah menjadi kebiasaanya, tiada lagi rasa kekok, bahkan sistem kawalan kamera ini memang amat mudah untuk digunakan selepas mencubanya.
Lensa yang didatangkan bersama-sama dengan kamera Sony Alpha 5000 ini juga mempunyai julat fokus yang besar dan jauh. Ia membolehkan aku untuk mengambil gambar pada jarak jauh tanpa menjejaskan kualiti gambar tersebut. Ternyata kualiti 20.1MegaPixel yang tersedia pada kamera ini membuatkan proses mengambil gambar lebih menyeronokkan.
Dengan harga hanya RM1999.00 untuk kamera lensa tunggal (Body + 16-50mm Kit Lens) dan RM2799 untuk pakej lensa berkembar (Body + 16-50mm Kit Lens + 55-210mm Telephoto Zoom Lens), kamera Sony Alpha 5000 memang sesuai untuk rakan blogger yang selalu pergi kemajlis pelancaran produk atau aktiviti keluarga untuk menulisan entri. Seperti yang semua blogger sedia maklum gambar yang cantik dan unik merupakan salah satu daya tarikan sesebuah blog untuk meningkatkan trafik blog seperti entri “Okinawa tempat percutian menarik” telah mendapat trafik dan komen yang banyak.
Mari sama-sama kita melihat gambar-gambar yang sempat di ambil menggunakan kamera Sony Alpha 5000 ini di bawah:
[customgallery]
187 Comments
Ciri-ciri yang sangat best bagi jurukamera bukan pro ni. Harga pun kira berpatutan. Berganda lebih murah daripada set pinggan noritake…hehehe
Btw boleh letak watermark kita sendiri kan?
Curahan rasa myliferia @ ..Apakah VitaLea (Multivitamin & Multimineral)?
wahhh serius gambar dia boleh lawan kamera dslr kot,,,,
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Payment Pertama Dari Virtual Malaysia #VMY2014
ishhh terberkenan pula. ahaiiii !
berapa ye kos nya?
klu ringan, mmg mudah la mak2 blogger mcm sy ni nak usung. klu tak, pakai kamera iphong je lah :p
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Kali pertama ke Secret Recipe
harganya dari RM1999 sahaja. detail boleh klik link baris atas sekali.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kenangan Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014
Terbaiklah! Sony sememangnya masih peneraju dalam dunia digital…
masuk wish list tahun nilah….hehe =)
thanks bro eizil utk review yg mmg terbaik!
Curahan rasa hafizmd @ ..Lepasan SPM:Semak Status Program IPTA, IPTS dengan MQA sebelum Hadir Temuduga Kemasukan!
Wahhh jelasnya gambar yang diambil…memang sesuai untuk blogger ni..untuk mereka yang baru nak bermula pun kira sesuai gak ni..
Curahan rasa Hafizul @ ..Taman Reakreasi dan Mini Zoo Kemaman
itu yg best tu…kalau amatur pun boleh hasilkan gambar cantik…mmg kamera ni wajar jadi pilihan utama….yeah
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Bertulis Pegawai Arkib S41
dari hasil gambar memang amat menarik dan jelas, apatah lagi ringan senang dibawa…
Harganya dalam berapa RM ?
“Dengan harga hanya RM1999.00 untuk kamera lensa tunggal (Body + 16-50mm Kit Lens) dan RM2799 untuk pakej lensa berkembar (Body + 16-50mm Kit Lens + 55-210mm Telephoto Zoom Lens)”
ambe tlg jawabkan =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Lepasan SPM:Semak Status Program IPTA, IPTS dengan MQA sebelum Hadir Temuduga Kemasukan!
Very impressive camera. Tidak dinafikan gambar yang cantik sememangnya faktor penarik kepada sesebuah blog. Ditambah dengan entri yang berinformasi.
Review yang sangat berguna bro. Thanks.
kebetulan memang tengah cari camera.Nampaknya camera ni menarik perhatian saya…
Faktor ringan dgn kualiti gambar yang baik adalah ciri2 kegemaran rider macam saya. Senang nak amik gambar semasa ride. Memang best. 🙂
Curahan rasa Sembang Motor @ ..Panduan Membeli Motosikal Terpakai
Prestasi kamera ni memang bagus sekali , boleh la buat wishlist untuk masa akan datang
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #89
memang nampak smart gambar2 yang diambil menggunakan Sony Alpha 5000 ni…saiznya yang kecil dan ringan lagilah memudahkan si pengguna…tak perlu beli DSLR yang berat tu tapi kualiti gambarnya hampir sama…memang menjadi pilihan ni… 😀
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..WW – Penghilang Dahaga Musim Panas
ringan & mudah dibawa. Ada baca di blog kak Jie haritu. Memang best, sesuai lah untuk blogger yang suka bergambar tu, hehe. Sekarang guna canon 650d je, Sony Aplha mungkin boleh miliki untuk masa depan nanti. In Sha Allah. hehe 😀
Curahan rasa cik lisa @ ..Cash Out 8share & Template Baru
Bagus untuk low-light photography kamera nih.
Curahan rasa GreenLava @ ..6 Things You Are Losing By Not Going Mobile
waaahhhhh… gambar-gambar yang dihasilkan oleh Sony Alpha 5000 ni memang menarik lah!! cantik je….
Curahan rasa KiD @ ..WW | Banglo Seksyen 2 Berhantu?
boleh tahan gambar kamera nih, boleh masuk list
Curahan rasa wangkecil @ ..Buat duit kat pasaraya walaupun anda tak kerja kat sana
Comments are closed.