Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dua minggu sudah berlalu, Kamera Sony Alpha 5000 dilancarkan di Malaysia telah mendapat liputan meluas di kalangan media dan blogger. Aku dan rakan team Denaihati juga tidak ketinggalan diberi peluang untuk mencuba menggunakan kamera ini dan memang menyeronokkan.
Pertama kali menyentuh kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini, aku sudah tertarik dengan bentuknya yang kompak, selain beratnya yang ringan iaitu hanya seringan 210gram. Mencuba kamera Sony ini membolehkan aku mengambil gambar-gambar yang menarik untuk memori kenangan dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.
Sebagai seorang blogger yang memang gemar juga untuk mengambil gambar, sudut penilaian aku lebih menjurus kepada kemudahan untuk mengambil gambar, apa fungsi-fungsi build in yang membolehkan aku mengambil gambar dalam pelbagai situasi dan perkara-perkara lain yang akan aku kongsikan dalam ulasan kali ini.
Kamera Sony Alpha 5000 ini merupakan kamera lensa boleh ubah yang paling ringan di dunia, dengan fungsi lensa yang setaraf kamera DSLR yang lain, Kamera Alpha 5000 ini memberi peluang untuk pengguna biasa juga mengambil gambar yang menarik dalam keadaan yang sukar seperti dalam ruangan yang mempunyai tahap pencahayaan yang rendah.
Sudah beberapa kamera yang aku cuba sebelum ini, kebanyakannya mempunyai kualiti gambar yang cantik, tetapi gagal apabila berada di kawasan yang kurang pencahayaan. Biasanya aku perlu memastikan sudut gambar dan komposisi yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang diinginkan.
Berbeza dengan Sony Alpha 5000, gambar dalam keadaan kurang pencahayaan amat mudah untuk diambil, dan gambar yang terhasil juga tidak mengecewakan. Ini adalah perkara pertama yang menarik perhatian aku semasa mencuba buat pertama kalinya kamera Sony Alpha 5000 ini.
Ramai yang mengatakan, kamera hanyalah alat perhubungan untuk gambar yang cantik, tetapi apa yang penting adalah siapa dan bagaimana gambar itu diambil
Aku tidak ingin menidakkan pernyataan di atas, tetapi untuk pengguna biasa, aku rasa kamera juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan gambar yang berkualiti tinggi. Terutama apabila ingin mendapatkan gambar-gambar yang sukar.
Faktor kamera alpha 5000 ini yang ringan juga memang sangat positif, aku boleh menggantung kamera ini di bahu tanpa rasa beban, dan semasa mencuba mengambil gambar di sekitar Kuala Lumpur dengan berjalan kaki. Kamera ini memang tidak mendatangkan sebarang beban tambahan sepanjang proses tersebut.
Dalam erti kata lain, kamera Sony Alpha 5000 ini sangat sesuai untuk di bawa semasa pergi bercuti atau bersiar-siar bersama keluarga mahupun sahabat handai. Pelbagai mod sedia ada seperti intelligent mode, memberikan aku kemudahan untuk mengambil gambar dalam pelbagai situasi tanpa perlu risau mengenai setting yang terbaik dan sebagainya.
Apa yang aku perlu buat, hanya mencari komposisi yang sesuai seperti yang diinginkan, kemudian gambar boleh diambil dengan sempurna. Kamera lensa boleh ubah daripada Sony ini memang mudah untuk digunakan.
Pada awalnya, memang agak kekok dengan susun atur baru butang dan sistem navigasi kawalan kamera ini. Namun selepas 10 minit mencuba kamera ini, semuanya seperti sudah menjadi kebiasaanya, tiada lagi rasa kekok, bahkan sistem kawalan kamera ini memang amat mudah untuk digunakan selepas mencubanya.
Lensa yang didatangkan bersama-sama dengan kamera Sony Alpha 5000 ini juga mempunyai julat fokus yang besar dan jauh. Ia membolehkan aku untuk mengambil gambar pada jarak jauh tanpa menjejaskan kualiti gambar tersebut. Ternyata kualiti 20.1MegaPixel yang tersedia pada kamera ini membuatkan proses mengambil gambar lebih menyeronokkan.
Dengan harga hanya RM1999.00 untuk kamera lensa tunggal (Body + 16-50mm Kit Lens) dan RM2799 untuk pakej lensa berkembar (Body + 16-50mm Kit Lens + 55-210mm Telephoto Zoom Lens), kamera Sony Alpha 5000 memang sesuai untuk rakan blogger yang selalu pergi kemajlis pelancaran produk atau aktiviti keluarga untuk menulisan entri. Seperti yang semua blogger sedia maklum gambar yang cantik dan unik merupakan salah satu daya tarikan sesebuah blog untuk meningkatkan trafik blog seperti entri “Okinawa tempat percutian menarik” telah mendapat trafik dan komen yang banyak.
Mari sama-sama kita melihat gambar-gambar yang sempat di ambil menggunakan kamera Sony Alpha 5000 ini di bawah:
[customgallery]
187 Comments
Wah..cantik kualiti gambar yang diambil..dengan kamera yang canggih dan teknik pemgambilan gambar yang betul akan membuahkan hasil yang cantik. Kamera yang ringan ini sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan untuk travel dan mengambil gambar..
Curahan rasa Mohd yazed @ ..Susah ke kerja dari Jobdirumah??
Hasil gambar yang bagus-bagus…semoga suatu saat bisa membelinya karena memang saat ini masih belum mempunyai kamera juga
Curahan rasa Ferry @ ..Tunjangan Profesi Guru Pendidik Dan Data Pokok Kependidikan
serious cantik dan terang gambarnya
Curahan rasa aku penghibur @ ..Kita Hebat Nasihatkan Orang, Tapi Mampukah Kita Nasihat Diri Kita Sendiri ?
Wow hanya seberat sebuah handfon…. dgn fungsi telefoto, flash yg lebih fokus cukup menarik utk dimiliki, sy sdg guna brand X, gambar cantik, masalahnya berat sgt & ttak blh zoom
Ringannya Kamera Sony Alpha 5000 ni.. Gambar pun jelas dan cantik…
Curahan rasa Anuar @ ..Rujukan Terkini Peperiksaan Pegawai Arkib S41
sy pun skang tgh consider nk beli camera utk travel..mula2 nk beli gopro..lps baca entri ni mcm nk beli sony alpha 5000 pulak
Curahan rasa Car Rental Kuala Lumpur @ ..Car Rental Kuala Lumpur (KL), Malaysia
Antara jenama dan model yang dlm shortlisted untuk kamera seterusnya….Sebelum ni menggunakan Sony TX5 dan DSC…. So far, dua2 kamera sebelum ini gambar ok cuma gambar malam agak mengecewakan…
Sony a5000 ni gambar malam dia cantik tak?
Curahan rasa eyriqazz @ ..Status Halal Coklat Pepero – Jawapan Balas dari Haji Ismail Group Langkawi
Daripada review yang bro tulis, seperti saya dapat merasai sendiri betapa mudahnya ketika menggunakan kamera ini..kalau ada bajet, memang dah angkat satu ni..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Takziah Kepada Keluarga Mangsa Nahas MH370
Assalamualaikum Tuan.
Menarik juga Kamera dari Sony ini.Benar ia sesuai untuk blogger yang suka menagmbil gambar sebagai bahan dalam BLOG.Kamera ini sebagai pilihan kpd beberapa jenis kamera yang lain termasuk kamera handphne
Curahan rasa Mohd Azrin Abu Bakar @ ..MH 370 Kesedihan Yang Paling Mendalam !
boleh nyatakan maximum ISO tanpa ada noise pada gambar? mungkin boleh tunjukkan bbrp shot mggunakan high ISO.
Curahan rasa MK Kimi @ ..Jom Outing Bersama Tarmizi Shukri dan AI Media Network
Memang cantik gambar2 dari kamera Sony Alpha 5000 nih..leh la masuk dalam wishlist.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Misteri MH370 : Teori Kehilangan vs Bukti Penemuan
canggih banget yaa kamera nya 🙂 auto fokus nya itu dapet banget dan cahaya nya …
wahhh.. canggih! sesuai sangat pada yang kaki selfie juga!
Curahan rasa Tengku Syukri @ ..Minyak Wangi Beralkohol Boleh Dipakai Bawa Solat Atau Tidak?
Saya tertarik dengan imej pencahayaan rendah yang diambil melalui kamera Sony ni. Jelas dan tiada over-exposure mahupun noise. Sesuai sangat untuk shoot imej-imej indoor.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..MH370, Misteri atau Tragedi
Review yang mantap dan padat dgn info. Saya sebenarnya dah tertarik dengan kamera ini..tapi sedang menimbang-nimbangkan di antara keperluan atau kehendak 😀
Curahan rasa ctfand @ ..Bayi Tak Mahu Menyusu Botol
Comments are closed.