Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, gajet Sony memang antara pilihan aku sejak 2007 daripada kamera digital sony, PS4 Sony sehinggalah laptop vaio Sony. Mungkin kerana setianya aku pada produk sony pada 15/2/14 aku telah dijemput untuk majlis pelancaran kamera terbaru daripada Sony iaitu model Alpha500. Beberapa rakan blogger yang lain juga dijemput ke majlis ini termasuklah Sifu Blogger.
Majlis yang diadakan di Carcosa Seri Negara ini memberi peluang kepada para blogger dan tetamu yang hadir untuk mencuba sendiri gajet Sony terbaru ini Kamera Sony α5000. Kamera ini dilengkapi dengan 20.1MP Exmor™ APS-C HD CMOS sensor and BIONZ X™ processor yang akan membolehkan anda mengambil gambar yang cantik.
Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran Sony MD, Kikuo Okura dan juga Head of Digital Imaging, Ishida Masahiko.
Paling seronok bila aku diberi satu unit kamera sony alpha500 untuk dicuba selama beberapa minggu. Aku dapat kamera bewarna putih yang sememangnya nampak cantik dan menawan, selain itu ada juga pilihan warna pink dan hitam. Kamera ini sangat ringan dan mudah untuk digunakan, kualiti gambar yang terhasil juga sangat menarik. Pada majlis pelancaran ini, suasana dewan yang digunakan adalah agak suram, tetapi ianya tidak mengganggu penggunaan pertama kali kamera Sony α5000.
Kamera Sony α5000 ini adalah kamera lensa boleh ubah paling ringan di dunia. Ia juga dilengkapi dengan screen lcd yang boleh di buka dan dicondongkan sehingga sudut 180 darjah. Fungsi yang memudahkan untuk berselfie yang pastinya memikat ramai penggemar gambar Selfie yang merupakan trend popular di Malaysia sekarang.
Pada majlis tersebut, terdapat juga aktiviti mengambil gambar tercantik menggunakan Kamera Sony α5000 ini, semua yang hadir sibuk mengambil pelbagai gambar untuk dihantar sebagai penyertaan, tetapi nasib tidak menyebelahi pihak Denaihati Network, kami tidak memenangai acara tersebut. Tahniah diucapkan kepada pemenang.
Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai kamera Sony ini, sila ke halaman Rasmi Kamera Sony α5000 ».
Kamera Sony Alpha500 sudah berada dipasaran Malaysia dengan harga dari RM1999. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mencuba dan memiliki kamera yang mempunyai kelebihan istimewa iaitu lensa boleh ubah paling ringan di dunia dengan kemudahan WiFi. Ianya pasti tidak mengecewakan kepada kaki foto dan fotoblogger.
123 Comments
Mak oii sony α5000. Ni dah kira semi-pro jugak ni. Sikit lagi masuk pro league. Kawe masih lagi guna entry-level. Kawe suka sony α punya sharpness. Cuma kalau ambil gambar pemandangan, ia kurang natural lah. Plus, sony bila handle low light tak secute Nikon. Pendapat kawe lahhh..
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Facebook Paid $19 Billion For WhatsApp
dah cuba dalam low light, memang rak mengecewakan bro.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 individu terkaya di Malaysia 2014
Wahhhh gambar pun cantik aje..sharp gitu..leh la bergaya dengan sony ni..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Rujukan Menghadapi Exam Pegawai Penerangan S41
sangat bergaya dengan keunikan rekabentuknya bro, ringan dan qualiti gamabr yang cantik.
Curahan rasa Denaihati @ ..Laurastar – Seterika Wap dengan Teknologi Swiss
menarik tertarik ni. berapakah gerangan harganya ya?
utk org yg kurang pro ambil gambar sudah tentu sesuai dan puas hati
harganya dari RM1999, memang sesuai untuk semua kurang pro dan pro.
Curahan rasa Denaihati @ ..PBS gagal jangan tuding jari
Boleh tahan suhu sejukkah?
Curahan rasa Stuwie @ ..Trip Murah ke Jepun
dalam panduan pengguna(user guide) ada maklumat – Operating temperature: 0 °C to 40 °C(32 °F to 104 °F). rasanya ujian dikilang pada suhu yang lebih rendah lagi( suhu – ).
Curahan rasa Denaihati @ ..Okinawa tempat percutian indah dan menarik
dah terjatuh cinta pulak dengan camera sony nieh .. aishhhhh
tapi kalau sambar yang ini tak memasal kena bebel yg sedia ada pun tak guna sangat
p/s : agak2 denaihati ada buat contest bg hadiah sony nieh tak heheheheh
doa-doakan kalau ada yang nak sponsor untuk buat kontes….heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..10 individu terkaya di Malaysia 2014
kamera compact ni bagus utk blogger. senang nak bawak kemana-mana
Curahan rasa sohoque @ ..Istidraj – Orang Buat Maksiat Tapi Dapat Habuan Dunia
mungkin idaman semua blogger, terutamanya yang selalu ada lerja luar.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 individu terkaya di Malaysia 2014
target terbaru sy skrg ialah utk memiliki camera ini dlm waktu terdekat..
Good luck bro..
Moga tercapai cita-cita mendapat kamera hebat ni..makin meletop lah gambar makana xplorasa nanti
Curahan rasa cikgu naman @ ..Maklumat Umum Program Matrikulasi
rekabentuk yang kompak n menarik sememangnya sesuai untuk anak muda yang suka akan fotografi.
Curahan rasa fahriemje @ ..Model Desain Pagar Rumah Minimalis Modern
pasti takkan mengecewakan kepada kaki foto, fotoblogger dan sesiapa sahaja.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 individu terkaya di Malaysia 2014
design dia smart lah….tgok blogger yg duk shared gambar dri sony pom lawa…rasa nak angkat satu…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Cuaca Panas Melanda Perlis
sesuai sangat untuk travelblogger macam bro, bolehlah sambar satu….
Curahan rasa Denaihati @ ..10 individu terkaya di Malaysia 2014
Angkat je mana best..kena beli lah bro pejal..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takkan Nak Biar Berlalu Begitu Sahaja
design agak menarik dan kompak. Sesuai untuk anak muda. 🙂
Curahan rasa TrendViral.my @ ..10 Logo Kereta Dunia Yang Menarik
rekabentuk yang sangat mengujakan, sekali tengok terus jatuh cinta…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Kisah pengalaman hubungan suami isteri
My first digital camera is Sony more than 15 years ago!
Curahan rasa Wilson Ng @ ..Sydney Harbour Bridge Climb Experience
wah!…15 years with sony, from earlier sony digital camera, i think the resolution less than 1Mp during that time…
Curahan rasa Denaihati @ ..Laurastar – Seterika Wap dengan Teknologi Swiss
Betul-betul puas hati kalau dapat beli kamera ini satu kecik dan mudah dibawa malah kualiti sangat memuaskan huhu
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
lepas ni boleh sambar satu bro, sangat compact, ringan dan kualiti gambar yang superb.
Curahan rasa Denaihati @ ..Rahsia orang kaya bertambah kaya
siap ada wifi tu…makin canggih
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Murtad in Pantai Timur (MPT)
gadjet berwifi(selain smartphone/tablet) fungsi extra yang ramai minat/digemari, mungkin akan datang jadi keperluan pada mana gadjet.
Curahan rasa Denaihati @ ..Laurastar – Seterika Wap dengan Teknologi Swiss
cun r!! kualiti outcome mcm dslr yg berat gedabak dh..lg best siap ada wifi
Curahan rasa JMR @ ..Fasa ‘membebel’ sepanjang masa
fungsi Wi-Fi and NFC mudah sangat nak transfer gambar atau kongsikan dengan gadjet lain lain
Curahan rasa Denaihati @ ..Laurastar – Seterika Wap dengan Teknologi Swiss
Tu komen dari otai dslr..
Tu la kan , kualiti mencapai taraf DSLR
Curahan rasa cikgu naman @ ..Pahit Manis Bersama Kereta
Lensa paling rengan di dunia, sudah pastinya tidak berat utk dibawa ke mana-mana. Dapat satu pasti best ni. Kalau nak beli entah bila baru dapat miliki.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Keputusan Penuh Piala FA Suku Akhir Kedua 18 Februari 2014
berat anggaran(dengan bateri & Memory Stick PRO Duo) 269 g sahaja, memang ringanlah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Okinawa tempat percutian indah dan menarik
Comments are closed.