Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, gajet Sony memang antara pilihan aku sejak 2007 daripada kamera digital sony, PS4 Sony sehinggalah laptop vaio Sony. Mungkin kerana setianya aku pada produk sony pada 15/2/14 aku telah dijemput untuk majlis pelancaran kamera terbaru daripada Sony iaitu model Alpha500. Beberapa rakan blogger yang lain juga dijemput ke majlis ini termasuklah Sifu Blogger.
Majlis yang diadakan di Carcosa Seri Negara ini memberi peluang kepada para blogger dan tetamu yang hadir untuk mencuba sendiri gajet Sony terbaru ini Kamera Sony α5000. Kamera ini dilengkapi dengan 20.1MP Exmor™ APS-C HD CMOS sensor and BIONZ X™ processor yang akan membolehkan anda mengambil gambar yang cantik.
Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran Sony MD, Kikuo Okura dan juga Head of Digital Imaging, Ishida Masahiko.
Paling seronok bila aku diberi satu unit kamera sony alpha500 untuk dicuba selama beberapa minggu. Aku dapat kamera bewarna putih yang sememangnya nampak cantik dan menawan, selain itu ada juga pilihan warna pink dan hitam. Kamera ini sangat ringan dan mudah untuk digunakan, kualiti gambar yang terhasil juga sangat menarik. Pada majlis pelancaran ini, suasana dewan yang digunakan adalah agak suram, tetapi ianya tidak mengganggu penggunaan pertama kali kamera Sony α5000.
Kamera Sony α5000 ini adalah kamera lensa boleh ubah paling ringan di dunia. Ia juga dilengkapi dengan screen lcd yang boleh di buka dan dicondongkan sehingga sudut 180 darjah. Fungsi yang memudahkan untuk berselfie yang pastinya memikat ramai penggemar gambar Selfie yang merupakan trend popular di Malaysia sekarang.
Pada majlis tersebut, terdapat juga aktiviti mengambil gambar tercantik menggunakan Kamera Sony α5000 ini, semua yang hadir sibuk mengambil pelbagai gambar untuk dihantar sebagai penyertaan, tetapi nasib tidak menyebelahi pihak Denaihati Network, kami tidak memenangai acara tersebut. Tahniah diucapkan kepada pemenang.
Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai kamera Sony ini, sila ke halaman Rasmi Kamera Sony α5000 ».
Kamera Sony Alpha500 sudah berada dipasaran Malaysia dengan harga dari RM1999. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mencuba dan memiliki kamera yang mempunyai kelebihan istimewa iaitu lensa boleh ubah paling ringan di dunia dengan kemudahan WiFi. Ianya pasti tidak mengecewakan kepada kaki foto dan fotoblogger.
123 Comments
Kamera macam nie dah ada preset menu yang kita boleh pilih untuk kesesuaian dan kalau gambar low light ( malam ) khususnya dah cantik…pastinya berbaloi dengan harga…
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..Keunikan Seluar Pelikat HEYdotMy
foodporn mesti puashati dengan kehebatan kamera ni, boleh sambar 1 bro….
Curahan rasa Denaihati @ ..Kamera Sony Alpha5000 Malaysia dilancarkan
Dengan kamera ni mesti gambar makanan lebih menggiurkan
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takkan Nak Biar Berlalu Begitu Sahaja
Den ada sebijik , tapi model keluaran tahun lepas , memang puas hati dengan performancenya 😉
Curahan rasa papa mifz @ ..Naik Feri Ke Pulau Pangkor
wah untunglah, awal-awal lagi dah ada, kena belajar dengan bro nanti ni…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Kembara Bloggers ke Kemboja-Vietnam
Takde button utk ubah aperture dan shutter speed? Nmpknya seperti kamera digital yg biasa. Dgn harga hmpir RM2K, adalah mahal bagi saya. tp interchangeable lenses tu mgkin dpt menarik minat org ramai
Curahan rasa MK Kimi @ ..Senangkan Buang Sampah Merata?
berdasarkan spesifikasi boleh secara manual, Exposure Modes- “iAUTO, Superior Auto, Programmed AE (P), Aperture priority (A), Shutter-speed priority (S), Manual (M), Movie (Programmed AE (P) / Aperture priority (A) / Shutter-speed priority (S) / Manual (M) ), Sweep Panorama, Scene Selection”.
Curahan rasa Denaihati @ ..Laurastar – Seterika Wap dengan Teknologi Swiss
Masih belum berpuas hati dengan hasil bidikan. Mengharapkan gambar lagi naik. Belum jumpa mode dan setting terbaik kot.
Curahan rasa akubiomed @ ..WhatsApp bro dengan BR1M 3.0
Wow rasa jatuh cinta plak dgn kamera ni
Curahan rasa hafiz @ ..Baju melayu anakku siap dijahit
obat herbal hepatitis b – cantik sekali hasil jepretannya dan kameranya ini untuk kekuatannya apakah tahan air dan tahan benturan?
Curahan rasa obat herbal hepatitis b @ ..Apa itu | Penyebab | Gejala | Virus | Pengobatan Hepatitis B Dengan Jelly Gamat
dalam spesifikasi tak tekankan tahan air dan tahan benturan(saya kira bahan lenturan ya).
Curahan rasa Denaihati @ ..Laurastar – Seterika Wap dengan Teknologi Swiss
saya suka kamera mcm ni, simple tetapi ada kemampuan nak macam dslr, ringan pun sedap
Curahan rasa Juan @ ..Tonton Video Rahsia Kejayaan Perniagaan Internet Oleh Rahman Basri
RIngan tak rasa beban terutamanya masa travel, dalam kapal terbang, walaupun dalam bas….
Curahan rasa Denaihati @ ..Laurastar – Seterika Wap dengan Teknologi Swiss
Dah lama berhajat memiliki kamera, belum ada rezeki.
Kamera Sony Alpha a500 ni cantik, design mantap. Kualiti dari hasil bro ambil gambar pun nampak nice.
Teringin aih hehe
Curahan rasa Afiq @ ..Limpahan Rezeki Bisnes Internet
boleh masukkan dalan whishlist macam kawan kita, kalau ada model lama boleh jual atau trade-in….
Curahan rasa Denaihati @ ..Kisah pengalaman hubungan suami isteri
trend kamera cam ni semakin meletup skrg
ramai nak hasil seperti dslr tp saiz kompak. mudah nak bawa 🙂
harga boleh tahan juga yer 🙂
Curahan rasa Sop @ ..Azwar kena alergi kulit
DSLR yang kompak rasanya memang tak banyak pilihan, kualiti yang sama dengan DSLR mungkin lagi kurang…
Curahan rasa Denaihati @ ..Rahsia orang kaya bertambah kaya
Untuk hal kamera, Sony memang tidak diragukan lagi
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Duel Persib vs Persija Batal Digelar
benar kang dadan, sony sangat berpengalaman dalam produk kamera, dah lama sangat dalam bidang audio video, malah dalam filem juga.
Curahan rasa Denaihati @ ..Laurastar – Seterika Wap dengan Teknologi Swiss
Jenama Sony memang superb kesemua produknya termasuklah Kamera Sony a5000 ni
Curahan rasa wazy @ ..Teknik Pemasaran Video Dari DoVideoNow
Cantik gmbr yg dihasilkan..tepat pd masanya..boleh la bro DH amik pics yg cantik2 masa SBB2014 nnti.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Kedah vs Johor DT Suku Akhir 2 Piala FA 2014
insyaAllah boleh dikongsikan nanti dengan kawan-kawan semua…
Curahan rasa Denaihati @ ..Laurastar – Seterika Wap dengan Teknologi Swiss
Dengan harga RM1,999 pastinya ia sangat berbaloi sebab fungsinya yang canggih dan beratnya yang ringan. Untung la bro boleh pinjam untuk beberapa minggu.
Masa SBB2014 nanti masih boleh guna kamera tu ke?
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Muslim Niaga | Platform Bisnes Dropship Islamik
harap dapat bawa masa majlis nanti. memang berbaloilah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Rahsia orang kaya bertambah kaya
sony memang best bila ambil gambar. Agak-agak, berapa harganya ye?
Curahan rasa titan @ ..Limpahan Rezeki Dunia Blog
harga untuk Malaysia bermula dari RM1999, apa tunggu lagi, macam sesuai sangat juga untuk cikgu….
Curahan rasa Denaihati @ ..Laurastar – Seterika Wap dengan Teknologi Swiss
Wah jenama sony yg yeop suka.
Harganya macam oklah, tapi jimat ruang beg.
itulah kelebihannya terutamanya bawa masa travel dan kurang rajin nak bawa beg besar-besar…
Curahan rasa Denaihati @ ..Rahsia orang kaya bertambah kaya
Comments are closed.