Jepun Terkini pasca Gempa Bumi dan Tsunami

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tiada perkataan yang dapat dikatakan apabila melihat video dan gambar kerosakan gempa bumia dan tsunami yang melanda negara timur, Jepun. Melihat kerosakan yang berlaku di negara matahari terbit tersebut memang tidak masuk akal seandainya dikatakan hanya beberapa puluh orang sahaja yang terbunuh. Melihatkan kehancuran pasti ribuan nyawa melayang bersama arus laju tsunami yang melanda tanpa kasihan.

Teringat komen ekspresiruang : semalam saya tengok Alkuliyyah di TV3. Panel berbicara tentang sabda Nabi yang mengatakan bahawa akan berlaku gegaran (gempa bumi) di akhir-akhir zaman. Yang pertama akan dilanda gempa adalah di timur (Jepun). Kemudian akan bergerak ke barat (kalau tengok CNN semalam, Hawaii pon terkena tempias) dan akhir sekali akan terjadi di negara-negara Arab (Timur Tengah). Wallahualam.

Tsunami melanda Jepun

[ad#Adsense234x60]

Terkini dilaporkan lebih 10,000 dijangkakan terkorban pasca gempa bumi dan tsunami di Jepun. Yang paling merisaukan adalah berpuluh-puluh Reaktor Nuklear yang dilanda tsunami yang boleh mencentuskan bencana nuklear dunia. Reaktor nuklear di Fukushima Daichii sudah meletup beberapa kali yang telah mengorbankan beberapa orang. Ada juga berita yang menyatakan beberapa ratus penduduk berhampiran telah terkena radiasi nuklear.

Krisis kemanusian semakin parah. Penduduk kekurangan bekalan air, makanan dan kemudahan asas. Kekuatan minda korban mangsa gempa bumi dan tsunami menjadi cabaran kepada penyelamat. Sehingga hari ini masih belum ada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa keganasan gempa bumi dan tsunami Jepun.

Kepada semua pembaca yang terbaca entri ini tolong kita update bersama berita terkini pasca gempa bumi dan tsunami Jepun untuk tatapan semua yang sedang mencari berita. Semuga bicara Allah melalui bencana besar ini tidak hanya berlalu begitu sahaja tanpa memberi kesan dalam diri kita manusia.

TERKINI

1. Setiap komen anda akan didermakan RM1 ke Tabung bencana Jepun lansung sahaja ke @ http://ariffshah.com/donate-rm1-japan-every-rt-comment

2. TPM kata Malaysia masih selamat dari sebarang ancaman radioaktif walaupun banyak loji nuklear di Jepun rosak teruk dan beberapa buah darinya meletup serta melepaskan radiasi selepas negara itu dilanda gempa bumi kuat Jumaat lalu. 16/3/2011

3. “@bbcworld: #Japanese police, dousing #Fukushima nuclear reactor with a water cannon, ‘fail to reach target’ and pull back because of radiation: NHK tv” 17/3/2011

4. Japan’s nuclear safety agency says smoke is rising from a building housing a damaged nuclear reactor at a power plant crippled by last week’s tsunami. 18/3/2011

5. Projek Amal On’na Noko For Japan Earthquake Victims @ Kujie2.com

[ad#nuffnang336]


Spread the love

47 Comments

  1. loji nuklear di Fukushima-Daiichi, Fukushima dibiarkan kosong beberapa jam semalam selepas peningkatan radiasi memaksa pekerja-pekerja kecemasan melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa mereka. krisis loji nuklear Fukushima-Daiichi kini berada pada tahap enam dan semakin menghampiri kemalangan nuklear di Chernobyl pada 1986.

  2. Sesuatu yang tidak dapat diatasi dengan kecanggihan teknologi ialah kudrat dan iradat Allah jadi semaju mana pun kita mestilah kita tunduk dengan perintah dan larangan allah.

    Bukannya semakin maju semakin angkuh dengan kemajuan yang dicipta…
    Curahan rasa penadigital @ ..Rugikah jika menyimpan emasMy Profile

  3. Salam Semua.

    Semua adalah milik Allah, dan bila Dia menghendaki untuk mengambilnya, tiada siapa akan dapat menghalang. Dia maha Kuasa, Maha mengetahui dan Maha Mendengar lagi mengampuni….. ambilah ikibar dari musibah ini, KITA di sini maseh selamat dan muga Allah permudahkan segala urusan….Amin

      1. itu beberapa gambar yang sempat diambil . ada beberapa tempat lagi yang teruk. pokok-pokok kecil tumbang, tempak projek lab baru terbang zink-zink tu, and macam-macam lagi tapi sebab dah malam tak sempat nak ambil gambar. yerp, ujian Allah tu boleh datang bila-bila masa. seriously, sangat takut masa hujan lebat semacam semalam. air hujan tu mcm besar2 je. =.= sebab semalam redah hujan balik dr kelas masa kejadian.

  4. dalam kelas HSE , eyra ada belajar ttg kes nuclear explosion, chernobyl. hopefully kes tu xberulang. =.= kalau baca paper semalam, katanya maybe tak jd mcm kat chernobyl sbb struktur and system diorg lg improved. tp wallahualam.. tkut wooo kalau jd cmtu. effect smpai bila2…

      1. iya reaktor ke-3 juga sudah explode. sangat bimbang kejadian chernobyl berulang. kesan radiasi sangat bahaya =.=

  5. Setuju. Semua ini adalah balasan dan petunjuk dari ALLAH S.W.T. Manusia masih belum sedar termasuklah diri ini. Terlalu banyak yg perlu diperbaiki dari detik ke detik. Semoga ALLAH memberi rahmat dan keselamatan kepada mereka yg beriman dan bertaqwa. Dan kepada yg masih belum menerima Hidayah, semoga mereka terbuka untuk mengenali Islam yg indah ini. InshaALLAH.
    Curahan rasa Mohd Shahrul Hafizi @ ..79 Rahsia Menjadi Fotografer ProMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!