Botol Susu Polikarbonat lebih baik

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setelah bertahun-tahun ibubapa 1Malaysia bergantung harapan kepada botol susu tiba-tiba hari ini mereka dikejutkan dengan berita botol susu polikarbonat yang mengandungi ‘Bisphenol A‘ (BPA) akan diharamkan berkuat kuasa 1 Mac 2012. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

Yang menjadi persoalan kalau dah dikatakan tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu selamat, mengapa harus tunggu hingga 1 Mac 2012. Adakah nilai bisnis itu lebih penting daripada kesihatan bayi dan kanak-kanak?? Berjuta bayi dan kanak-kanak telah terdedah dengan risiko BPA yang telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Boleh tak Pak Menteri Kesihatan tolong jawab persoalan ini.

Gambar Botol Susu Polikarbonat dari Kosmo Online

[ad#Adsense234x60]

Kerana itul Rasulullah SAW dah tunjukkan cara yang betul menyusukan bayi. Susu yang terbaik adalah susu ibu yang telah terbukti dari kajian saintifik tetapi terlalu ramai ibubapa yang mengabaikan hanya kerana nak jaga body. Nilai susu badan akan menjadikan anak lebih manusia berbanding susu lembu mengunakan botol susu polikarbonat yang menjadikan anak bersifat liar seperti lembu juga. Sudah terbukti dengan berbagai masalah sosial yang melanda masyarakat.

Mungkin ada yang kata kesibukan bekerja menyebabkan ibu tidak sempat menyusukan anak. Rasulullah SAW juga telah tunjukkan cara seandainya ibu sibuk dengan tugas atau tidak mampu mengeluarkan banyak susu badan boleh menggunakan sistem ibu susuan. Halimah as-Sa’diyah menjadi ibu susuan Rasulullah  SAW apabila bondanya Siti Aminah kekeringan susu badan akibat terlalu sedih di atas kematian suaminya.

Allah SWT melalui Rasulullah SAW telah menunjukkan cara yang betul penyusuan bayi tetapi kita lebih yakin dengan sistem ciptaan Yahudi dengan penyusukan anak mengunakan botol. Dan inilah akibatnya apabila anak-anak kita sekarang telah pun terdedah dengan risiko botol yang mengandungi ‘Bisphenol A‘. Siapa yang nak disalahkan??

[ad#nuffnang336]


Spread the love