Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai yang memberi berbagai komen apabila entri “Jemaah Tabligh tercemar akibat nila setitik” dikongsikan di facebook. Yang tidak suka memberi komen negatif sehingga ada yang kata Jemaah tabligh kaki seks dan tidak kurang juga ramai yang berkongsi pengalaman. Kerja dakwah memang kerja susah sedangkan Rasulullah SAW pun melalui berbagai kesusahan jadi jemaah tabligh jangan bersedih apabila dihina dikeji. Daripada 73 golongan manusia hanya satu golongan sahaja yang akan masuk Syurga jadi itu gambaran betapa ramainya yang akan menentang usaha dakwah dari yang menyokong.
Mungkin ramai orang biasa yang memandang negatif kepada Jemaah Tabligh tetapi tidak kepada pemimpin parti politik apabila hampir semua ketua parti politik Islam mendekat dan menziarahi jemaah tabligh kerana meraka tidak berpihak kepada mana-mana parti.
Sebenarnya ramai yang menyokong perjuangan dan usaha jemaah tabligh walaupun mereka tidak aktif bersama jemaah tabligh. Berikut antara komen daripada sahabat kita :
Umi Zaki : Ini pengalaman saya , dulu saya pun tak suka pada orang tabligh. Kalau dulu masa belum khawin nampak sahaja jemaah tabligh lalu dihadapah rumah (masa tu mereka tak pergi rumah saya kerana dah tahu tak ada lelaki dalam rumah tu) terus tutup pintu tapi diam diam kami intai melalui tingkap nak tahulah katakan. Bila naik kat pasar MPKB yang lama tu (sekarang telah dirobohkan) saya takut sangat nak lalu ikut lorong orang tabligh. Terus ajak kawan melalui lorong lain. Tapi akhirnya kerja Allah Taala semuanya. Saya bertemu jodoh dengan orang tabligh. Bila dah tahu dia orang tabligh kakak saya usik saya, nanti kau bila khwin dengan orang tabligh kena tinggal lepas tu tak beri belanja dan byk lagi kata-kata yang negetif. Tapi nak buat macam mana itu dah takdir Allah kerana sebelum tu saya dah istikarah dan buat solat hajat supaya Allah beri jodoh yang terbaik. Banyak tomohan yang dilemparkan pada jemaah tabligh salah satunya jemaah tak berpolitik dan sebagainya. Dipendekkan cerita wahai mereka di luar sana janganlah menyebarkan cerita yang bukan-bukan kalau kita tak buat kajian betul-betul. Jemaah tabligh sanggup korban harta sendiri untuk keluar 3hari, 40hari dan 4bln tanpa nak kelim balik duit dari sesiapa pun. Mereka buat kerana Allah Dan menambah baik iman sendiri bukan kerana nak nama atau sebutan ramai hanya Allah yang tahu. Maaf andai kata yang saya tulis ni mencuit hati sahabat2 di luar sana.
Sutera Rindu : Sebenarnya jemaah tabligh ada adab2 nya sebelum keluar 1 1/2 hari..3 hari ..15 hari..4 bulan. ..mereka telah pun sempurna tangungjwp mereka dahulu..supaya tidak mendatangkan beban kpd yg di tinggalkan. jika pelajar. .mereka keluar ketika cuti sahaja.. jika yg telah berumahtanngga mereka pastikan ahli keluarga cukup kelengkapan selama yg di tinggalkan. …dan tugas mereka hanya mempelawa umat islam utk berjemaah. menghidupkan surau2 dan masjid2..berkongsi tentang fadilat amal.. sunnah rasuluallah. .tetapi masyarakt sentiasa memandang sinis kpd mereka..mengangap mereka org2 yg tidak berjaya.. tidak berkerja.. apa salahnya jika meninggal kan segala urusan dunia buat seketika selama 3 hari mencari pengalaman dan perjuangan tentang agama.. tak rugi merasai apa yg mereka perjuangan. ..selepas itu barulah kita berhak utk bersuara kerana berdasarkan pengalaman.
Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat)” – Surah At-Taubah ayat 2
Muhammad Zaim : Bapa saya ketika menuntut di university roommatenya adalah seorang tabligh. Menurut bapa dia seorang yg baik dan sering mengajak bapa ke majlis agama. Mula mula bapa pun ada tanggapan salah terhadap tabligh ni tapi lama lama suka dan kerana niat utama mereka adalah mengajak kita kpd agama. Mereka tidak menolak dunia dan akhirat diutamakan. Tak silap saya Bapa tabligh pada ketika itu berkerja sebagai setiausaha pertama di kedutaan malaysia di holland. Bila dia kesana masa cuti dia melawat ayahnya di sana. Bila pulang sentiasa berikan cenderahati utk bapa. Kesimpulannya jgn dihina mereka ni walaupun kita tidak suka cara mereka berdakwah
Mutiara Qaseh : syazwan memg btul.mrk yg tak pernah ikut tabligh mrk tak akan faham… bila mrk ikut barulah mrk akan rasa hidayah tu… bila kite sertai mrk, kite mst nk gandakan amalan lagi… lg satu jgn pertikaikan niat dakwah mrk utk syurga ke apa.. tapi klu kita yg bukan tabligh ni tiba2 org tanya.. ko solat untuk syurga ke nak riya?? soalan tu bole dtuju semua org islam samada dia tabligh atau pas atau org biasa…kalau kita tanya dorg seperti itu ibarat kita sengaja mencari kesalahan mrk dan seolh2 kita ni malaikat yg bersih dri dosa walaupun solat pun suka tinggal2… korg mungkin suke bertaubat bila usia dah tua atau azab Allah sedg menimpa anda..t api mrk sedg pebetulkan diri mrk drpd skrg tanpa tunggu kiamat.. walaupun korg bertaubat waktu melihat bala sedg mnimpa kemudian korg mati…bolehkah korg bandingkan amalan korg dgn mrk yg sudah lama beramal??cube fikir.. Allah maha pengasih tp setidk2 nya kita kena sedar yg hri2 kite bnyk wat dosa
Sulhan Putera : Allah bnyak ubah diri saya mnjadi lebih baik lebih sopan, lebih bijak dlm berkomunikasi, dan bnyak Allah bri ilmu agama asbab usaha yg di sebut2 jemaah tabhligh … Blom kenal blom tau…
Que Han : gua respect jemaah tabligh.. dunia dah nk rosak disbbkn nafsu2 manusia.. tetapi mereka (tadbligh) berjaya mengimbangi dunia ini dari orang2 yg rakus.
Faizal Miqael : Member2 sy ramai yg kluar tabligh sampai 4 bulan pegi ke india,pakistan dan banglades,peaarh.. balik malaysia alhamdulillah,sejuk mata,hati tengok perubahan beliau.
Yarn Marziana Sali : syukran dear Marzila Muhammad tag akak…tu lah pengalaman akak bersama isteri jemaah tabligh, (masturat),… subhanallah, sprt baru memeluk islam… baru kenal diri, baru kenal Allah.. malu sgt2, baru perasan diri ini sebenarnya sombong… itu sbb melengahkan taubat… Allahu…. Ampunkanlah segala dosa2 sy dan semua org Islam
Luqman Hafizi : Tabligh ni bgos sbnrnya,dia menyampaikan dakwah dri stu rumah ke stu rmah…kdng2 jumpa kat masjid..dia cerita psl sejarah nabi2 kita…mcm2 dia cerita psl agama..xbosan mendengar
Nelviana Nelviana : Adik,kakak dan kakak saudara sy orang jamaah tabliq.mereka sangat kuat mengerjakan sunah Rassulullah.Saw.Suatu saat sy juga berharap supaya sy di beri Hidayah oleh Allah menjadi seperti mereka yg menutup seluruh aurat n mengerjakan sunah2 Rassul.
Ku Kau : ak pnh ikut rmbngon p tabligh 3 hari mse umor 12thun…ada 1 hari tu p ajak org y tua y tgh mnyangkul tanah p masjid dgr taklim..tibe2 jer die naik angin myb die pantang ngn org tabligh..nasib baik xkena cangkul.pdhal budak2 je pn..jgn xpercaya klu ada sesetengah org y pantang nmpk org tbligh mula sumpah seranah
Semuga ALLAH terus limpahkan taufiq dan hidayah kepada kita dan keluarga serta anak cucu cicit dan keturunan sehingga hari kiamat untuk terus bertauhid kepada Tuhan yang satu …. ALLAH SWT dengan mengikut cara hidup yang telah ditunjukkan oleh RASULULLAH SAW.
127 Comments
apa apa pun.. jangan judge orang.. jgn label orang.. isi hati manusia hanya Allah yang tahu.. kerja kita sebagai manusia hanya lah bersangka baik.. lebih bagus bersangka baik.. hati tenang dan senang.. inshaaAllah
Curahan rasa Kak Kep @ ..Penyebab Sakit Pedih Ulu Hati (Heartburn) dan Cara Mengatasinya
betul tu… ramai yang suka menghukum sebelum menilai sesuatu itu. Harus berubah
semoga ajaran yang diredhai allah kita ikuti..sekarang mcm2 dah ada takut tengok..pemikiran negatif terhadap mubaligh ni dpt dikikis
Curahan rasa adna2029 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Biasalah tu apabila kita memilih jalan untuk menyebarkan ajaran Islam yang suci ini. Tiada hamparan permaidani merah, yang menanti hanya onak dan duri..
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Rahsia Besar Solat Subuh!
kalau perjuangan ini mudah.. sudah tentu ramai yang menyertai nya.
Betul..AB dulu pon pernah jugak pandang serong kat tabligh ni..lagi2 dengan stigma masyarakat sekeliling yang berpandangan negatif jugak..tapi sekarang ni bila dah banyak membaca..pemikiran negatif trhadap mubaligh ni dpt dikikis..
mereka mereka ini lah yang menyambung kerja kerja dakwah tanpa mengharapkan balasan.
Betul kita jangan la bersangka buruk terhadap mereka kerana mereka buat semuanya atas jalan Allah Swt. Kadang2 kita bersikap prejudis dengan mereka sebab fikir diorg ni teruk dan macam2 lagi tanpa kita selidik. Fitnah akhir zaman
Curahan rasa Kereta Sewa Shah Alam @ ..Jom Balik Kampung dari Kereta Sewa
Waalaikumsalam…
Semuga ALLAH terus limpahkan taufiq dan hidayah kepada kita dan keluarga serta anak cucu cicit dan keturunan sehingga hari kiamat untuk terus bertauhid kepada Tuhan yang satu …. ALLAH SWT dengan mengikut cara hidup yang telah ditunjukkan oleh RASULULLAH SAW.
Aamiin, terima kasih sudah berbagi artikel yang menarik sekali 🙂
Curahan rasa diet hipertensi @ ..Diet Hipertensi: Cara Menurunkan Darah Tinggi
Mereka mengajak orang melakukan kebaikan…berdakwah dengan cara masing-masing. Tak salah pada pendapat saya
Curahan rasa Nurul @ ..Senarai Hospital Rakan Rayi di Malaysia
bukan sahaja tidak salah pada pendapat nurul, malah ianya kewajipan kita bersama.
Dulu kecik-kecik masa sekolah rendah takut juga tengok jamaah Tabligh depan rumah tekan loceng. Tapi tak pernah la masuk sebab biasanya ayah kerja. Tapi dah besar dah tak nampak dah tabligh area perumahan kitorang dah. Kalau masih ada, rasa nak jemput-jemput je diorang masuk, dapat tambah ilmu agama yang sangat cetek ni. huhu
Curahan rasa Nadot @ ..Contest dari Edinburgh – Blogger yang Dikagumi
jemaah tabligh pernah mengimarahkaabligh juga berjasa n mesjid tempat saya, apabila jemaah sudah semankin ramai mereka pergi ketempat lain untuk menjalankan misi mengimarahkan mesjid dan surau.
Curahan rasa onlajer @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Semoga rakan-rakan jemaah tabligh meneruskan usaha murni dan ke arah kebaikkan bersama
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wazy Network Enterprise Berusia Setahun
Moga2 kita juga bakal ikut dan kuatkan hati utk buat usaha atas iman ni..ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Panduan Peperiksaan Online PTD M41 2014
yg kurang faham peranan tabligh ni suka bg persepsi negatif. usaha dakwah yg sungguh murni, pengorbanan yg begitu besar. moga dipermudahkan usaha dakwah mereka
Curahan rasa Umi Kasum @ ..4 Power Bank untuk dimenangi
Pengorbanan yg tak semua dr kita mampu buat…moga Allah perkuatkan hati mereka dan kita semua..ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Panduan Peperiksaan Online PTD M41 2014
betul tu, tapi bagi yang mampu pula tidak cukup berani pula untuk sertai.
sentiasa lah bersangka baik sesama manusia, hati pun rasa tenang kan?.. kalau asyik berprasangka mesti tak best
Curahan rasa Safiya @ ..Kebaikan ESP dan Alfalfa untuk Ibu Menyusu Yang Perlu Diketahui Para Bapa
Setuju. Hidup biar sangka baik. Itu tanda hati kote baik. InsyaAllah
Curahan rasa hafizmd @ ..Panduan Peperiksaan Online PTD M41 2014
Bagi kita jemaah tabligh ni sangat sinonim dengan persepsi negatif tentang aktiviti mereka. Yalah kalau yang selalu kita dengar negatif, pastinya sedikit sebanyak ramai yang percaya walaupun tak pernah tengok dan epxperience sendiri…Nak buat balik dan mengajak ke arah kebaikan memang susahkan… moga-moga usaha mereka mendapat keredhaan Allah..
Curahan rasa raudzah @ ..Fenomena Belalai Air Melanda Malaysia
perghh… mereka ini yang saya kenal adalah manusia yg penuh dengan sifat positif… selalu positif dengan segala galanya..
Semoga selepas ini orang ramai tidak lagi pandang serong dengan jemaah tabligh ni.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
ameen. ameen ameen. usaha mereka mmg murni…hidayah milik Allah. mereka berusaha kita kenalah sokong..betul tak?
Curahan rasa hafizmd @ ..Panduan Peperiksaan Online PTD M41 2014
malah sebenarnya usaha mereka itu adalah tanggungjawab kita semua bersama. tapi sbb mereka dah buat maka kewajipan keatas kita sudah terlepas.
Usah buruk sangka pada org tabligh..kita manusia tak layak utk judge org lain kan..
Curahan rasa Mama Olin @ ..Petua Hilangkan Demam Selsema dengan Cepat
Comments are closed.