Jemaah Tabligh jangan bersedih

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai yang memberi berbagai komen apabila entri “Jemaah Tabligh tercemar akibat nila setitik” dikongsikan di facebook. Yang tidak suka memberi komen negatif sehingga ada yang kata Jemaah tabligh kaki seks dan tidak kurang juga ramai yang berkongsi pengalaman. Kerja dakwah memang kerja susah sedangkan Rasulullah SAW pun melalui berbagai kesusahan jadi jemaah tabligh jangan bersedih apabila dihina dikeji. Daripada 73 golongan manusia hanya satu golongan sahaja yang akan masuk Syurga jadi itu gambaran betapa ramainya yang akan menentang usaha dakwah dari yang menyokong.

Mungkin ramai orang biasa yang memandang negatif kepada Jemaah Tabligh tetapi tidak kepada pemimpin parti politik apabila hampir semua ketua parti politik Islam mendekat dan menziarahi jemaah tabligh kerana meraka tidak berpihak kepada mana-mana parti.

hadi awang bertemu jemaah tabligh

Sebenarnya ramai yang menyokong perjuangan dan usaha jemaah tabligh walaupun mereka tidak aktif bersama jemaah tabligh. Berikut antara komen daripada sahabat kita :

Umi Zaki : Ini pengalaman saya , dulu saya pun tak suka pada orang tabligh. Kalau dulu masa belum khawin nampak sahaja jemaah tabligh lalu dihadapah rumah (masa tu mereka tak pergi rumah saya kerana dah tahu tak ada lelaki dalam rumah tu) terus tutup pintu tapi diam diam kami intai melalui tingkap nak tahulah katakan. Bila naik kat pasar MPKB yang lama tu (sekarang telah dirobohkan) saya takut sangat nak lalu ikut lorong orang tabligh. Terus ajak kawan melalui lorong lain. Tapi akhirnya kerja Allah Taala semuanya. Saya bertemu jodoh dengan orang tabligh. Bila dah tahu dia orang tabligh kakak saya usik saya, nanti kau bila khwin dengan orang tabligh kena tinggal lepas tu tak beri belanja dan byk lagi kata-kata yang negetif. Tapi nak buat macam mana itu dah takdir Allah kerana sebelum tu saya dah istikarah dan buat solat hajat supaya Allah beri jodoh yang terbaik. Banyak tomohan yang dilemparkan pada jemaah tabligh salah satunya jemaah tak berpolitik dan sebagainya. Dipendekkan cerita wahai mereka di luar sana janganlah menyebarkan cerita yang bukan-bukan kalau kita tak buat kajian betul-betul. Jemaah tabligh sanggup korban harta sendiri untuk keluar 3hari, 40hari dan 4bln tanpa nak kelim balik duit dari sesiapa pun. Mereka buat kerana Allah Dan menambah baik iman sendiri bukan kerana nak nama atau sebutan ramai hanya Allah yang tahu. Maaf andai kata yang saya tulis ni mencuit hati sahabat2 di luar sana.

Sutera Rindu : Sebenarnya jemaah tabligh ada adab2 nya sebelum keluar 1 1/2 hari..3 hari ..15 hari..4 bulan. ..mereka telah pun sempurna tangungjwp mereka dahulu..supaya tidak mendatangkan beban kpd yg di tinggalkan. jika pelajar. .mereka keluar ketika cuti sahaja.. jika yg telah berumahtanngga mereka pastikan ahli keluarga cukup kelengkapan selama yg di tinggalkan. …dan tugas mereka hanya mempelawa umat islam utk berjemaah. menghidupkan surau2 dan masjid2..berkongsi tentang fadilat amal.. sunnah rasuluallah. .tetapi masyarakt sentiasa memandang sinis kpd mereka..mengangap mereka org2 yg tidak berjaya.. tidak berkerja.. apa salahnya jika meninggal kan segala urusan dunia buat seketika selama 3 hari mencari pengalaman dan perjuangan tentang agama.. tak rugi merasai apa yg mereka perjuangan. ..selepas itu barulah kita berhak utk bersuara kerana berdasarkan pengalaman.

Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat)” –  Surah At-Taubah ayat 2

Muhammad Zaim : Bapa saya ketika menuntut di university roommatenya adalah seorang tabligh. Menurut bapa dia seorang yg baik dan sering mengajak bapa ke majlis agama. Mula mula bapa pun ada tanggapan salah terhadap tabligh ni tapi lama lama suka dan kerana niat utama mereka adalah mengajak kita kpd agama. Mereka tidak menolak dunia dan akhirat diutamakan. Tak silap saya Bapa tabligh pada ketika itu berkerja sebagai setiausaha pertama di kedutaan malaysia di holland. Bila dia kesana masa cuti dia melawat ayahnya di sana. Bila pulang sentiasa berikan cenderahati utk bapa. Kesimpulannya jgn dihina mereka ni walaupun kita tidak suka cara mereka berdakwah

Mutiara Qaseh : syazwan memg btul.mrk yg tak pernah ikut tabligh mrk tak akan faham… bila mrk ikut barulah mrk akan rasa hidayah tu… bila kite sertai mrk, kite mst nk gandakan amalan lagi… lg satu jgn pertikaikan niat dakwah mrk utk syurga ke apa.. tapi klu kita yg bukan tabligh ni tiba2 org tanya.. ko solat untuk syurga ke nak riya?? soalan tu bole dtuju semua org islam samada dia tabligh atau pas atau org biasa…kalau kita tanya dorg seperti itu ibarat kita sengaja mencari kesalahan mrk dan seolh2 kita ni malaikat yg bersih dri dosa walaupun solat pun suka tinggal2… korg mungkin suke bertaubat bila usia dah tua atau azab Allah sedg menimpa anda..t api mrk sedg pebetulkan diri mrk drpd skrg tanpa tunggu kiamat.. walaupun korg bertaubat waktu melihat bala sedg mnimpa kemudian korg mati…bolehkah korg bandingkan amalan korg dgn mrk yg sudah lama beramal??cube fikir.. Allah maha pengasih tp setidk2 nya kita kena sedar yg hri2 kite bnyk wat dosa

Sulhan Putera : Allah bnyak ubah diri saya mnjadi lebih baik lebih sopan, lebih bijak dlm berkomunikasi, dan bnyak Allah bri ilmu agama asbab usaha yg di sebut2 jemaah tabhligh … Blom kenal blom tau…

Que Han : gua respect jemaah tabligh.. dunia dah nk rosak disbbkn nafsu2 manusia.. tetapi mereka (tadbligh) berjaya mengimbangi dunia ini dari orang2 yg rakus.

Faizal Miqael : Member2 sy ramai yg kluar tabligh sampai 4 bulan pegi ke india,pakistan dan banglades,peaarh.. balik malaysia alhamdulillah,sejuk mata,hati tengok perubahan beliau.

Yarn Marziana Sali : syukran dear Marzila Muhammad tag akak…tu lah pengalaman akak bersama isteri jemaah tabligh, (masturat),… subhanallah, sprt baru memeluk islam… baru kenal diri, baru kenal Allah.. malu sgt2, baru perasan diri ini sebenarnya sombong… itu sbb melengahkan taubat… Allahu…. Ampunkanlah segala dosa2 sy dan semua org Islam

Luqman Hafizi : Tabligh ni bgos sbnrnya,dia menyampaikan dakwah dri stu rumah ke stu rmah…kdng2 jumpa kat masjid..dia cerita psl sejarah nabi2 kita…mcm2 dia cerita psl agama..xbosan mendengar

Nelviana Nelviana : Adik,kakak dan kakak saudara sy orang jamaah tabliq.mereka sangat kuat mengerjakan sunah Rassulullah.Saw.Suatu saat sy juga berharap supaya sy di beri Hidayah oleh Allah menjadi seperti mereka yg menutup seluruh aurat n mengerjakan sunah2 Rassul.

Ku Kau : ak pnh ikut rmbngon p tabligh 3 hari mse umor 12thun…ada 1 hari tu p ajak org y tua y tgh mnyangkul tanah p masjid dgr taklim..tibe2 jer die naik angin myb die pantang ngn org tabligh..nasib baik xkena cangkul.pdhal budak2 je pn..jgn xpercaya klu ada sesetengah org y pantang nmpk org tbligh mula sumpah seranah

jemaah tabligh bersama najib razak

Semuga ALLAH terus limpahkan taufiq dan hidayah kepada kita dan keluarga serta anak cucu cicit dan keturunan sehingga hari kiamat untuk terus bertauhid kepada Tuhan yang satu …. ALLAH SWT dengan mengikut cara hidup yang telah ditunjukkan oleh RASULULLAH SAW.


Spread the love

127 Comments

  1. selagi tujuan kita masih dijalan Allah Swt, Allah akan tetap merahmati umatNya, dulu masa bersekolah ada satu Masjid ramai orang tablig berkampung setiap minggu, mereka mengadakan perjumpaan dan mengaji bersama-sama. Menurut saya tidak masalah apabila mereka tak berpolitik, yang terpenting kita tahu apa hala tuju kita. Tunaikan yang wajib dan jalankan yang sunah itu perlu.
    Curahan rasa nila anggraini @ ..Sepuluh Manfaat Makanan Berkhasiat Buat Si ManjaMy Profile

  2. Sebab ceteknya llmu agama kite menjadikan kita berpandang serong kepada jemaah tabligh ni..terang2 mereka golongan yang menjurus kepada agama Allah, hanya mereka yang sanggup mendustakan ayat2 Allah je yang terpesong sedangkan mereka ini benar2 dibawah rahmat dan lindunganNya…so jangan pandai2 buat andaian dan kesimpulan yang buruk2 kepada jemaah tabligh ni….
    Curahan rasa JAWATAN KOSONG TERBARU @ ..JAWATAN KOSONG MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAHMy Profile

  3. Tabligh ialah salah satu sifat rasulullah yg bermaksud menyampaikan. Mereka ini ada pewaris kerja dakwah. Dan kerana mereka ada kita masih lagi terlepas dalam tanggungjawab mendakwah. Maka hargailah mereka ini.

    1. yup bukan semua orang mampu buat apa yg mereka buat. sekali sekala cuba join tengok sblm bersuara.

    1. yup saya setuju kita kena selalu positif positif dan positif. Baru mata hati akan terbuka

    1. tabligh adalah salah satu sifat Rasulullah dari empat sifat baginda. and yup harap mereka kaji dan akan lebih faham

    1. teruskan berjuang… Allah bersentiasa bersama kalian. Kami pun jua sentiasa mendoakan kerjayaan kalian

  4. Tak semua orang mampu buat macam mereka buat. Berapa ramai yang ada keberanian untuk ajak org lain secara berdepan untuk buat kebaikan.

    Tapi memang sejak kenal Ustaz Ebit Lew, saya memang kagum dengan usaha org tabligh.

    Kesimpulannya, jangan kita pukul rata orang tabligh.
    Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Cerita Cinta Saya Bersama Meal ShakesMy Profile

  5. Ramai tabligh2 ni yang educated yang bekerja bagus2 tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga sebab saya pernah tengok jemaah tabligh yang jual tv kerana nak keluar berdakwah, tinggalkan isteri buat kerja membanting tulang pelihara anak2.
    Curahan rasa JunAina @ ..Budak Sekolah BergaduhMy Profile

    1. memang kebanyakan mereka ini dari golongan profesional. hampir 80 persen la boleh dikatakan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!