Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai yang memberi berbagai komen apabila entri “Jemaah Tabligh tercemar akibat nila setitik” dikongsikan di facebook. Yang tidak suka memberi komen negatif sehingga ada yang kata Jemaah tabligh kaki seks dan tidak kurang juga ramai yang berkongsi pengalaman. Kerja dakwah memang kerja susah sedangkan Rasulullah SAW pun melalui berbagai kesusahan jadi jemaah tabligh jangan bersedih apabila dihina dikeji. Daripada 73 golongan manusia hanya satu golongan sahaja yang akan masuk Syurga jadi itu gambaran betapa ramainya yang akan menentang usaha dakwah dari yang menyokong.
Mungkin ramai orang biasa yang memandang negatif kepada Jemaah Tabligh tetapi tidak kepada pemimpin parti politik apabila hampir semua ketua parti politik Islam mendekat dan menziarahi jemaah tabligh kerana meraka tidak berpihak kepada mana-mana parti.
Sebenarnya ramai yang menyokong perjuangan dan usaha jemaah tabligh walaupun mereka tidak aktif bersama jemaah tabligh. Berikut antara komen daripada sahabat kita :
Umi Zaki : Ini pengalaman saya , dulu saya pun tak suka pada orang tabligh. Kalau dulu masa belum khawin nampak sahaja jemaah tabligh lalu dihadapah rumah (masa tu mereka tak pergi rumah saya kerana dah tahu tak ada lelaki dalam rumah tu) terus tutup pintu tapi diam diam kami intai melalui tingkap nak tahulah katakan. Bila naik kat pasar MPKB yang lama tu (sekarang telah dirobohkan) saya takut sangat nak lalu ikut lorong orang tabligh. Terus ajak kawan melalui lorong lain. Tapi akhirnya kerja Allah Taala semuanya. Saya bertemu jodoh dengan orang tabligh. Bila dah tahu dia orang tabligh kakak saya usik saya, nanti kau bila khwin dengan orang tabligh kena tinggal lepas tu tak beri belanja dan byk lagi kata-kata yang negetif. Tapi nak buat macam mana itu dah takdir Allah kerana sebelum tu saya dah istikarah dan buat solat hajat supaya Allah beri jodoh yang terbaik. Banyak tomohan yang dilemparkan pada jemaah tabligh salah satunya jemaah tak berpolitik dan sebagainya. Dipendekkan cerita wahai mereka di luar sana janganlah menyebarkan cerita yang bukan-bukan kalau kita tak buat kajian betul-betul. Jemaah tabligh sanggup korban harta sendiri untuk keluar 3hari, 40hari dan 4bln tanpa nak kelim balik duit dari sesiapa pun. Mereka buat kerana Allah Dan menambah baik iman sendiri bukan kerana nak nama atau sebutan ramai hanya Allah yang tahu. Maaf andai kata yang saya tulis ni mencuit hati sahabat2 di luar sana.
Sutera Rindu : Sebenarnya jemaah tabligh ada adab2 nya sebelum keluar 1 1/2 hari..3 hari ..15 hari..4 bulan. ..mereka telah pun sempurna tangungjwp mereka dahulu..supaya tidak mendatangkan beban kpd yg di tinggalkan. jika pelajar. .mereka keluar ketika cuti sahaja.. jika yg telah berumahtanngga mereka pastikan ahli keluarga cukup kelengkapan selama yg di tinggalkan. …dan tugas mereka hanya mempelawa umat islam utk berjemaah. menghidupkan surau2 dan masjid2..berkongsi tentang fadilat amal.. sunnah rasuluallah. .tetapi masyarakt sentiasa memandang sinis kpd mereka..mengangap mereka org2 yg tidak berjaya.. tidak berkerja.. apa salahnya jika meninggal kan segala urusan dunia buat seketika selama 3 hari mencari pengalaman dan perjuangan tentang agama.. tak rugi merasai apa yg mereka perjuangan. ..selepas itu barulah kita berhak utk bersuara kerana berdasarkan pengalaman.
Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat)” – Surah At-Taubah ayat 2
Muhammad Zaim : Bapa saya ketika menuntut di university roommatenya adalah seorang tabligh. Menurut bapa dia seorang yg baik dan sering mengajak bapa ke majlis agama. Mula mula bapa pun ada tanggapan salah terhadap tabligh ni tapi lama lama suka dan kerana niat utama mereka adalah mengajak kita kpd agama. Mereka tidak menolak dunia dan akhirat diutamakan. Tak silap saya Bapa tabligh pada ketika itu berkerja sebagai setiausaha pertama di kedutaan malaysia di holland. Bila dia kesana masa cuti dia melawat ayahnya di sana. Bila pulang sentiasa berikan cenderahati utk bapa. Kesimpulannya jgn dihina mereka ni walaupun kita tidak suka cara mereka berdakwah
Mutiara Qaseh : syazwan memg btul.mrk yg tak pernah ikut tabligh mrk tak akan faham… bila mrk ikut barulah mrk akan rasa hidayah tu… bila kite sertai mrk, kite mst nk gandakan amalan lagi… lg satu jgn pertikaikan niat dakwah mrk utk syurga ke apa.. tapi klu kita yg bukan tabligh ni tiba2 org tanya.. ko solat untuk syurga ke nak riya?? soalan tu bole dtuju semua org islam samada dia tabligh atau pas atau org biasa…kalau kita tanya dorg seperti itu ibarat kita sengaja mencari kesalahan mrk dan seolh2 kita ni malaikat yg bersih dri dosa walaupun solat pun suka tinggal2… korg mungkin suke bertaubat bila usia dah tua atau azab Allah sedg menimpa anda..t api mrk sedg pebetulkan diri mrk drpd skrg tanpa tunggu kiamat.. walaupun korg bertaubat waktu melihat bala sedg mnimpa kemudian korg mati…bolehkah korg bandingkan amalan korg dgn mrk yg sudah lama beramal??cube fikir.. Allah maha pengasih tp setidk2 nya kita kena sedar yg hri2 kite bnyk wat dosa
Sulhan Putera : Allah bnyak ubah diri saya mnjadi lebih baik lebih sopan, lebih bijak dlm berkomunikasi, dan bnyak Allah bri ilmu agama asbab usaha yg di sebut2 jemaah tabhligh … Blom kenal blom tau…
Que Han : gua respect jemaah tabligh.. dunia dah nk rosak disbbkn nafsu2 manusia.. tetapi mereka (tadbligh) berjaya mengimbangi dunia ini dari orang2 yg rakus.
Faizal Miqael : Member2 sy ramai yg kluar tabligh sampai 4 bulan pegi ke india,pakistan dan banglades,peaarh.. balik malaysia alhamdulillah,sejuk mata,hati tengok perubahan beliau.
Yarn Marziana Sali : syukran dear Marzila Muhammad tag akak…tu lah pengalaman akak bersama isteri jemaah tabligh, (masturat),… subhanallah, sprt baru memeluk islam… baru kenal diri, baru kenal Allah.. malu sgt2, baru perasan diri ini sebenarnya sombong… itu sbb melengahkan taubat… Allahu…. Ampunkanlah segala dosa2 sy dan semua org Islam
Luqman Hafizi : Tabligh ni bgos sbnrnya,dia menyampaikan dakwah dri stu rumah ke stu rmah…kdng2 jumpa kat masjid..dia cerita psl sejarah nabi2 kita…mcm2 dia cerita psl agama..xbosan mendengar
Nelviana Nelviana : Adik,kakak dan kakak saudara sy orang jamaah tabliq.mereka sangat kuat mengerjakan sunah Rassulullah.Saw.Suatu saat sy juga berharap supaya sy di beri Hidayah oleh Allah menjadi seperti mereka yg menutup seluruh aurat n mengerjakan sunah2 Rassul.
Ku Kau : ak pnh ikut rmbngon p tabligh 3 hari mse umor 12thun…ada 1 hari tu p ajak org y tua y tgh mnyangkul tanah p masjid dgr taklim..tibe2 jer die naik angin myb die pantang ngn org tabligh..nasib baik xkena cangkul.pdhal budak2 je pn..jgn xpercaya klu ada sesetengah org y pantang nmpk org tbligh mula sumpah seranah
Semuga ALLAH terus limpahkan taufiq dan hidayah kepada kita dan keluarga serta anak cucu cicit dan keturunan sehingga hari kiamat untuk terus bertauhid kepada Tuhan yang satu …. ALLAH SWT dengan mengikut cara hidup yang telah ditunjukkan oleh RASULULLAH SAW.
127 Comments
Alhamdulillah.. lepas baca entri Tuan denaihati ni, baru teman dapat sedikit gambaran tentang jemaah tabligh ni.. jujur teman katakan yang teman sebelum ini pun emmandang serong gakl pada jemaah tabligh.. bukan menghina mereka atau membenci mereka tetapi disebabkan tidak mendalami apa tujuan sebenar jemaah tabligh ni dulu.. kebetulan pula pada masa yang sama.. sahabat teman yang juga berkahwin dengan lelaki yang kemudiannya meninggalkan dia dan anak2 terkontang kanting.. si isteri berpenat lelah membesarkan 2 orang anak.. tanpa nafkah dari si bapa.. dan sejak itu telah memberi pandangan negatif teman tentang jemaah tabligh ini..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Sinopsis Filem Dendam Orang Mati
Semoga ramai tidak lagi pandang serong dengan jemaah tabligh ni.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kenali mereka dahulu.. kemudian kita akan tahu bertapa mereka ini adalah insan insan yg terpilih
Jemaah tabligh ni bagi saya tiada masalahnya… Ianya salah satu dari cara untuk berdakwah. mungkin segelintir yang bermasalah telah menyebabkan mereka dipandang serong. Selagi mereka mengikut segala tanggungjawab dan berpandukan ajaran al-quran dan sunnah… Oklah tu!
Siapalah kita yg layak menilai mereka sedangkan kita juga belum tentu lulus pabila dinilai oleh Allah swt.
Curahan rasa BM @ ..Keselesaan Itu Nikmat Tetapi Juga Ujian
Jemaah tabligh nih ok jer sebenarnya. Cuma mungkin ada segelintir yang join tabligh ni buat hal.
Samalah kesnya macam Islam.
Orang Islam sendiri yang mencemar kesucian islam.
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Kelas Facebook & Blog Edisi Kuala Kangsar
Kadangkala, punca sikap negatif orang kita kepada para jemaah tabligh ini adalah berdasarkan cerita para mereka yang lebih tua,benda ni mempengaruhi yang muda sehinggakan ada dikalangan anak muda hari ini begitu negatif dengan jemaah tabligh
Curahan rasa ishak @ ..Kenali Wanita Melayu Paling Berpengaruh Di Dunia
memang tidak dinafikan, akak pun dulu dulu dulu agak negatif dengan orang2 tabligh, betul kata admin, mungkin ianya disebabkan nila setitik, tapi bila dah kenal dengan mereka baik lelaki atau pun perempuan dan pernah mengikuti majlis ta’lim, memang best dan terasa sangat2 betapa lah terlalu sedikitnya ilmu yang akak ada
saya pun heran sejak dulu lagi memang masyarakat berikan pandangan negatif kepada golongan tabligh..walhal mereka ok je.
bisras saya tabligh, alhamdulillah ok je…
Curahan rasa maria @ ..Sperma Cair VS Sperma Pekat
Ingat lagi pernah didatangi beberapa orang lelaki tabligh yang meminta abang-abang saya ke surau berdekatan rumah kami. Punya la negatif dengan tabligh ni sampai saya sanggup menyorok, diam kaku dan tak menyahut.
Ada juga rakan yang ditinggalkan suami berbulan bintang kerana menyertai tabligh ni. Jadi mind set saya masih gagal diubah.
Semoga mereka berada dilandasan yang benar.
Curahan rasa Nurhalawa Md Yusof @ ..Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat Lagi Berkesan
bayangkan…kalau kita sendiri pun belum tentu kuat nak ajak org ke surau atau masjid.. walhal itu kewajipan kita tu utk mengajak ke arah mengimarahkan masjid
orang kita selalu fikiran negatif tentang sesuatu perkara walaupun tak pernah mengetahui perkara sebenar..
Hanya dengar dari mulut kawan.. Terus blacklist… dalam setandang pisang bukan semuanya busuk..
Curahan rasa fazrol @ ..jom pergi Mom & Baby Expo di Mid Valley!
benar tu kalu tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. fikir sejenak
Nak buat kerja Allah bukannya senang. Nabi juga dulu susah dan dihina untuk mengembangkan Islam. Pernah juga nampak orang tabligh naik kapal terbang sama, memula takut macam nampak pengganas tetapi bila difikirkan mereka menjalankan amanah Allah yang sepatutnya di bahu kita, terus diriku insaf. Allah..
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..TIPS KECANTIKAN WANITA SECARA SEMULAJADI
betul tu dulu zaman sahabat bukan main susah nak berdakwah. Kita sekarang ni dah selesa tak mahu buat pula.
Sebagai seorang pendakwah memang apa jua yang kita lakukan akan dinilai oleh masyarakat. Jika akhlak segelintir dalam kalangan kita teruk, biasalah masyarakat akan anggap semuanya sama. Inilah cabaran dan tribulasi dalam berdakwah. Tutur kata dan akhlak perlu seiring. Bukan nilaian manusia yang penting tetapi nilaian Allah lebih utama.
Curahan rasa ummi naimie @ ..ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) : MANFAATNYA KEPADA KITA
Saya pernah menyertai jemaah tabligh. Saya ada ramai kawan yang aktif dalam dakwah jemaah tabligh. Ada antara mereka wartawan, peguam, jurutera, pemilik syarikat, peniaga … sedar tak sedar .. mereka antara kawan yang selalu berhubung walaupun dah berjauhan. Mereka juga tak sombong dan mereka paling mudah hulurkan bantuan jika nak banding dengan rakan2 lain yang saya kenal.
Mereka banyak bantu saya dalam hidup, dan ajari diri untuk sabar terima tohmahan dan kejian.
Saya pernah ke masjlid seri petaling, yang jadi markas tabligh di Malaysia ni … masuk je perkarangan masjid ni .. hati kita sudah ada rasa kelainan bila nampak ramai jemaah di situ serba putih sedang menelaah dan berkongsi ilmu akhirat.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
yup suasana yg begitu mendamaikan bila bersama jemaah. susah nak digambarkan
Orang mahu berdakwah, adakalanya tak semua yang boleh terima segala apa yang mereka dakwahkan.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari fitnah manusia yang kini sudah mula berleluasa.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Tabligh adalah Jemaah dakwah dan dakwah yang dibawanya adalah salah satu cara dalam mengembangkan Islam. Jika tidak sanggup buat apa yang mereka buat, janganlah dikutuk dan dikata macam-macam sebelum mengetahui perkara sebenar. Bila ada yang buat salah, yang bersalah adalah orangnya. Bukan Jemaah dan cara dakwahnya.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Mati Tapi Masih Hidup
Benar. Ramai orang suka cakap2 sebelum sempat kenal mereka ni. Mereka yang cakap2 ni tak pernah pun join jemaah tabligh…. walau hanya sehari, walau hanya keluar 3 hari.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
banyak ilmu lmu yang masih terletak pada mereka mereka ini.
Amin. Tabligh memang diperlukan untuk mengingatkan kita sentiasa lupa.
Tak salah untuk mereka mengingatkan kita
Semoga kita semua sentiasa di landasan Nya Amin
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Promosi Vitamin C Shaklee Hanya Untuk Hari Ini Sahaja!
yup tugas yg harus dipikul bersama sama oleh seluruh umat islam sebenarnya bukan hanya pada kumpulan tertentu sahaja.
Comments are closed.