Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai yang memberi berbagai komen apabila entri “Jemaah Tabligh tercemar akibat nila setitik” dikongsikan di facebook. Yang tidak suka memberi komen negatif sehingga ada yang kata Jemaah tabligh kaki seks dan tidak kurang juga ramai yang berkongsi pengalaman. Kerja dakwah memang kerja susah sedangkan Rasulullah SAW pun melalui berbagai kesusahan jadi jemaah tabligh jangan bersedih apabila dihina dikeji. Daripada 73 golongan manusia hanya satu golongan sahaja yang akan masuk Syurga jadi itu gambaran betapa ramainya yang akan menentang usaha dakwah dari yang menyokong.
Mungkin ramai orang biasa yang memandang negatif kepada Jemaah Tabligh tetapi tidak kepada pemimpin parti politik apabila hampir semua ketua parti politik Islam mendekat dan menziarahi jemaah tabligh kerana meraka tidak berpihak kepada mana-mana parti.
Sebenarnya ramai yang menyokong perjuangan dan usaha jemaah tabligh walaupun mereka tidak aktif bersama jemaah tabligh. Berikut antara komen daripada sahabat kita :
Umi Zaki : Ini pengalaman saya , dulu saya pun tak suka pada orang tabligh. Kalau dulu masa belum khawin nampak sahaja jemaah tabligh lalu dihadapah rumah (masa tu mereka tak pergi rumah saya kerana dah tahu tak ada lelaki dalam rumah tu) terus tutup pintu tapi diam diam kami intai melalui tingkap nak tahulah katakan. Bila naik kat pasar MPKB yang lama tu (sekarang telah dirobohkan) saya takut sangat nak lalu ikut lorong orang tabligh. Terus ajak kawan melalui lorong lain. Tapi akhirnya kerja Allah Taala semuanya. Saya bertemu jodoh dengan orang tabligh. Bila dah tahu dia orang tabligh kakak saya usik saya, nanti kau bila khwin dengan orang tabligh kena tinggal lepas tu tak beri belanja dan byk lagi kata-kata yang negetif. Tapi nak buat macam mana itu dah takdir Allah kerana sebelum tu saya dah istikarah dan buat solat hajat supaya Allah beri jodoh yang terbaik. Banyak tomohan yang dilemparkan pada jemaah tabligh salah satunya jemaah tak berpolitik dan sebagainya. Dipendekkan cerita wahai mereka di luar sana janganlah menyebarkan cerita yang bukan-bukan kalau kita tak buat kajian betul-betul. Jemaah tabligh sanggup korban harta sendiri untuk keluar 3hari, 40hari dan 4bln tanpa nak kelim balik duit dari sesiapa pun. Mereka buat kerana Allah Dan menambah baik iman sendiri bukan kerana nak nama atau sebutan ramai hanya Allah yang tahu. Maaf andai kata yang saya tulis ni mencuit hati sahabat2 di luar sana.
Sutera Rindu : Sebenarnya jemaah tabligh ada adab2 nya sebelum keluar 1 1/2 hari..3 hari ..15 hari..4 bulan. ..mereka telah pun sempurna tangungjwp mereka dahulu..supaya tidak mendatangkan beban kpd yg di tinggalkan. jika pelajar. .mereka keluar ketika cuti sahaja.. jika yg telah berumahtanngga mereka pastikan ahli keluarga cukup kelengkapan selama yg di tinggalkan. …dan tugas mereka hanya mempelawa umat islam utk berjemaah. menghidupkan surau2 dan masjid2..berkongsi tentang fadilat amal.. sunnah rasuluallah. .tetapi masyarakt sentiasa memandang sinis kpd mereka..mengangap mereka org2 yg tidak berjaya.. tidak berkerja.. apa salahnya jika meninggal kan segala urusan dunia buat seketika selama 3 hari mencari pengalaman dan perjuangan tentang agama.. tak rugi merasai apa yg mereka perjuangan. ..selepas itu barulah kita berhak utk bersuara kerana berdasarkan pengalaman.
Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat)” – Surah At-Taubah ayat 2
Muhammad Zaim : Bapa saya ketika menuntut di university roommatenya adalah seorang tabligh. Menurut bapa dia seorang yg baik dan sering mengajak bapa ke majlis agama. Mula mula bapa pun ada tanggapan salah terhadap tabligh ni tapi lama lama suka dan kerana niat utama mereka adalah mengajak kita kpd agama. Mereka tidak menolak dunia dan akhirat diutamakan. Tak silap saya Bapa tabligh pada ketika itu berkerja sebagai setiausaha pertama di kedutaan malaysia di holland. Bila dia kesana masa cuti dia melawat ayahnya di sana. Bila pulang sentiasa berikan cenderahati utk bapa. Kesimpulannya jgn dihina mereka ni walaupun kita tidak suka cara mereka berdakwah
Mutiara Qaseh : syazwan memg btul.mrk yg tak pernah ikut tabligh mrk tak akan faham… bila mrk ikut barulah mrk akan rasa hidayah tu… bila kite sertai mrk, kite mst nk gandakan amalan lagi… lg satu jgn pertikaikan niat dakwah mrk utk syurga ke apa.. tapi klu kita yg bukan tabligh ni tiba2 org tanya.. ko solat untuk syurga ke nak riya?? soalan tu bole dtuju semua org islam samada dia tabligh atau pas atau org biasa…kalau kita tanya dorg seperti itu ibarat kita sengaja mencari kesalahan mrk dan seolh2 kita ni malaikat yg bersih dri dosa walaupun solat pun suka tinggal2… korg mungkin suke bertaubat bila usia dah tua atau azab Allah sedg menimpa anda..t api mrk sedg pebetulkan diri mrk drpd skrg tanpa tunggu kiamat.. walaupun korg bertaubat waktu melihat bala sedg mnimpa kemudian korg mati…bolehkah korg bandingkan amalan korg dgn mrk yg sudah lama beramal??cube fikir.. Allah maha pengasih tp setidk2 nya kita kena sedar yg hri2 kite bnyk wat dosa
Sulhan Putera : Allah bnyak ubah diri saya mnjadi lebih baik lebih sopan, lebih bijak dlm berkomunikasi, dan bnyak Allah bri ilmu agama asbab usaha yg di sebut2 jemaah tabhligh … Blom kenal blom tau…
Que Han : gua respect jemaah tabligh.. dunia dah nk rosak disbbkn nafsu2 manusia.. tetapi mereka (tadbligh) berjaya mengimbangi dunia ini dari orang2 yg rakus.
Faizal Miqael : Member2 sy ramai yg kluar tabligh sampai 4 bulan pegi ke india,pakistan dan banglades,peaarh.. balik malaysia alhamdulillah,sejuk mata,hati tengok perubahan beliau.
Yarn Marziana Sali : syukran dear Marzila Muhammad tag akak…tu lah pengalaman akak bersama isteri jemaah tabligh, (masturat),… subhanallah, sprt baru memeluk islam… baru kenal diri, baru kenal Allah.. malu sgt2, baru perasan diri ini sebenarnya sombong… itu sbb melengahkan taubat… Allahu…. Ampunkanlah segala dosa2 sy dan semua org Islam
Luqman Hafizi : Tabligh ni bgos sbnrnya,dia menyampaikan dakwah dri stu rumah ke stu rmah…kdng2 jumpa kat masjid..dia cerita psl sejarah nabi2 kita…mcm2 dia cerita psl agama..xbosan mendengar
Nelviana Nelviana : Adik,kakak dan kakak saudara sy orang jamaah tabliq.mereka sangat kuat mengerjakan sunah Rassulullah.Saw.Suatu saat sy juga berharap supaya sy di beri Hidayah oleh Allah menjadi seperti mereka yg menutup seluruh aurat n mengerjakan sunah2 Rassul.
Ku Kau : ak pnh ikut rmbngon p tabligh 3 hari mse umor 12thun…ada 1 hari tu p ajak org y tua y tgh mnyangkul tanah p masjid dgr taklim..tibe2 jer die naik angin myb die pantang ngn org tabligh..nasib baik xkena cangkul.pdhal budak2 je pn..jgn xpercaya klu ada sesetengah org y pantang nmpk org tbligh mula sumpah seranah
Semuga ALLAH terus limpahkan taufiq dan hidayah kepada kita dan keluarga serta anak cucu cicit dan keturunan sehingga hari kiamat untuk terus bertauhid kepada Tuhan yang satu …. ALLAH SWT dengan mengikut cara hidup yang telah ditunjukkan oleh RASULULLAH SAW.
127 Comments
pernah ikut.
memang seronok gak.
Banyak benda boleh belajar yang selama ini kita selalu tak tahu.
Curahan rasa guliroket @ ..Selangor dah tak layak.
yup mereka ini adalah insan insan yg tidak pernka lokek dangan ilmu pada sesiapa pun
Aamiin… semoga kita dan keturunan kita dileindungiNya… banyak dosa kita selama ni tanpa sedar… masih nak bangga diri… niat orang tabligh sangat mulia untuk ajak kita semua berjemaah tapi diri sendiri masih alpa dengan dunia… subhanallah…
Curahan rasa putributterfly punyablog @ ..Cuti raya haji sambil study
kalau tak da depa yg dok ajak kita… lama lama kita boleh terlupa
Jemaah tabligh menjalankan perintah Allah swt dengan cara dan disiplin yang meraka pelajari dari guru-guru mereka yang majoriti berasal dari india.Pertembungan mazhab,khilaf dan banyak perkara yang kabur memerlukan tafsiran bersandarkan kepada alquran dan hadis yang sahih.Tiada siapa yang benar atau salah,ramai dikalangan ulama syafie hanya menasihatkan supaya berilmu sebelum beribadah disebabkan terdapat beberapa perkara seperti hadis maudu dan kaedah dakwah yang kurang dipersetujui.Perkara ini terlalu kecil dan boleh diperbetulkan daripada membesar-besarkanya.Selagi tabligh menjadi ahli kiblat tiada siapa berhak menidakkan sumbangan mereka terhadap agama Islam.Umat islam seharusnya fokus kepada amar makruf nahi munkar daripada membuang masa berdebat tentang tabligh.
Curahan rasa Dr Salwa @ ..WANITA MENOPAUSE LELAKI JUGA ANDROPAUSE
khilaf ulama adalah satu rahmat sebenarnya buat kita umat islam.
pernah ikut jemaah tabligh..dan cara mereka amat bagus kerana mendidik iman supaya berada dalam tip top..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
fuhhhh… cara mereka melayan kita tu mmg rasa macam dah 10 tahun kenal.
jika tiada lagi golongan ini terfikirkan kita apa yang akan berlaku…semoga golongan yang menperjuangkan agama akan terus mekar dan menyebarkan dan mengajak manusia kearah kebaikan
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Jemaah tabligh merupakan satu usaha dakwah yang murni. Mungkin boleh dilakukan sedikit penambahbaikan, moga orang lebih tertarik. Tengok rancangan Da’i di TV3, penampilan Da’i dicantikkan, sesuai dengan peredaran masa, dan masih mengikut syariat. Wallahu’alam.
Curahan rasa ringantangan @ ..Berlari 21km, Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2014 #SCKLM2014
yup sudah sampai masanya jemaah tabligh ini perlu digrooming… tapi releven ka??
Cara dan pendekatan jemaah tabligh memang bagus. Mengajak orang lain untuk berbakti kepada Allah. Pendapat saya, Tabligh tidak boleh digunapakai untuk kehidupan seharian sebab tabligh itu adlah sifat yang wajib ada pada Nabi Muhammad sedangkan kita adalah manusia biasa berbeza nabi Muhammad SAW yang terpelihara dari dosa.
Mungkin perlu diganti perkataan tabligh itu dengan yang lain. Kalau tidak boleh timbul percanggahan.
sekadar pendapat sahaja.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..5 sebab aku mahu dapatkan review blog percuma dari denaihati dan eizil
sebenarnya tabligh itu dekat dgn kehidupan seharian kita. cth ajak kawan seofis gie surau sama sama itu kan dakwah namanya.
bekas abg ipar sy dahulu, tabligh. sgt low profile orgnya. moga pengembaraan mereka dan dakwah mereka dipermudahkan, dirahmati Allah SWT.
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Peminjam PTPTN Dapat Rebat & Diskaun Bayaran Balik
mmg mereka ini yg sangat low profile… sehingga kita tak sangka yg dia tu pengurus besar syarikat.
Saya secara peribadi sangat menghormati jemaah ini. Kekadang sendiri merasa malu bila berhadapan dengan meraka. Usaha gigih dan berjuang mengajak ummat mengikut sunnah Rasulullah walaupun sering ditohmah dan di pandang serong oleh kebanyakan orang . Yang anehnya golongan yang sering memandang serong jemaah ini adalah saudara-saudara islam kita yang bijak dan pandai bercakap . Walhal dalam banyak aspek kita belum tentu boleh berbuat seperti jemaah ini buat. Semoga Allah membuka hati mereka untuk terbuka menerima dan sentiasa menghormati orang lain. Saya sangat yakin jemaah tabliq ini mampu memberi sumbangan yang besar dalam usaha mengimarahkan masjid jika persepsi umum boleh diubah dan berlapang dada dengan usaha dan kegiatan jemaah ini di masjid mahupun surau. Berganding bahu dan menghormati sesama ummat adalah resepi kejayaan dakwah. Semua pihak ada peranan untuk membangunkan ummat .
moga mereka selalu dibawah lindungan rahmat Allah agar segala galanya dipermudahkan.
Sepatutnya kita jangan hina mereka, mungkin mereka lebih mulia daripada kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Terkini Suku Akhir Kedua 16 Oktober 2014
betul tu tiada siapa tahu kedudukan kita disisi sang pencipta.
Jamaah tu tidak salah, cuma manusia kan sering buat salah.. Tak kiralah jemaah mn pun.. Sume org buat salah.. Tapi Allah maha pengampun.. Jgn sesekali pandang mudah padah rahmat Allah
Curahan rasa Safiya @ ..8 Tips Penting Untuk Elak Rambut Gugur Berterusan Selepas Bersalin
jangan kerana kesilapan individu satu kumpulan itu dihukum pula. siapa kah kita
Semasa saya bersekolah agama dulu.. saya selalu
melihat sahabat2 lelaki keluar mengikut group tabligh
Mereka tidak memilih siapa kamu dari mana kamu
Apa yg mereka lakukan mereka hanya mengajak kamu
kesurau ke masjid memberi sedikit pencerahan dan
sebagainya…
namun kesilapan manusia.. itulah selemah2 manusia
bila berlakunya percampuran ajaran.. sesatlah mereka
dan beelakulah hal2 yg menyalahi agama..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Penawar Asthma Semput sleeping apnea dan pernafasan
betul mereka adalh manusia yg tidak memilih bulu… semua mereka terima.
semoga segala usaha mereka ke arah kebaikan akan di berkati Allah. amin
Curahan rasa siti hazreen @ ..Seminar Antarabangsa Pencegahan Penyalahgunaan Dadah PREVENT 2014
harap harap begitulah… mereka mengisi ruang kekosongan yg perlu ada dalam masyarakat.
sekali sekala ada juga ‘melepak’ dengan geng2 tabligh ni bila ada group diorang singgah di masjid. masalah orang kita ni terlalu suka memberikan persepsi negatif sebelum mengetahui perkara sebenar terlebih dahulu.
Curahan rasa pipoq @ ..Rumah Allah vs Rumah Kita
best kalau dapat lepak lepak dgn depa ni… banyak cerita boleh dapat.
Saya kagum dan hormat dengan mereka. Kalau rombongan mereka datang lalu ketuk pintu, saya terus buka. Memang tugas mereka mengajak berjemaah di surau dan
membuat sefikit penerangan. Hari tu juga saya terus ke surau.
Tapi sejak tinggal kat KL ni kurang pergi solat jemaah, kecuali solat Jumaat. Surau jauh sikit kat rumah, pasal tu tak pergi, solat kat rumah saja.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Terkini Suku Akhir Kedua 16 Oktober 2014
alangkah indah nya kalu semua manusia seperti saudara yg senang diajak kearah kebaikan.
Comments are closed.