Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tips jadikan blog sebagai mall jualan“. Kali ini Abang nak berkongsi nasihat ustaz kepada kawan-kawan yang selalu marah apabila kawan mereka tidak membantu ketika susah.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pasti kita sering membaca kelohan sahabat-sahabat di sosial media terutama apabila dalam kesusahan dan tiada siapa yang sudi membantu. Maka keluarlah ayat “sahabat masa senang ramai tapi sahabat masa susah semua lari”.
Ustaz kata apabila kita rasa gembira, apabila kita rasa sedih, apabila kita inginkan sesuatu yang kecil, apabila kita inginkan sesuatu yang besar, apabila kita ditimpa masalah yang kecil, apabila kita ditimpa masalah yang besar.
Ustaz juga kata apabila kita disanjung orang, apabila kita dibenci orang, apabila kita disihir orang dan apabila kita rasa tiada siapa lagi nak tolong
Jangan berharap pada manusia tetapi mintalah tolong hanya pada TUHAN tidak kira masa bila pun seperti maksud ayat 60 surah Ghafir
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Ustaz akhiri nasihatnya sesungguhnya manusia tiada kuasa yang berkuasa hanya TUHAN maka mintalah bantuan pada NYA dan jangan kecewa kalau doa kita belum diterima sebab kalau tidak dimakbulkan di dunia pasti akan dimakbulkan di akhirat.
Abang hanya tolong sampaikan kata ustaz.
Jangan lupa setiap hari berselawat paling tidak 100x
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
38 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat lah menarik like it now
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
manusia ni boleh tolong bagi nasihat je. tapi cari la manusia yang bagus. jangan cari yang jenis batu api sudah ler
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Tiada Lagi Blogger Zorro
Nasihat dan pandangan manusia tidak semestinya benar, tapi firman Allah SWT adalah yang hak.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Buat RM30 Ribu Dalam 5 Bulan
Kadang-kadang kalau kita mengadu kat kawan yang kita percaya sangat kononnya tu ada yang disampaikan kat kawan-kawan yang lain plak. Pernah terjadi kat saya dulu macam ni. Lebih baik simpan sendiri je suka atau duka kisah hidup kita ni dan biar kita je yang tau…
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017
Pernah terjadi pada fara sendiri… tiada yang mengambil berat lepas kehilangan ibu. Hilang support dari org tersyg… Dr situ fara bangkit usaha dan capai sendiri smpai dpt pegang diploma dengan hasil duit kerja sambilan.. fara xpernh berdendam pd mereka yg fara pernah berkecil hati… Wlpon bru skg fara diterima mereka, fara bersyukur… Sebb fara hidup tidak menyusahkan sesiapa sebb tu semua dri pertolongan Allah SWT…
kekadang kita lupa akan kuasaNYA, ingatan begini bgaus untuk diri dan org lain
Curahan rasa seri @ ..5 Perkara Wajib Buat Ketika Keputihan Semasa Hamil
MINTA PADA MANUSIA KITA AKAN TERHINA, MINTALAH PADA ALLAH, ALLAH AKAN TINGGIKAN DARJAT KITA
Curahan rasa nikrohayu @ ..PROMOSI BATIK COTTON MURAH DAN CANTIK UTK BAJU SEPASANG!!!!!!
Kita adalah makhluk Allah yang paling indah ciptaannya dengan potensi besar. Jika kita tidak capai matlamat hidup, itu bukan salah sesiapa tetapi pilihan yang kita buat setiap saat.
Seperti dalam firman Allah SWT :
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka sendiri bangun mengubah apa yang ada pada diri mereka” (ar-ra’d : 11)
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita untuk menguruskan perubahan. Jangan cepat mengalah. Jangan pernah mengalah. Patah sayap, terbanglah jua. Jika jatuh, jangan terus rebah. Bangkit semula. Biar terhenyak menyembah bumi tetapi tetap tegak berjalan dan berlari walaupun terpaksa bertongkat.
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Tips dan Cara Ringkas Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat
Jika terlalu berharap kepada manusia, kita akan kecewa, betul tak? Sebaik-baik pergantungan dan harapan hanya pada Allah..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Risiko Dan Kesan Ambil Suplemen Untuk Jangka Panjang | Shaklee Landmark Study
Mudah mudahan pembaca blog ini meletakkan harapan dan pertolongan kepada Allah SWT 100 peratus setelah berusaha sedaya upaya..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kahwin Satu Lagi Keperluan Atau Kehendak
Comments are closed.