Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tips jadikan blog sebagai mall jualan“. Kali ini Abang nak berkongsi nasihat ustaz kepada kawan-kawan yang selalu marah apabila kawan mereka tidak membantu ketika susah.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pasti kita sering membaca kelohan sahabat-sahabat di sosial media terutama apabila dalam kesusahan dan tiada siapa yang sudi membantu. Maka keluarlah ayat “sahabat masa senang ramai tapi sahabat masa susah semua lari”.
Ustaz kata apabila kita rasa gembira, apabila kita rasa sedih, apabila kita inginkan sesuatu yang kecil, apabila kita inginkan sesuatu yang besar, apabila kita ditimpa masalah yang kecil, apabila kita ditimpa masalah yang besar.
Ustaz juga kata apabila kita disanjung orang, apabila kita dibenci orang, apabila kita disihir orang dan apabila kita rasa tiada siapa lagi nak tolong
Jangan berharap pada manusia tetapi mintalah tolong hanya pada TUHAN tidak kira masa bila pun seperti maksud ayat 60 surah Ghafir
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Ustaz akhiri nasihatnya sesungguhnya manusia tiada kuasa yang berkuasa hanya TUHAN maka mintalah bantuan pada NYA dan jangan kecewa kalau doa kita belum diterima sebab kalau tidak dimakbulkan di dunia pasti akan dimakbulkan di akhirat.
Abang hanya tolong sampaikan kata ustaz.
Jangan lupa setiap hari berselawat paling tidak 100x
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
38 Comments
Dalam satu kuliah ilmu,
.
Seorang ustaz ada berpesan. Jangan bergantung pada manusia
.
Manusia pasti akan mengecewakan
.
Bergantunglah pada Allah swt. Allah sentiasa ada bersama kita
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Kencing Manis Semasa Mengandung | Cara Elakkan Diebetis GDM
in shaa Allah saya akan amalkan pesanan tersebut..
usahakan sungguh-sungguh dan letakkan tahap keyakinan dan keberantungan 100% kepada Allah SWT..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Selamat Hari Jadi Versus Selamat Hari Meninggal
Segala apa yang terjadi pada kita, segala masalah bebanan yang kita hadapi mahupun kita diuji. Sebenarnya Allah sayang kita. Allah nak kita dekat dengan dia. Kembali pada Dia. Menangis pada Dia.
Allahu
~Ust Ebit Liew …malam tadi dengar live ustaz..tq tuan DH atas ingatan juga
Curahan rasa nurul fatin adiana @ ..Makanan Yang Perlu Dielakkan Ibu Berpantang
menangis kepada Allah SWT memang best juga tu…
memang ada manfaat dan mari kita mengamalkannya
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Nak Beli iPad Mini 4 Apple
Sangat Setuju, manusia hanyalah makhluk.
Karena tempat bersandar sebenar-benarnya adalah Allah Sang Maha Pencipta.
Manusia memiliki banyak sekaliketerbatasan, jika kita berharap pada manusia, maka siap-siaplah untuk kecewa….
Betul tu bro, dalam kehidupan ni kalau kita terleka sedikit mula la timbul perasaan riak dan cemburu . Semoga kita sentiasa mengingati Allah S.W.T dengan melakukan solat taubat dan saling memaafkan sesama rakan .
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Sinopsis J Revolusi
setuju sgt, terima kasih atas peringatan. Semoga Allah tetapkan hati kita supaya terus memohon kepadanya…
Curahan rasa Wan Syahida @ ..Phytoestrogen Dalam Soya Penyebab Kanser?
terima kasih tuan atas peringatan ni..dlm tak sedar, terdetik gak keluhan sebegini..semoga selepas ni kita menjadi yg lebih baik.
Saya setuju. Sebab itu bila susah saya malas nak susahkan orang lain. Mintak tolong pada pencipta kita je.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Adakah Bagasi Kabin Airasia 7 Kg Percuma Mencukupi ?
Betul juga tu.. jangan bersandar pada manusia..
manusia tidak konsisten.. ada yang baik dan ada yang sebaliknya..
wallahualam.. kena tengok dan nilai diri sendiri juga
Curahan rasa zool @ ..Team Building di Nur Lembah Pangsun, Ulu Langat kelolaan Petaminda Academy
Kita selalu leka akan apa yang kita nikmati atau musibah semuanya datang dari ALLAH
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
ya… hidup di muka bumi ini tidak lepas dari musibah. musibah telah ditakdirkan oleh Allah Ta’ala untuk bumi dan ada hikmahnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kuasa landing page produk bukan saja menjual juga dijual
Sama-samalah kita mencari redha Allah SWT semoga setiap tindakan dan amal kita diberkatiNYA. InsyaAllah hidup kita juga akan tenang dan berjaya.
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Balung Herbal Teh
amin ya rabbal alamin. semoga setiap tindakan kita dan amal kita mendapat keredhaanya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips selesaikan masalah dan berjaya dalam hidup
Redha manusia tidak membawa ke mana-mana, redha Allah membawa ke syurga.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19
itu yang paling penting, hadith nabi :
“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.”
Hadith tersebut adalah hadith sahih di dalam Sunan at-Tirmizi. Iaitu ketika Mu’awiyah meminta wasiat kepada isteri Baginda, Aisyah dan lalu ‘Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda seperti hadith di atas.
Kesimpulan hadith : Utamakan redha Allah daripada redha manusia.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips jadikan blog sebagai mall jualan
terima kasih tuan kerana sudi untuk berkongsikan info yang amat menarik ini..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Selamat Hari Jadi Versus Selamat Hari Meninggal
jangan pula takut kepada manusia..sebaliknya takut kepada Allah SWT sahaja..
kebenaranya memang ada kat situ
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Ilmu Dari Balai Polis Kota Samarahan
Takut kepada Allah adalah sifat orang yang bertaqwa, juga merupakan bukti imannya kepada Allah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Semakan keputusan SPM 2016 secara online
Yalah tuan..
Nak membentuk iman dan takwa perlukan usaha dan iktikad yang kuat..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..10 Tip Usahawan Dari Tony Fernandez
ya betul tu, jangan la terlalu berharap dan meminta kepada manusia, dan jangan pula ada yang tersimpang dengan meminta dari ‘makhluk lain’ ciptaa Nya pula
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Acara Ujian Dan Proses Persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018
sebagai peringatan sesama kita, takut-takut terlepas pandang atau tak sedar.
Curahan rasa Denaihati @ ..Semakan keputusan SPM 2016 secara online
Comments are closed.