Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pejam celik peperiksaan UPSR sudah di depan mata. 21-23 September 2010 anak-anak tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR (mungkinkah yang terakhir?) dan tidak ketinggalan anak aku yang kedua kakak. Berbagai pesiapan telak dilakukan dan sekarang yang penting adalah menjaga kesihatan supaya dapat menduduki peperiksaan dengan sihat dan segar. Jangan gelabah dan gementar kerana ianya akan menyebabkan semua jadi kacau bilau.
Berikut adalah jadual peperiksaan UPSR 2010 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selasa (21/9/2010)
1. 8.15 am – 9.05 am : Bahasa Melayu Pemahaman (Objektif aneka pilihan)
2. 9.45am – 11.00 am : Bahasa Melayu Penulisan (Subjektif)
3. 11.45 am – 12.25 pm : Matematik Kertas 2 (Subjektif)
Rabu (22/9/2010)
1. 8.15 am – 9.15 am : Matematik Kertas 1 (Objektif aneka pilihan)
Khamis (23/9/2010)
1. 8.15 am – 9.30 am : Sains (Soalan aneka pilihan dan Subjektif)
2. 10.15 am – 11.05 am : Bahasa Inggeris Kertas 1 (Objektif aneka pilihan)
3. 11.45 am – 1.00 pm : Bahasa Inggeris Kertas 2 (Subjektif)
4. 2.15 pm – 3.45 pm : Ujian Aptitud Tahun Enam (Objektif aneka pilihan)
Peringatan untuk calon peperiksaan :
1. Calon hendaklah berada di tempat duduk dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
2. Calon hendaklah meletakkan Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan atau Borang Perakuan Calon Peperiksaan UPSR atau Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada Pengetua/Guru Besar. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.
3. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.
4. Calon dikehendaki menggunakan pensel 2B atau BB sahaja.
5. Calon hanya boleh menggunakan getah pemadan jenis lembut sahaja.
Bila peperiksaan besar sebegini selalunya ibubapa lebih panik daripada anak-anak. Jangan panik tetapi cuba usaha sesuatu bagi membantu anak jadi lebih tenang antaranya. Berikut tips persediaan ibubapa untuk anak-anak yang menduduki peperiksaan UPSR.
1. Solat hajat kerana doa ibubapa lebih afdal berbanding doa iman, bilal dan guru-guru.
2. Baca Yassin setelah solat suboh dan hadiahkan untuk anak kita yang akanmenghadapi peperiksaa.
3. Puasa sunat untuk mengiringi anak yang sedang menjawap peperiksaan.
4. Banyakan infaq dan sedekah walau sedikit mana sekali pun.
5. Pastikan anak-anak tidur awal sebelum jam 11.00 pm.
Selamat menduduki peperiksaan UPSR untuk semua calon dan semuga berjaya mendapat 5A dengan izin Allah. Doa aku untuk Kakak semuga Allah permudahkan dan berjaya mendapat 5A. Seandainya ada yang gagal menjawap jangan kecewa kerana ini bukan akhir kehidupan tetapi permulaan suatu perjalanan yang jauh.
[ad#Mangga 300]
127 Comments
selamat malam semua wah lama tak menampakkan diri disini
Selamat malam juga buat Bro Munir.. moga sihat yah.. lama saja tidak nampak.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
Selamat pagi,… sehari kemarin nggak sempat mampir.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Sulawesi Barat Diusulkan Jadi Alternatif Ibukota RI
Pagi bro.. yer la.. kalau tak sempat mampir hari ni pun nanti boleh juga mampir.
Curahan rasa Steward John @ ..Rumah Kedua
tips yang berguna
Ba Donny bila lagi giliran kau ni? hehehehe.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
Terkenang kenangan semasa amik exam kat skolah masa kecik2 dulu..hehe 🙂 Harap2 keputusan tahun ni meningkat lagi. Amin!
Curahan rasa dedoku @ ..Panduan Bagaimana Menggunakan Thermal Paste
Itu yang kita harapkan kepada calon2 setiap tahun.. semoga ada peningkatan peratusan kejayaan score straight A.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
tahun makin tahun,pencapaian anak2 upsr makin membanggakan..patut lah mcm nk hapus je upsr ni..hahah bagi yang olebih mencabar
Curahan rasa SuaraPeople @ ..UPDATE Kontest Anda Tulis!!!! Anda Menang!!!!
Entah la.. samada anak dah semakin pandai ker ujian bertambah senang?
Curahan rasa Steward John @ ..Winner of the Amazing Race Asia Season 4
Harap2 Grednya turun! Kalau gred turun senang lah dapat A! utk pmr lah hehe.
Kalau macam tu kurang cabaran. Kalau gred tinggi, mesti memotivasikan pelajar untuk bekerja keras.
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
semoga berjaya kepada semua calon
Betul tu.. sekarang ni kita kena doakan pulak calom PMR dan SPM ni
Curahan rasa Steward John @ ..Good luck to PMR and SPM Candidates
Semoga beroleh kejayaan cemerlang untuk semua calun UPSR. Amin!
Curahan rasa skool @ ..Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis PMR 2010
Kita harapkan ramai yang dapat Straight A kali ni..
harapan kita semua semoga saja seperti itu bro..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Sulawesi Barat Diusulkan Jadi Alternatif Ibukota RI
Semua bisa berjaya mendapatkan nilai yang sempurna, terutama anak Bro DH .
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Sulawesi Barat Diusulkan Jadi Alternatif Ibukota RI
Betul tu.. saya mau tengok juga peratusan yang dapat keputusan cemerlang tahun ni meningkat.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
Sudah tentu tu.. kita seharusnya mau melihat adik2 kita berjaya juga.
yaa mmg best tgk orang yang berjaya..rasa macam nk berjaya jugaaa
Curahan rasa SuaraPeople @ ..UPDATE Kontest Anda Tulis!!!! Anda Menang!!!!
Tu la.. rasa macam nak balik lagi zaman peperikaan sekolah menengah kan.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Winner of the Amazing Race Asia Season 4
good luck kepada semua calon UPSR…
tips tu nanti akan aye baca… anak2 aye lambat lagi … ntah2 masa tu upsr dah takder…
Curahan rasa yangbaik @ ..Maher Zain – Baraka allahu lakuma ماهر زين – بارك الله لكــما
Hehee… entah kalau peperiksaan seperti ni akan dimansuhkan.. atau dipertingkatkan lagi.
UPSR pun penting juga selain PMR dan SPM.
Curahan rasa Masa DAH Time @ ..Puting Beliung melanda Amerika
Yer… sebab benda ni nak tengok prestasi kita bagimana.. samada layak ker tak masuk sekolah menengah
Curahan rasa Steward John @ ..Good luck to PMR and SPM Candidates
Semoga semua yang menduduki UPSR ini akan dipermudahkan, dan kepada ibu bapa, seperti kata bro denaihati, jangan panik… nanti budak tak panik jadi panik pulak.
Makan minum mereka juga perlu di jaga, supaya kesihatan sentiasa di dalam keadaan yang terbaik, insyaALLAH
Curahan rasa Eizil @ ..Bagaimana mencuci dakwat marker di pakaian
gudluck kpd yg ambik UPSR!
Curahan rasa NICK IRFAN @ ..NICK DAN HANTU-HANTU 1 MALAM DI HOSPITAL siri 10episod 94
Dan juga calon PMR dan SPM.. Dorang ni sekejap lagi nak menduduki peperiksaan tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Good luck to PMR and SPM Candidates
Yap kami dah habis ambik PMR 🙂 kena tunggu result!
Keputusan sudah diumumkan. Diharapkan agar Farid dapat keputusan cemerlang.
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
Selamat berjaya kepada semua calon UPSR.. semoga menjawab dengan yakin
Curahan rasa kulanz @ ..Innity diserang malware
semoga semua calon berjaya jawab dengan penuh yakin 😀
Curahan rasa etomyam @ ..Selepas 20 Tahun
Lepas ni kena doakan pulak untuk adik2 kita yang bakal menduduki SPM.
Bukan setakat adik-adik tapi juga anak-anak kita kelak.
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
ya keyakinan perlu ada untuk menjawab soalan soalan exam yaa..harap smuanya berjaya
Curahan rasa SuaraPeople @ ..UPDATE Kontest Anda Tulis!!!! Anda Menang!!!!
Kalau musim saya dulu, tak cukup masa, kena la tutup mata jer menjawab.. haa.. nasib baik masih lulus juga.
Curahan rasa Steward John @ ..Winner of the Amazing Race Asia Season 4
anak yg pertama dah ambik upsr thn lepas, tunggu turn anak ke-2 amik thn depan, apa2hal selamat menghadapi peperiksaan upsr..tip utk saat akhir – elakkan berbincang dgn kengkawan utk satu2 subjek, cukup sekadar rujuk nota2 shj…
Kalau time PMR dengan SPM pun macam ni juga tips yang saya pernah baca.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
betol tu, takut kepala jadi benggong…:D
Yer la.. manakan tidak pelajar jadi gabrah kalau tahu kawan yang lain terbaca isi lain, yang kita ni tak terbaca, last2 semua hilang dalam kepala.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
Cikgu selalu pesan dekat kami dulu agar tidak membuat semakan selepas setiap kali peperiksaan.
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
yea membuat semakan terakhir amat penting dalam peperiksaan
Curahan rasa suarapeople @ ..Khairul Fahmi- Aimie tangguh tunang
Nak Ucapkan semoga berjaya untuk semua calon UPSR.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
yea alhgamdullilah result kuar aritu ada peningkatan
Curahan rasa suarapeople @ ..Khairul Fahmi- Aimie tangguh tunang
Terima diatas info ini..
Curahan rasa mankuchai @ ..Rayapump brake rosaktips dari mekanik
entry ni juga sesuai untuk saya yg akan menghadapi pmr pada tahun ini..
thanks for sharing 🙂
Curahan rasa zwan @ ..Undian Piala AFF Suzuki 2010
Oh.. Zwan ni Calon bakal menduduki PMR? Saya ucapkan semoga berjaya menjawab peperiksaan dengan jayanya. Belum terlambat untuk mengubah masa depan… buat yang terbaik.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
Harap Zwan dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR baru-baru ni
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
harap dapat keputusan yang mengembirakan 🙂
Curahan rasa suarapeople @ ..Khairul Fahmi- Aimie tangguh tunang
Comments are closed.