Assalamualaikum dan salam 1Dunia, musim Haji datang lagi. Tahniah kepada semua Bakal Jemaah Haji Malaysia yang sudah terpilih untuk menjadi tetamu ALLAH SWT untuk musim haji 2012. Bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana telah memilih anda menjadi salah seorang daripada berjuta tetamu-Nya dari seluruh dunia. Anda dipilih bukan kerana banyak duit, bukan kerana muda, bukan kerana sihat, bukan kerana bertenaga tetapi hanya satu kerana dipilih oleh ALLAH SWT untuk menjadi tetamu NYA. Masih ramai lagi yang sedang menunggu giliran dengan penuh sabar jadi jangan persiakan peluang yang telah diberi oleh ALLAH SWT.
Tabung Haji telah mengumumkan tarikh Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012 :
1. Penerbangan Pergi Pertama : 17 September 2012 (Isnin)
2. Penerbangan Pergi Akhir : 19 Oktober 2012 (Jumaat)
3. Wukuf (9 Zulhijjah) : 25 Oktober 2012 (Khamis)
4. Hari Raya Haji : 26 Oktober 2012 (Jumaat)
5. Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 27, 28 dan 29 Oktober 2012 (Sabtu, Ahad dan Isnin)
6. Penerbangan Balik Pertama : 1 November 2012 (Khamis)
7. Penerbangan Balik Akhir : 29 Disember 2012 (Khamis)
Nota : Tarikh Wukuf akan berubah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Puas dah mencari Jadual Penuh Penerbangan Haji Malaysia 2012 tapi masih belum terjumpa lagi. Di zaman teknologi dimana manusia mencari informasi melalui internet adalah bagus jika Tabung Haji mengambil langkah proaktif dengan menyediakan Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2012 secara online atau semakan secara SMS. Mungkin website ini boleh sedikit sebanyak memberi panduan kepada jemaah haji 2012.
Betulkan niat hanya untuk menjadi tetamu ALLAH SWT menyempurnakan rukun Islam yang ke lima dan bersedia untuk menghadapi berbagai ujian dengan redha tanpa ada keluh kesah. InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin jemaah haji 2012 akan mendapat melaksanakan Haji Akbar.
Rupanya ramai yang kurang selesa dengan tajuk entri Ibadah Haji itu Kusut Masai sehingga ada yang mengirim email dan DM dalam inbox FB. Insyallah akan dijelaskan dalam entri yang akan datang apa maksud Ibadah Haji itu Kusut Masai.
Nota :
1. Jadual Penerbangan Haji ( JPH ) kepada bakal-bakal haji TERPILIH Musim Haji 1433H/2012 telah mula dikeluarkan dan diposkan secara berperingkat-peringkat ke alamat bakal-bakal haji berkaitan. Buat masa ini, JPH hanya diperuntukkan kepada bakal-bakal haji penerbangan peringkat awal sahaja khususnya yang melibatkan KT 01 – KT 19 iaitu untuk tarikh penerbangan daripada 17 – 22 Sept. 2012 sahaja. JPH bakal-bakal haji untuk KT seterusnya mungkin akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat. Hubungi TH terdekat atau melalui talian Tabung Haji Contact Centre (THCC): 03-62071919 untuk maklumat lanjut.
126 Comments
Semoga para jamaah haji yang telah selesai menunaikan kewajiban rukun Islam ke 5 kembali ke tanah air dalam keadaan sehat dan mendapatkan haji mabrur
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendidik Anak Dalam Kandungan
tarikh penerbangan akhir 29 NOVEMBER bukan Disember… typo kot…
tarikh penerbangan akhir 29 NOVEMBER bukan Disember… typo kot…
*penerbangan balik
Jamaah Haji sebagian telah tiba di tanah suci Mekkah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mengapa Muslimah Berjilbab
Tentunya jadwal ini sangat membantu dikalangan jamaah calon haji.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Reinita Arlin Puspita : Putri Pariwisata Indonesia 2012
Insya Allah, moga suatu saat juga saya diberikan kemudahan untuk beribadah kesana.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Reinita Arlin Puspita : Putri Pariwisata Indonesia 2012
Semoga semua jamaah haji mendapatkan haji yang mabrur aamiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Hikmah Keutamaan Haji
harap2 tahun depan dapat pergi.,,,
Curahan rasa Kembara @ ..Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 MRSM 2013
nak pergi jugakkk
Curahan rasa Kembara @ ..Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 MRSM 2013
bila plak turn aku..huhuhuh
Curahan rasa shafwan @ ..Ciri-ciri amalan : 4. Mengambil air mani orang bujang
Bestnya kpd yg terpilih.
Aku dah register 5 tahun lepas tapi giliran lambat lagi.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Penawar Batuk | Petua Orang Tua
Kloter pertama Indonesia telah tiba di Tanah Suci
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Keluhan Ibu Hamil Yang Umum
Termasuk teman yang bertugas sebagai perawat dalam menjalankan tugas sebagai tenaga kesehatan Indonesia di tanah suci telah tiba satu minggu yang lalu
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Keluhan Ibu Hamil Yang Umum
Semoga Mas Ferry juga bisa bertugas kesana nantinya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Reinita Arlin Puspita : Putri Pariwisata Indonesia 2012
agak lama juga tak dengar lagu ‘panggilan haji’ nyanyian al-jawahir kalau tak silap… terus teringat zaman kanak2 dulu… 😉
Curahan rasa yangbaik @ ..Eh! Ada hati
hikmahnya bukan kerana saya seorang tetapi ada lagi … hanya saya termasuk dalam salah satu darinya… jika difikirkan semula sungguh tinggi pengorbanan seorang doktor
Curahan rasa yangbaik @ ..Eh! Ada hati
teringat seorang kawan (doktor) yang bersedih kerana tidak dapat pergi menunaikan haji tahun ini kerana tidak termasuk dalam senarai… terfikir juga ada hikmahnya dan antaranya adalah kerana saya dijangka bersalin dalam bulan haji… so adalah doktor peribadi yang akan menyambut kelahiran baby saya… sungguh terharu… itu semua sudah dijanjikan Allah… Insya Allah, adalah rezekinya untuk ke Mekah tahun hadapan
Curahan rasa yangbaik @ ..Eh! Ada hati
memang bertuah sungguh dapat panggilan dan seruan ke baitullah, bukan semua orang mampu peroleh rahmat sedemikian 🙂
Curahan rasa yangbaik @ ..Eh! Ada hati
semoga jemaah haji kali ini mendapat haji yang mabrur
Curahan rasa yangbaik @ ..Eh! Ada hati
Comments are closed.