Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Rich Snippet – Standard Baru Dalam SEO“ dan “Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?“. Semakin ramai blogger berminat nak buat duit dengan blog mungkin entri ini boleh membantu :
Sebagai blogger personal, biasanya kita tulis blog ikut mood dan topik yang kita suka. Takde orang suruh, takde orang paksa. Semua buat atas kesukaan sendiri. Bebas. Itu yang semua blogger personal mahukan. Bila ada kebebasan, kreativiti dapat berkembang.
Kadang-kadang kebebasan dan ikut suka hati sendiri ni terbawa-bawa bila kita nak cari duit dengan blog. Join ads network dan tunggu je kempen buffered earning (BE) atau CPM masuk. Kalau ada, adalah. Kalau takde, takpelah. Kebebasan tadi memupuk sikap malas dalam diri kita.
Apa yang lebih merugikan, bila kita mempunyai potensi besar dalam bidang blogging ni. Contohnya, ada nama atau trafik yang banyak. Trafik banyak tapi tak dapat income atau kelebihan daripadanya pun takde gunanya.
Banyak syarikat korporat di luar tu sudah sedia maklum dengan kuasa blogger. Namun untuk menjimatkan kos, mereka tak berani nak approach ads network untuk beriklan pada platform blog. Ada yang masih lagi mengekalkan kaedah pengiklanan tradisional dengan beriklan di surat khabar dan tv kerana ada juga yang tidak sedar market melalui pengiklanan bersama blogger ni kadang-kadang lebih luas dan efektif. Ada juga yang takut dengan potensi ini kerana mereka tidak mengetahui hal sebenar.
Jadi sebenarnya agak rugi kalau anda berpotensi tapi tak pandai untuk engage pengiklan secara terus. Kalau dah dapat status anak emas syarikat pengiklanan takpelah, memang akan ada bahagian anda. Kalau tak, memang berputih mata tengok orang lain dapat.
Baru-baru ini saya telah berhubung dengan sebuah syarikat kesihatan dan mencadangkan dengan mereka untuk bekerjasama. Tak susah pun sebenarnya, satu emel yang dihantar telah cukup untuk membuka mata mereka. Sebulan selepas emel tersebut dihantar, sebuah syarikat Public Relation (PR) telah menghubungi saya dengan menawarkan apa yang saya mahukan.
Pada pendapat saya, pengiklanan dengan blogger adalah jauh lebih murah berbanding surat khabar. Orang beli surat khabar untuk baca berita, bukan iklan. Jadi biasanya iklan akan dipandang lalu je. Membaca blog pula adalah percuma. Jadi mereka tak kisah dengan iklan, asalkan ianya tidak menjengkelkan atau terlalu banyak.
Jadi bertindaklah. Mungkin anda boleh berhubung dengan syarikat yang mempunyai produk yang anda suka dan gunakan selalu. Lebih efektif macam tu. Saya lihat kerjasama seperti ini lebih kepada win-win situation berbanding satu hala sahaja.
Jangan syok sendiri dengan income yang kita dapat atau tak dapat. Kalau rasa ada potensi lain, gunakanlah ia sebaik-baiknya.
240 Comments
saya menafikan hehehe
Curahan rasa x lupa dot com @ ..SpongeBob Bertukar Jadi Manusia (3 Gambar)
oh begitu , kita emailkan pada pengiklan ya .. saya pula tunggu pengiklan cr 🙂
Curahan rasa puanbee @ ..Lelaki Kacak Shopping
Bukan News paper..byk penaja..hehe
Curahan rasa x lupa dot com @ ..Kantoi Korek Dalam Selimut Terakam (6 Gambar)
saya juga dah beberapa kali mencoba, tapi selalu ditolak mbak…
Curahan rasa Dadan @ ..KAMSEUPAY istilah baru setelah GALAU
mungkin karena blog saya belum pantas untuk dipasang iklan…
Curahan rasa Dadan @ ..KAMSEUPAY istilah baru setelah GALAU
yer..betul tu..saya sendiri pun hubungi pengiklan..dah dapat dua..tampal kat blog..hehe..walaupun murah…lebih baik ada dari duk tampal nuff jer..hikhik
Curahan rasa x lupa dot com @ ..Kantoi Korek Dalam Selimut Terakam (6 Gambar)
Kekadang kita kena kreatif betul tak.. blog saya masih jauh untuk mengiklan produk tertentu.. tapi kalau denaihati.. memang dah tahap wajib.. 🙂
Curahan rasa myvitrd @ ..Video Mimpi Hisap Susu
Denai hati otai…lain la..hehe
Curahan rasa x lupa dot com @ ..Sebab Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir Letak Jawatan Dari UMNO
hurm..terima kasih atas perkongsian ni.
Curahan rasa BONI @ ..Hari Raya Yang Menjengkelkan
a ar ar ..makasih gak
Curahan rasa x lupa dot com @ ..Seluar Dalam Anti Rogol Dan Liwat
kena pndai tarik pngunjung la lau nk jd blogger nnti
yer..kena pandai cari idea menarik…
Curahan rasa x lupa dot com @ ..Ngeri ! Mata Ditusuk Pedang
memang go to the next level…
Curahan rasa Jones @ ..Biasa Yang Luar Biasa
Sekarang ni ada Projek 100 Bloggers, join projek ni pun bagus juga. bezanya bukan kita approach direct syarikat tu, tapi Broframestone tolong approachkan. 😀
Curahan rasa Sya Isya @ ..LELAKI KACAK BROFRAMESTONE MENCARI BLOGGERS UNTUK PROJEK 100 BLOGGERS
projek ni..mcm x jalan jer…
Curahan rasa x lupa dot com @ ..Mercedes Baru Yang Gempak (30 Gambar)
sebenarnya projek ni lebih besar daripada apa yang kita nampak. tahniah kepada yang dah join
Curahan rasa ariff @ ..Interview Kerja
Saya tidak nafikan kuasa viral pengiklanan yang boleh dilakukan melalui blogging kerana tidak perlu mengeluar kos yang besar untuk mendapatkan agensi pemasaran.
Curahan rasa akubiomed @ ..Proton Power of 1 di Stadium Bukit Jalil
Jika kita berusaha tanpa putus asa, kita akan mencapai apa yang kita hajati. terima kasih DH di atas perkongsian info…
Curahan rasa noorsyamsul @ ..PELUMBA BASIKAL MAUT DEREMPUH KERETA
perkongsian yang menarik… Aya rasa dah ramai blogger yang buat duit dengan cara pengiklanan seperti ni.. inilah salah satu kelebihan untuk blogger…
Curahan rasa Aya @ ..Ganjaran Wang Tunai RM5000 dari BloggerWanita.com
Benar tuh.. tapi harus berani jer ler nak yakinkan mereka untuk
mengiklankan produk tersebut..
Curahan rasa nurmisnan @ ..10 kebaikan minum susu
Terima kasih untuk panduan ayng diberikan ni,win-win situation lebih baik untuk blogger
Curahan rasa wazy @ ..Seminar WordPress Dari Akademi @Denaihati
win win…nak yakinkan jer
Curahan rasa x lupa dot com @ ..Proton Satria Berlumba Dengan Helikopter (Video)
sesuatu yg best ..
sangat best bila masyuk !!
Curahan rasa x lupa dot com @ ..Gila ! Bergusti Dengan Buaya (12 Gambar)
memang pun pernah gak rasa but adv blog utk satu product.. not bad walaupun sket je diorg bayar baru rasanya worth it gak. rasa macam usaha berblogging tu dihargai lah
Curahan rasa Cik Lily Putih @ ..Seronok Jugak Menonton K-Pop SM*SH Mini Showcase @ Bukit Bintang
hehee…mintak dihargai dengan duit
Curahan rasa x lupa dot com @ ..Cara Berikan Kucing Hak Kehidupan Sebenar
Comments are closed.