Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hari yang aku nanti nampaknya dah terlepas. Fenomena Istiwa Kaabah adalah waktu kedudukan matahari tepat di atas Kaabah. Ketika ini matahari dan bumi berada pada kedudukan yang cukup unik, dan sudut yang cukup tepat dan sesuai bagi umat Islam untuk semak arah kiblat kita yang betul. Setiap tahun pada tarikh 28 Mei jam 5.16pm dan 16 Julai jam 5.28pm kecuali untuk tahun lompat pada tarikh 27 Mei jam 5.16pm dan 15 Julai jam 5.28pm waktu berlakunya fenomena Istiwa Matahari di atas Kaabah.
Menjelang tarikh dan masa tersebut, kita hanya perlu bersedia dengan peralatan yang paling ringkas – tongkat atau tiang tegak yang disinari cahaya matahari, dan jam yang telah diselaraskan dengan waktu piawai Malaysia (hubungi talian 1051 untuk membetulkan jam anda). Anda juga boleh menggunakan sisi dinding, tingkap atau pintu yang tegak dan boleh menghasilkan bayang yang lurus. Cara yang lebih lengkap boleh diperolehi di Falak Online dan “Cara Semak Arah Kiblat“.
Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 190-191 yang maksudnya :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal””(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka“
Itulah KEAGUNGAN ALLAH SWT. Selangkah kita mencari ALLAH SWT 10 langkah ALLAH SWT dekat kepada kita. Walaupun terlepas untuk tarikh 28 Mei masih ada sekali peluang iaitu pada 16 Julai jam 5.28pm untuk melihat fenomena istiwa kaabah sambil memeriksa arah kiblat yang tepat.
37 Comments
Terlepas juga info ini. 🙂
Curahan rasa juanita @ ..Saya Seorang Blogger
Tak pe Julai ada peluang lagi
Allahu Akbar…
Curahan rasa wawank @ ..Malam Galau
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal””(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka“
Curahan rasa wawank @ ..Malam Galau
Terlepas jugak..anyway terima kasih atas maklumat yg berguna ni..:-)
Curahan rasa aipena @ ..Boboiboy
terima kasih banyak nih buat informasinya semoga bermanfaat gan , sukses selalu yah
Curahan rasa Obat batu ginjal @ ..Penyakit Jantung Koroner
Terlepas.. hari kerja tarikh tu.. Rasa rugi sangat tak dapat semak kembali arah kiblat saya dengan setepatnya sebab baru pindah ke rumah baru ini.
Curahan rasa Imddin @ ..Lagi foto Perodua Myvi 2011
Terima kasih bro kerana berkongsi pasal ni
Curahan rasa wazy @ ..Mumble less Monday 1- Bersantai Untuk Tenangkan Fikiran
Assalam…
Tunggu tarikh akan datang pulak la…
Masa di kg dulu2 rajin jgk buat benda ni sbb ada byk masa lapang dan juga peralatan. Bila berada di negeri orang, kehidupan berubah sedikit2..
Curahan rasa iza @ ..EAV-BLOG-VER-d1d51ef85c16f7fb Kilang Lynas Di Gebeng
KA baru dapat info disini, selak2 baru jumpa TQ bro DH… 🙂
Curahan rasa Kamarul Azri™ @ ..Cabaran 60 hari, 1,000,000 dalam Alexa Rank
terlepas nak semak..
Ini maklumat baru juga untuk saya. Bagus mendapat informasi dan sekaligus peringatan sebegini. Menyemak ketepatan arah kiblat itu tersirat juga menyemak matalamat kehidupan kita sebagai manusia.
baru tau. terima kasih
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Risiko Kegemukan
thank for share walaupun saya adah terlepas la.
Curahan rasa Ramli @ ..Petua Mencuci Hati
Adoi.. xsempat ukur la…huhuhu
Curahan rasa lAl @ ..Manusia HAMBA MASA!
subhanallah..thx Info na..semoga smua manusia sadar dengan semua ni
Curahan rasa tas wanita @ ..Stelan Ovava Kids – Rp 73-150
yapz…
terima kasih atas infonya,kebetulan saya belum pernah mencoba…
Comments are closed.