Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog keempat yang terpilih adalah blog status PR2 Hans telah mengumpul 1157 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. iPad 2 menjadi impian dan harapan Hans semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Hans kenapa iPad 2 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Assalamualaikum kepada team Denaihati sekalian. Apa–apapun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menganjurkan contest hebat ini. Alhamdulillah saya layak ke pusingan seterusnya selepas jumlah keseluruhan saya melebihi 1000 mata iaitu sebanyak 1181 mata. Walaupun pihak Denaihati memberi keizinan untuk menukar gadget pilihan jika mahu, namun saya tetap memilih iPad 2 sebagai gadget impian saya sehingga kini.
Sebab saya inginkan gadget ini juga sama seperti entri awal penyertaan saya sebelum ini di mana saya memang perlukan sebuah gadget baru bagi menggantikan laptop saya sekarang yang menunggu hari saja untuk rosak. Saya sudah menggunakan laptop jenama Acer lebih 5 tahun lamanya sejak awal pengajian saya di dalam diploma sehingga tamat pengajian saya di dalam ijazah penyiaran di UiTM.
Saya mengaku sememangnya saya tidak mempunyai wang untuk membeli gadget baru. Antara sebab-sebab lain saya mahukan iPad 2 ini ialah:
- Senang untuk dibawa kemana–mana kerana saiznya yang kecil dan tidak seberat laptop dan ia memudahkan saya untuk mengemaskini blog saya.
- Laptop usang saya kini berbunyi sangat kuat seperti mesin rumput dan untuk menghidupkannya memerlukan saya menggunakan pen untuk menekan suis di dalamnya kerana butang ON pada laptop ini sudah rosak. Memang laptop saya ini cuma boleh digunakan di rumah sahaja kerana agak sukar dan memalukan untuk membawa laptop ini keluar. Untuk menghidupkan laptop ini menggunakan pen juga mengambil masa lebih 5 minit dan saya hanya membiarkan laptop saya sekarang dalam keadaan SLEEP sahaja untuk memudahkan saya menghidupkannya.
- Sememangnya bila usia laptop melebihi 3 tahun, maka pelbagai kelengkapannya rosak dan laptop saya yang lebih 5 tahun penggunaan ini pasti juga tidak terkecuali untuk mengalami nasib yang sama. Bateri, Sound, Bluetooth dan USB sudah tidak boleh digunakan lagi manakala skrin laptop dan papan keyboard sedikit rosak.
- Saya juga akan mula bekerja selepas tamat pengajian dan mahu tidak mahu saya terpaksalah menggunakan laptop yang ada. Semoga rezeki saya ada pada contest gadget impian ini.
Jadi, itulah sahaja sebab–sebab saya mahukan gadget impian saya iaitu iPad 2 ini. Bagi saya 99% kehendak saya untuk memiliki gadget ini adalah kerana saya ingin menggunakannya untuk pekerjaan saya bermula Februari ini. Jika saya ditakdirkan terpilih sebagai pemenang, maka Alhamdulillah saya berpeluang untuk menggunakan gadget terkini ini. Secara tidak langsung juga dapat mendekati dan mempelajari teknologi baru dan terkini tanpa tertinggal di belakang.
Semoga saya adalah orang yang bertuah memenangi contest hebat yang dianjurkan oleh team Denaihati dan penaja–penaja contest ini. Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!
Nota :
- Hans diberi masa sehingga 11.59pm, 18/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
1,067 Comments
hope Hans berjaya dan dapat memiliki gadget impian beliau…
terima kasih Ija sebab sudi tinggalkan komen..harap2 pun macam tu la…minta2 la menang..amin
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
Goodluck hans..semoga berjaya memenangi ipad 2..:)
ini kira 7 patah perkataan la kan? good luck tu dua perkataan…yess…thanks bro sudi komen lebih 7 patah kata 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
moga hans berjaya dapat pengganti si’mesin rumput’.. sangatlah sedih lg tragis 😉
Curahan rasa syiela @ ..Si kembar demam pulak
hahaha..insyaallah..harap2 dapat lah ganti ‘mesin rumput’ nih…hehehe…terima kasih kerana sudi membantu 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
Hans memang patut menang ipad2 ini. walaupun saya rasa dia patut impikan samsung galaxy tab 10.1. hahaha
Curahan rasa matjoe @ ..Nak Wang Tunai Lagi?
Sebagai kawan Hans setuju dengan Samsung Galaxy Tab tu.haha ..:P
Curahan rasa qarr @ ..Bosan2x Editing : I Wish I Can Be Like A ROckstar.
heheheh…tahu la ko nak sangat samsung galaxy tab tu kan? hehehe..okay la iPad 2 pun..kan? kan?
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
tak ok..aku rasa galaxy tab lagi bagus dari ipad,,hhaha..tanak kalahh~
Curahan rasa qarr @ ..Bosan2x Artwork : Meet Cik Mah
hahaha…adess..nak tukar dah tak boleh dah…hehehe…tak pa..iPad juga terbaik 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
takpa..aku rasa ko dah wat pilihan yang tepat..nnti jangan mintak ipad je..suh sponser skali die punye cover ipad 2..ahhaa
Curahan rasa qarr @ ..Bosan2x Artwork : Meet Cik Mah
aku nak ipad yang ada 3G ke apa tu…baru best kan? 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Himpunan Kata – Kata Hikmah Hans Hanis Part 4
hehehe…samsung galaxy tab 10.1 lagi best ke? alah…kalau tahu dah minta tukar dah hari tu…hehe..thanks bro sudi bantu saya
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
Yang aku pasti, lepas hang menang contest ni, hang takkan lupa kat aku untuk try menatang tu. Good luck, bro! 🙂
hahaha….mana ada lupa dekat hang…nanti raya mai rumah aku..aku bagi guna sat…tu pun kalau aku menang la…harap2 ada rezeki..amin
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
semoga berjaya hans.. wan mendoakan agar hans mendapat gadget impian hans 2.. 🙂 all the best!
terima kasih wan…harap – harap impian Hans kali nih tercapai…doakan yer! amin!
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
semoga impian hans akan jadi kenyataan…lagipun nampaknya mmg satu keperluan untuk Hans miliki ipad2 tu…Moga Allah bagi rezeki ni pada Hans,Amin Yarabbal’alamin…
terima kasih Mazz kerana sudi membantu dengan meninggalkan komen…yups..memang memerlukan 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
Malam ni aku bermimpi Apple Ipad 2 memang dalam gengaman Hans Hanis..
Macho , Stylor n Awesome beb kalau pakai Ipad 2 ni…
fuhhh… Lepak kat Starbucks @ White Coffe @ Mamak Wifi…
jari jemari dok touch screen… gempak sihh…
siap bleh amik gambar lagi… mmg musim skrg orang amik gambar pakai ipad… walaupun nampak macam pelik jer…
hmm… kalau dah menang boleh lar tukar pakai dengan galaxy aku…
hehehehe…. terbaekkk bro… keep it up’s… 🙂
hehehe…terima kasih bro che armed….harap – harap mimpi anda itu menjadi realiti lah yer…amin 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
semoga ipad 2 jadi milik hans! go hans go!! hehe
Curahan rasa rozeeta @ ..Bila perempuan jadi drifter
YEah! itu lah semangat yang kita mahu! Go Hans Go!
Curahan rasa qarr @ ..Bosan2x Artwork : Meet Cik Mah
heheh..terima kasih qarr…memang semangat la sebab nak menang kan..harap – harap berbaloi 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
saya pun harap camtu..boleh ni..boleh makan ni..hahaha..kan ramai orang support ko..:D
Curahan rasa qarr @ ..Bosan2x Artwork : Meet Cik Mah
hehehe…tu la…terharu juga weh..tak sangka ramai sudi tinggalkan komen
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
terima kasih rozeeta kerana membantu saya…harap2 ipad 2 memang menjadi milik saya lah harapnya
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
Mendoakan impian hans untuk memiliki gajet tu tercapai.. 🙂
terima kasih kepada saudara sazali yusof kerana sudi membantu saya..harap doa kamu dimakbulkan..amin
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
Pilihan gajet yang baik. Sesuai dengan zaman sekarang yang memerlukan kita sentiasa on the go. Hopefully Hanis berjaya memenangi Gadget Impain Hanis….Insyaallah….
terima kasih kepada pesta irama jiwa kerana sudi membantu..harap2 saya berjaya la menang kan..amin
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
Semoga dengan niat yang baik, cita-cita awak akan menjadi kenyataan. Aldabest Hans 😉
Curahan rasa Ibnu Hanaffi @ ..Where?
terima kasih saudara ibnu hanaffi…insyaallah..harap – harap angan – angan ini menjadi kenyataan..amin 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
InsyaAllah..ni bukan angan-angan da hans..ni dah macam depan mata da ni..ni impian..eh..same ke ngan angan2 ?
Curahan rasa qarr @ ..Bosan2x Artwork : Meet Cik Mah
impian dengan angan – angan tu kan sama….kalau dapat tu baru namanya kenyataan..kan? 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
Assalamualaikum.. Semoga Hans dapat apa yang di impikan dan menjadi terus maju dalam apa jua di lakukan. dangan adanya gajet itu insyallah segalanya dipermudahkan~~~~
waaalaikumsalam..terima kasih kembar sudi bantu aku dengan komen dan like segala…terima kasih sangat – sangat tau 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
Hans ni dah melebarkan empayar siap kembar2 dah bawak..mana aci ni…
Curahan rasa qarr @ ..Bosan2x Artwork : Meet Cik Mah
hahahaha…aku tak tahu…dia la kata aku kembar dia…aku iakan jer lah…hehehehe
Curahan rasa Hans @ ..Himpunan Kata – Kata Hikmah Hans Hanis Part 4
memang kembar pun 😛
hehehe…kembar tak seiras dan tak sama mak ayah..kan? hehehe
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
Tahniah Hanis! Anda memang layak untuk terus mendapatkan gajet impian anda. Lagi lagi kerja sebagai seorang Broadcaster memang perlukan tablet ini. Juga, gajet ini akan terus menyemarakkan anda untuk terus menulis 🙂
Curahan rasa Adam Roslan @ ..Penulis Blog di Malaysia Cecah 500,000
terima kasih my junior…promote la dekat budak – budak uitm kelas hang tu..suruh depa bantu aku..hehehe
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
eh..dia junior ko masa kat uitm ke..larr…ni kira macam jejak kasih gak la ni..
Curahan rasa qarr @ ..Bosan2x Artwork : Meet Cik Mah
erkkk…dia junior yang tak junior sangat la..bawah aku 1 sem jer…hahaha….dia pinjam aku punya jam randik
Curahan rasa Hans @ ..Himpunan Kata – Kata Hikmah Hans Hanis Part 4
alhamdulillah..smoga gadget tu jadi milik hans..murah rezeki ko..huhu good luck =)
Curahan rasa naim @ ..Wordless Wednesday #1 Handphone Kesayangan
terima kasih adik naim sudi vote saya…harap – harap rezeki murah la kali nih
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
Comments are closed.