Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah baru-baru ini dapat jemputan daripada Intel Malaysia melawat kilangnya di Pulau Pinang sempena pelancaran produk baru. Ini bukanlah kali pertama menjejaki kaki di kompleks Intel Pulau Pinang kerana 2013 juga berkesempatan pada majlis pelancaran produk yang lain. Rasa sangat berbesar hati kerana aku satu-satunya bukan blogger tech yang dijemput bersama pakar-pakar teknologi yang lain. Khidmat yang diberi oleh Intel Malaysia memang terbaik sedari kaki melangkah masuk ke dalam bas untuk menuju ke Pulau Pinang sehinggalah melangkah keluar balik di KL Sentral.
Kali ini Intel Malaysia melancarkan Compute Stick dan 5th Generation Intel Core Processor yang akan mengubah budaya kehidupan manusia yang lebih mobile. Dunia di hujung jari menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia modern yang semuanya bergantung kepada teknolgi. Intel tanpa disedari hadir dalam semua bahagian kehidupan manusia melalui inovasi chip yang tidak dapat dilihat oleh mata. Jurutera dan pakar inovasi Intel bertungkus lumus bekerja siang dan malam mencipta inovasi baru untuk memudahkan kehidupan manusia. Banyak gajet baru telah menggunakan 5th generation Intel Core Processor antaranya adalah Surface 3 manakala Intel compute stick yang merupakan mini komputer terkecil dunia bakal berada dipasaran beberapa bulan mendatang.
Ramai orang luar melihat kerjaya di syarikat Intel sangat membosankan siang malam hanya bergelumang dengan teknologi. Ramai yang mungkin terkejut apabila mendapati majoriti pekerja tidak berpindah kerja apabila sekali sudah tersangkut di Intel. Majoriti Jurutera yang sudah berkhidmat puluhan tahun dan Intel adalah pekerjaan pertama mereka semenjak melangkah ke dunia pekerjaan. Salah satu rahsia mereka setia adalah kerana budaya semangat kerja berpasukan yang tinggi selain budaya kerja Intel yang sukar diperolehi di tempat lain.
Terima kasih kepada Intel Malaysia kerana sudi membawa aku mengembara kesatu dimensi baru kehidupan. Sesuai dengan tag line “Experience What’s Inside”, Intel telah mengubah dunia dari dalam tanpa disedari ramai manusia. Mengapa kita juga tidak menjadi seperti Intel yang boleh menjadi manusia yang memberi manafaat kepada dunia walaupun tanpa disedari oleh manusia.
63 Comments
cantik je barisan tuan denai hati ilhamku bergambar 🙂
dah lama saya guna intel, dari komputer pertama sampailah guna netbook.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Emel Susulan Untuk Bisnes Simkad
Intel memang peneraju dalam penciptaan CPU. Walaupun banyak jenama lain, intel tetap jadi pilihan,
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
Saya pun mengenali INTEL ni sebab berkaitan dengan pemprosesan komputer…kalau tidak memang tak kenal la apa bendanya INTEL ni,…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Hilangkan Kesan Kotoran TANPA Menggunakan Peluntur!
Mesti ada sesuatu istimewa bila staff mereka tidak melompat bertukar kerja.
Curahan rasa rahimah @ ..29 Tips Penting Sebelum Melancong Ke Luar Negara.
Kawan saya pun ramai yang berkhidmat dengan INTEL ni, dan mereka memang setia pun
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Hilangkan Kesan Kotoran TANPA Menggunakan Peluntur!
tidak dinafikan Intel adalah peneraju dalam bisnes komputer..mereka terus buat inovasi supaya dapat survive dan leading dalam teknologi
Curahan rasa mrhanafi @ ..Nilai Hebat Dari Kadsim Bestmobile
Dah lama intel ni bertapak dalam alam komputer. Pencabar seperti AMD tak mampu untuk bersaing dalam pasaran chip.. cukup gah
Curahan rasa zool @ ..Orang ramai angkat bas selamatkan penunggang basikal
Betul tu. Kalau nak beli notebook atau PC, ramai yang akan pilih Intel. Ingat dedulu Intel pentium II dan III.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..7 Kaedah Mudah Ajar dan Galakkan Anak Bersolat
Sudah pasti peminat jenama INTEL akan menantikan mini komputer terkecil di dunia tetapi amat power dari segi teknologinya. Persainagna yang sihat dalam era teknologi moden.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
INTEL juga terkenal kerana pengeluaran terhadap cip CPU seperti motherboard dan ia juga pengeluar komputer yang hebat dalam teknologinya. Satu era barau dengan mengubah kehidupan manusia menjadi lebih mudah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
intel memang sentiasa memberikan kelainan setiap kali melancarkan produk. rata rata rakyat malaysia memang guna intel
Curahan rasa nikkhazami @ ..CPUV Nuffnang Memang Bermusim
mini komputer terkecil di dunia.. macam best je bunyinya. ramai pengguna setia intel ni. sebab murah dan berkualiti..
Curahan rasa nikkhazami @ ..CPUV Nuffnang Memang Bermusim
Destinasi teknologi yang semakin canggih dan cepat membangun untuk kegunaan manusia sejagat. Semua syarikat termasuk INTEL memang berkejaran antara satu sama lain untuk menghasilkan teknologi untuk kemudahan manusia kini dan akan datang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
Tahian tuan denaihati terpilih untuk mengikuti perkembangan INTEL dan berpeluang untuk mengikuti penjelajahan tenyang teknologi mereka yang terbaru.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
Tanpa teknologi juga, kehidupan kita semakin terkebelakang juga. Oleh itu apa yang Intel lakukan memang terbaik dan harus dipuji dan diikuti walaupun tak terkejar kita mengikutinya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
Intel semakin maju ke depan, tidak terkejar dengan teknologi yang mereka ciptakan. Ia menjadi semakin mudah diguna pakai sekarang ini, hanya di hujung jari sahaja.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
intel semakin lama semakin cangih…tak tekejar kita dngn teknologi..
Curahan rasa Coway Malaysia @ ..Promosi Udara Sihat Keluarga Bahagia – Coway Air Purifier
Comments are closed.