Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menerima jemputan untuk menghadiri majlis dari Intel Malaysia memang tak dapat ditolak bila mengingati Pn Zalinda Zainon yang merupakan PR Manger Intel Malaysia yang merupakan sahabat sekolah Denaihati, boleh baca kisah pertemuan Denaihati dengan dengan sahabatnya di SINI.
Pada 20/5/2013 Intel Malaysia telah melancarkan kempen PC Refresh dipanggil ‘Generation Today‘. Dalam majlis pelancaran ‘Generation Today’ yang dihadiri oleh Team Denaihati hari tu, Norhizam Kadir (National Sales Manager of Intel Malaysia) menyatakan “Hourglass Syndrome” masih berlaku di kalangan pengguna-pengguna PC di Malaysia termasuk serata dunia.
“Hourglass Syndrome” disifatkan sebagai tingkah laku tidak normal oleh pengguna sistem PC lama (Komputer / Laptop). Gejala ini termasuk kerisauan, keresahan yang tidak terkawal dan bertindak spontan melakukan keganasan ke atas PC. PC lama pada masa kini biasanya tidak boleh beroperasi dengan cepat dan pantas seperti apa yang diinginkan oleh pemilik. PC lama yang sering bermasalah akhirnya membawa kepada tekanan dan kekecewaan.
Menurut Norhizam Kadir, data Intel menunjukkan lebih 300 juta komputer seluruh dunia adalah melebihi 4 tahun dan 65 peratus daripadanya adalah ‘bulky desktop‘.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ni terdapat banyak perkembangan menarik dalam teknologi perkomputeran termasuk pengenalan keluarga Intel Core Processor – tak lama lagi berada dalam generasi ke-4 dan Ultrabooks dengan fungsi sentuhan.
Ini adalah masa yang sesuai untuk menaik taraf PC lama yang dah ketinggalan zaman kepada teknologi terkini sesuai dengan gaya hidup masa kini yang serba pantas.
Dalam usaha untuk menggalakkan pengguna Malaysia menaik taraf PC mereka kepada peranti terbaru boleh sentuh yang dikuasakan oleh Intel, Intel Malaysia bersama-sama dengan rakan pembuat PC akan mengadakan roadshow siri jelajah ke 14 bandar di Malaysia di bawah kempen “Generation Today”. Kempen ini yang berlangsung sehingga akhir tahun 2013 bertujuan untuk memperkenalkan kepada pengguna pelbagai pilihan Ultrabook terbaru dengan fungsi boleh sentuh, tablet dan laptop.
Intel Malaysia juga akan menawarkan program ‘trade-in‘ di roadshow yang akan diadakan. Di situ pengguna boleh menebus rebat tunai bernilai sehingga RM300 untuk menukar apa saja jenama PC lama (Intel-based) dengan pembelian PC baru sepanjang tempoh kempen “Generation Today”. Terdapat juga aktiviti-aktiviti dan pertandingan; dan dengan setiap pembelian PC pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai RM8,000.00 semasa kempen berlangsung.
Intel Malaysia berusaha mendapatkan pengguna PC di Malaysia untuk beralih daripada peranti lama mereka. Adalah menjadi harapan Intel Malaysia “Hourglass Syndrome” akan menjadi satu perkara yang telah lalu dengan berakhirnya kempen ini nanti.
Kempen “Generation Today” akan berlangsung pada 22/05/2013 sehingga 31/12/2013. Penyertaan rakan kongsi OEM termasuk Acer, Asus, Dell, HP dan Lenovo. Untuk maklumat lanjut dan senarai lokasi roadshow kempen “Generation Today”, sila layari http://generationtoday.intel.com atau hubungi melalui email [email protected]
39 Comments
harga mesti mahal
belum ada budget untuk ganti yang lama, harap selepas ini bisa ganti yang baru dengan processor intel yang lebih tingg
Curahan rasa munir ardi @ ..Cara Cepat Mendapatkan Tiket Pesawat Murah dan Promo
secara jujur, perisian lama memang buat sakit hati. memang tak pasal2 cpu yang tak besalah kene bedal huhu
Curahan rasa Bidadari @ ..Telatah : Nombor Satu Senget
Dah sampai seru untuk naik taraf komputer dan laptop lama ni..hehe
Curahan rasa wazy @ ..Sekilas Pandang Tentang Ubuntu 13.04 Raring Ringtail
dah pki laptop..skg still baiki lg…tp mmg offer yg menarik
Curahan rasa cik tom @ ..Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati
Memang tidak dinafikan cip pemprosesan semakin laju, cekap dan tenaga rendah tetapi rungutan aplikasi perlahan masih lagi kendengaran.
Curahan rasa akubiomed @ ..Kenali sains dalam dunia islam dengan Sultans of Science
mari meninggalkan laptop/komputer yg ketinggalan zaman… heeee~
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Luahan mahu hamil
tapi harga pc baru tu berapa agaknya..
Curahan rasa hafiz @ ..Separuh Akhir kedua Pahang vs Johor Darul Takzim
takpe. gua setia dengan laptop gua.
Curahan rasa titan @ ..Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati
jgn kedekut bro. mana tau tukar lappy, lagi lebat affiliate 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Agenda Penting Datin Rosmah
Saatnya untuk berganti dengan PC yang baru
Curahan rasa Safiy Hati @ ..Manfaat Fitness Bagi Kesehatan
Model dan performa terbaru memang banyak mengalami perubahan dari PC yang lama-lama
Curahan rasa Safiy Hati @ ..Manfaat Fitness Bagi Kesehatan
Bagi yang menyukai performa dari komputer atau pun laptop berganti dengan yang baru merupakan salah satu alternatif pilihan kita
Curahan rasa Safiy Hati @ ..Manfaat Fitness Bagi Kesehatan
makin canggih,,makasih untuk infonya
Curahan rasa agen herbalife @ ..Agen Herbalife Padang
Kempen yang bagus untuk mengganti PC yang lama
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Tips Kiat Percaya Diri
bolehlah kalau nak tukar pc lama ni.. bagus jugak ni..
Curahan rasa fiezaradzi @ ..Jerung Biru
Hmmm.. Satu tawaran menarik daripada syarikat Intel…..
Curahan rasa Anuar @ ..Top 10 Page Rank tertinggi Di dunia diungguli oleh laman web Twitter
sekarang ni semuanya nak laju..
nak laju kena belanja lebih sikit. 🙂
Curahan rasa Mus @ ..Melihat Senja Berlabuh Di Tuaran
Comments are closed.