Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menerima jemputan untuk menghadiri majlis dari Intel Malaysia memang tak dapat ditolak bila mengingati Pn Zalinda Zainon yang merupakan PR Manger Intel Malaysia yang merupakan sahabat sekolah Denaihati, boleh baca kisah pertemuan Denaihati dengan dengan sahabatnya di SINI.
Pada 20/5/2013 Intel Malaysia telah melancarkan kempen PC Refresh dipanggil ‘Generation Today‘. Dalam majlis pelancaran ‘Generation Today’ yang dihadiri oleh Team Denaihati hari tu, Norhizam Kadir (National Sales Manager of Intel Malaysia) menyatakan “Hourglass Syndrome” masih berlaku di kalangan pengguna-pengguna PC di Malaysia termasuk serata dunia.
“Hourglass Syndrome” disifatkan sebagai tingkah laku tidak normal oleh pengguna sistem PC lama (Komputer / Laptop). Gejala ini termasuk kerisauan, keresahan yang tidak terkawal dan bertindak spontan melakukan keganasan ke atas PC. PC lama pada masa kini biasanya tidak boleh beroperasi dengan cepat dan pantas seperti apa yang diinginkan oleh pemilik. PC lama yang sering bermasalah akhirnya membawa kepada tekanan dan kekecewaan.
Menurut Norhizam Kadir, data Intel menunjukkan lebih 300 juta komputer seluruh dunia adalah melebihi 4 tahun dan 65 peratus daripadanya adalah ‘bulky desktop‘.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ni terdapat banyak perkembangan menarik dalam teknologi perkomputeran termasuk pengenalan keluarga Intel Core Processor – tak lama lagi berada dalam generasi ke-4 dan Ultrabooks dengan fungsi sentuhan.
Ini adalah masa yang sesuai untuk menaik taraf PC lama yang dah ketinggalan zaman kepada teknologi terkini sesuai dengan gaya hidup masa kini yang serba pantas.
Dalam usaha untuk menggalakkan pengguna Malaysia menaik taraf PC mereka kepada peranti terbaru boleh sentuh yang dikuasakan oleh Intel, Intel Malaysia bersama-sama dengan rakan pembuat PC akan mengadakan roadshow siri jelajah ke 14 bandar di Malaysia di bawah kempen “Generation Today”. Kempen ini yang berlangsung sehingga akhir tahun 2013 bertujuan untuk memperkenalkan kepada pengguna pelbagai pilihan Ultrabook terbaru dengan fungsi boleh sentuh, tablet dan laptop.
Intel Malaysia juga akan menawarkan program ‘trade-in‘ di roadshow yang akan diadakan. Di situ pengguna boleh menebus rebat tunai bernilai sehingga RM300 untuk menukar apa saja jenama PC lama (Intel-based) dengan pembelian PC baru sepanjang tempoh kempen “Generation Today”. Terdapat juga aktiviti-aktiviti dan pertandingan; dan dengan setiap pembelian PC pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai RM8,000.00 semasa kempen berlangsung.
Intel Malaysia berusaha mendapatkan pengguna PC di Malaysia untuk beralih daripada peranti lama mereka. Adalah menjadi harapan Intel Malaysia “Hourglass Syndrome” akan menjadi satu perkara yang telah lalu dengan berakhirnya kempen ini nanti.
Kempen “Generation Today” akan berlangsung pada 22/05/2013 sehingga 31/12/2013. Penyertaan rakan kongsi OEM termasuk Acer, Asus, Dell, HP dan Lenovo. Untuk maklumat lanjut dan senarai lokasi roadshow kempen “Generation Today”, sila layari http://generationtoday.intel.com atau hubungi melalui email gentoday@in2ideas.com
39 Comments
Kesempatan mengganti PC lama dengan yang baru mumpun masih promo ini
Curahan rasa Ferry @ ..Jaminan Asuransi Kesehatan
Saya ada satu monitor lama yang belum direcyclekan…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Face of Setia City Mall – Chong Jo Lee
rumah saya ada pc lama..
Curahan rasa blackrosehunter @ ..BYOB : Bring Your Own Bottle
Saya mengerti pasal software saja kalau mengenai hardware masih kurang pengetahuan
Curahan rasa munir ardi @ ..Tim-Tim yang akan Bertanding di Piala Konfederasi 2013
cantik… baru ingat nk beli new computer 1… kena tunggu dulu yg ni keluar… ap2 pon mengharap yg terbaik dengan harga yg berpatutan
Curahan rasa Bedak Arab @ ..SNE Kapsul Dan Beutskin Essence
bila dah belajar dalam course computer ni, tahulah jugak serba sedikit pasal intel ni 🙂
Curahan rasa Lizz @ ..Siri Blogger Wanita Part 2: Memilih Niche Blog
adus…nak kena tukar jugak ker.. 🙂
Curahan rasa weschairs @ ..Toilet Poems (Sajak Tandas) 18pl
Wahhh menariknya..hehe..tukar dengan hargaa murah siapa tak nak kan..
Curahan rasa Hafizul @ ..Kenapa Harus Sedih Bila Miskin
peluang hebat ni, kalau nak upgrade pc/laptop lama dengan tukar part saja ada had spesifikasinya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Intel Malaysia Lancar Kempen PC Refresh “Generation Today”
nanti nak upgrade intel la…
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Mungkin Dia Jodohku
saya jujur tak kenal processor lain selain Intel
Curahan rasa munir ardi @ ..Hasil Akhir Final Liga Champion 2013 Borussia Dortmund Vs Bayern Munchen 1-2 Bayern Munchen Juara
Di tempat saya juga semuanya pake intel
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Lengkap Piala Konfederasi Brasil 2013
kecuali server saya justru menggunakan AMD
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Lengkap Piala Konfederasi Brasil 2013
Intel perlu menggerakkan sesuatu agar pengguna komputer sanggup bertukar kepada komputer generasi baru. Intel mampu mencipta satu revolusi baru seperti mana merela lakukan diawal tahun 90an dimana mereke menggerak pengguna komputer supaya memasang sendiri komputer. Nah sekarang sekali lagi mereka menggerakan satu revolusi supaya pengguna sedia ada bertukar kepada komputer yang lebih baik.
Curahan rasa Syarih @ ..Berbahaya Bila Cendol Tertumpah atas Komputer Laptop.
alaa dah tukar haritu bengang slow sgt dah..
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Baju kurung cotton | Edisi Raya 2013
Assalammualaikum. Bagus juga dengan program seperti ini. Saya banyak sangat PC lama. Bila ada roadtour di Kota Bharu, saya akan pergi.
Curahan rasa Masidah Mat Nasir @ ..Separuh Akhir Pertama Piala FA: Kelantan 4 vs Terengganu 1
keganasan kepada PC?
ish! ish!
Curahan rasa tips @ ..Pavilion Hotel Kuantan Pahang
menarik kempen ni.. sesuai untuk mereka yg merancang untuk tukar pc baru
Curahan rasa zuan @ ..WTF? Weekend Tak Lengkap Tanpa Bahan Bacaan
Comments are closed.