Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, boleh kata hampir semua sosial media aku join antaranya Facebook, Twitter, Instagram, Foursquare, Linkedin (dah follow ke), Flicker, Google + dan macam-macam lagi. Tujuan utama adalah untuk penjenamaan dan bersosial. Dulu sebelum ada instagram aku lebih suka guna Twitter berbanding Facebook. Sekarang banyak aktiviti peribadi, kembara dan bisnis aku kongsikan di Instagram.
Kenapa Denaihati pilih Instagram tidak Facebook seperti orang lain? Soalan ini biasa ditanya tapi aku sendiri tak boleh nak jawab. Dari dulu lagi aku tak berapa minat dengan Facebook mungkin sebab aku tak pandai nak mengayat seperti Abang Ensem. Instagram mudah je letak je gambar sudah mengambarkan berbagai makna. Mungkin juga aku ikut trend semasa ramai seleberiti dunia guna Instagram lebih dari Facebook.
Sehingga entri ini ditulis follower Instagram aku tidak lah ramai sangat tak sampai pun 1500 tapi aku gembira dengan apa yang ada. Berbekalkan dengan berbagai gambar dengan berbagai cerita aku telah daftarkan akaun Instagram Denaihati untuk anugerah MSMW best micro blog 2014. Sebab aku daftar katogeri ini kerana tak nak masuk katogeri blog yang sudah menang dua katogeri berbeza sebelum ini TAPI sebenarnya sebab paling utama bila Abang Ensem Sangat tak join jadi peluang aku nak menang sangat besar.
Memang tak sangka MSMW 2014 senaraikan Instagram Denaihati masuk final bersama Instagram Eizil786 dan Blog Dunia Farisya. Tiga hari sebelum majlis anugerah aku telah dimaklumkan menjadi pemenang MSMW Best Micro Blog 2014. Jujur aku rasa malu dengan kemenangan ini takut masyarakat online kata asyik Denaihati sahaja yang menang. Terima kasih kepada penganjur Majlis Sosial Media Malaysia kerana memilih Instagram Denaihati mungkin bukan Instagram yang terbaik di Malaysia kerana banyak lagi Instagram yang bagus-bagus tak join anugerah. Kepada yang belum tahu pemenang klik je di Senarai Blogger Terbaik Malaysia 2014.
Mungkin tak ramai tahu Instagram telah dibeli oleh Facebook dengan harga USD1 billion sebelum Mark Zuckerberg membeli WhatsApp dengan harga USD19 billion. Memang tabik dengan mereka yang kreatif membina startup yang akhirnya dibeli syarikat besar atas sebab tertentu dengan harga yang mahal.
Kepada yang belum follow Instagram Denaihati joom follow di http://instagram.com/denaihati dan kepada yang ada akaun Instagram tinggalkan link anda di CommentLuv di ruang komen di bawah jadi bolehlah kami follow. Kepada Rakan Blogger yang nak baca cerita Denaihati terutama nota tips blogging boleh beli buku Denaihati di Kedai Online Denaihati, boleh baca review dari kawan-kawan di review buku Denaihati.
No related posts.
71 Comments
Bro memang patut menang 🙂 walaupun x ramai follower tapi ianya cukup bermakna.. keep it up bro..
Curahan rasa Cara Hilangkan Jerawat @ ..Cara Hilangkan Jerawat
Memang betul kata tuan..sekeping gambar boleh menterjemahkan sejuta perkataan..
Tahniah kepada team Denaihati dengan penganugerahan yang telah diterima..
Nie add instragram saya…boleh la follow semula ye..
Thanks
Curahan rasa mohd yazed @ ..Pakar Copy Paste Diperlukan
tahun demi tahun, makin unggul DH..tahniah&selamat maju jaya 🙂
Tahniah lagi tn. Denaihati.
Saya punya instagram http://instagram.com/naimahwahab#, tapi tak aktif. Lepas ni kene aktif baliklah. Haritu main daftar jer… 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Bijak Menangani Stress
Tahniah bro Denai hati…semoga terus berjaya
Curahan rasa hafiz @ ..Contoh soalan peperiksaan Penolong Akauntan W27
tahniah! memang banyak moment yang berinspirasi
Curahan rasa Tengku Syukri @ ..Jejaka Tampil Kacak Tak Terkalah
IG saya baru ada 6 keping gambar! huhuuuu..
Btw, da follow IG denaihati. 🙂
Curahan rasa Sue @ ..Benarkah Minuman Protein Shake Dapat Membantu Untuk Kurus?
Terima kasih follow tu
Kawe guna gak Instagram bro tapi utk syok sendiri. He he.. Rasa gambo tu mcm menarik sikit, kawe share lah. Kalau tak de siapa nak tengok tak apa lah. 😀
Curahan rasa Ismail N @ ..Penternakan Lebah Madu Di Gombizau Honey Bee Farm Kudat
Dah lama tak aktif instagram..tahniah juga untuk Denaihati atas anugerah tersebut…
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Shawl Bercirikan Hijab Dari Hijabterkini.com
Kita pun tak suka sangat dengan facebook..instagram ok lagi. Cuma belum sampai tahap addicted macam twitter…Nway tahniah DH…Rezeki Allah yang bagi tak perlu risau. masing-masing ada bahagian masing-masing. So tak perlu jealous-jealous kan..
Curahan rasa Raudzah @ ..Ngeri: Kelar Ibu Gara-Gara Telepon Pintar
sekarang ni dunia software memang menguntungkan, tp bagi saya rasa risau ja kalau beli apps software dengan nilai bilion mcm ni
Curahan rasa myrujukan @ ..Penerangan Ringkas Tentang Pengakit Gout
saya pun dah mula start guna IG spenuhnya……sebelum ni tak tau yg IG tu penting..huhu
tahniah, akak pun suka guna instagram, especially untuk tunjuk tudung2 akak tu kan, sebab tu akak approved sesiapa saja yang nak follow, tapi kebelakangan ini sudah ada isu, jadi kena tapis lah pulak lepas ni, redha atas apa yang terjadi, tentu ada asbab tertentu kenapa ianya terjadi
Saya pun sama, lebih suka IG sebab boleh share gambaer utk twitter ngan fb. he he
Curahan rasa fazrol @ ..Join cabaran Skytrek di Taman Pertanian Malaysia
Sekeping gambar menceritakan seribu perkara. Memang mudah instagram ni. Saya dah follow.. 🙂
Curahan rasa Amran @ ..Mudahnya Hidup, Ambik Je Air Di Masjid
Comments are closed.