Instagram Denaihati the best micro blog

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, boleh kata hampir semua sosial media aku join antaranya Facebook, Twitter, Instagram, FoursquareLinkedin (dah follow ke), Flicker, Google + dan macam-macam lagi. Tujuan utama adalah untuk penjenamaan dan bersosial. Dulu sebelum ada instagram aku lebih suka guna Twitter berbanding Facebook. Sekarang banyak aktiviti peribadi, kembara dan bisnis aku kongsikan di Instagram.

Kenapa Denaihati pilih Instagram tidak Facebook seperti orang lain? Soalan ini biasa ditanya tapi aku sendiri tak boleh nak jawab. Dari dulu lagi aku tak berapa minat dengan Facebook mungkin sebab aku tak pandai nak mengayat seperti Abang Ensem. Instagram mudah je letak je gambar sudah mengambarkan berbagai makna. Mungkin juga aku ikut trend semasa ramai seleberiti dunia guna Instagram lebih dari Facebook.

Instagram terbaik di Malaysia

Sehingga entri ini ditulis follower Instagram aku tidak lah ramai sangat tak sampai pun 1500 tapi aku gembira dengan apa yang ada. Berbekalkan dengan berbagai gambar dengan berbagai cerita aku telah daftarkan akaun Instagram Denaihati untuk anugerah MSMW best micro blog 2014. Sebab aku daftar katogeri ini kerana tak nak masuk katogeri blog yang sudah menang dua katogeri berbeza sebelum ini TAPI sebenarnya sebab paling utama bila Abang Ensem Sangat tak join jadi peluang aku nak menang sangat besar.

instagram denaihati best micro blog 2014

Memang tak sangka MSMW 2014 senaraikan Instagram Denaihati masuk final bersama Instagram Eizil786 dan Blog Dunia Farisya. Tiga hari sebelum majlis anugerah aku telah dimaklumkan menjadi pemenang MSMW Best Micro Blog 2014. Jujur aku rasa malu dengan kemenangan ini takut masyarakat online kata asyik Denaihati sahaja yang menang. Terima kasih kepada penganjur Majlis Sosial Media Malaysia kerana memilih Instagram Denaihati mungkin bukan Instagram yang terbaik di Malaysia kerana banyak lagi Instagram yang bagus-bagus tak join anugerah. Kepada yang belum tahu pemenang klik je di Senarai Blogger Terbaik Malaysia 2014.

msmw-2014-team-denaihati

Mungkin tak ramai tahu Instagram telah dibeli oleh Facebook dengan harga USD1 billion sebelum Mark Zuckerberg membeli WhatsApp dengan harga USD19 billion. Memang tabik dengan mereka yang kreatif membina startup yang akhirnya dibeli syarikat besar atas sebab tertentu dengan harga yang mahal.

Kepada yang belum follow Instagram Denaihati joom follow di http://instagram.com/denaihati dan kepada yang ada akaun Instagram tinggalkan link anda di CommentLuv di ruang komen di bawah jadi bolehlah kami follow. Kepada Rakan Blogger yang nak baca cerita Denaihati terutama nota tips blogging boleh beli buku Denaihati di Kedai Online Denaihati, boleh baca review dari kawan-kawan di review buku Denaihati.


Spread the love

71 Comments

  1. instagram, kalau digunakan dengan betul boleh menjadi satu medium yang baru dalam penyampaian bergambar..
    tahniah tuan atas kemenangan ini..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!