Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, boleh kata hampir semua sosial media aku join antaranya Facebook, Twitter, Instagram, Foursquare, Linkedin (dah follow ke), Flicker, Google + dan macam-macam lagi. Tujuan utama adalah untuk penjenamaan dan bersosial. Dulu sebelum ada instagram aku lebih suka guna Twitter berbanding Facebook. Sekarang banyak aktiviti peribadi, kembara dan bisnis aku kongsikan di Instagram.
Kenapa Denaihati pilih Instagram tidak Facebook seperti orang lain? Soalan ini biasa ditanya tapi aku sendiri tak boleh nak jawab. Dari dulu lagi aku tak berapa minat dengan Facebook mungkin sebab aku tak pandai nak mengayat seperti Abang Ensem. Instagram mudah je letak je gambar sudah mengambarkan berbagai makna. Mungkin juga aku ikut trend semasa ramai seleberiti dunia guna Instagram lebih dari Facebook.
Sehingga entri ini ditulis follower Instagram aku tidak lah ramai sangat tak sampai pun 1500 tapi aku gembira dengan apa yang ada. Berbekalkan dengan berbagai gambar dengan berbagai cerita aku telah daftarkan akaun Instagram Denaihati untuk anugerah MSMW best micro blog 2014. Sebab aku daftar katogeri ini kerana tak nak masuk katogeri blog yang sudah menang dua katogeri berbeza sebelum ini TAPI sebenarnya sebab paling utama bila Abang Ensem Sangat tak join jadi peluang aku nak menang sangat besar.
Memang tak sangka MSMW 2014 senaraikan Instagram Denaihati masuk final bersama Instagram Eizil786 dan Blog Dunia Farisya. Tiga hari sebelum majlis anugerah aku telah dimaklumkan menjadi pemenang MSMW Best Micro Blog 2014. Jujur aku rasa malu dengan kemenangan ini takut masyarakat online kata asyik Denaihati sahaja yang menang. Terima kasih kepada penganjur Majlis Sosial Media Malaysia kerana memilih Instagram Denaihati mungkin bukan Instagram yang terbaik di Malaysia kerana banyak lagi Instagram yang bagus-bagus tak join anugerah. Kepada yang belum tahu pemenang klik je di Senarai Blogger Terbaik Malaysia 2014.
Mungkin tak ramai tahu Instagram telah dibeli oleh Facebook dengan harga USD1 billion sebelum Mark Zuckerberg membeli WhatsApp dengan harga USD19 billion. Memang tabik dengan mereka yang kreatif membina startup yang akhirnya dibeli syarikat besar atas sebab tertentu dengan harga yang mahal.
Kepada yang belum follow Instagram Denaihati joom follow di http://instagram.com/denaihati dan kepada yang ada akaun Instagram tinggalkan link anda di CommentLuv di ruang komen di bawah jadi bolehlah kami follow. Kepada Rakan Blogger yang nak baca cerita Denaihati terutama nota tips blogging boleh beli buku Denaihati di Kedai Online Denaihati, boleh baca review dari kawan-kawan di review buku Denaihati.
No related posts.
71 Comments
Besar bezanya bila tahu menggunakan dengan sebaiknya seperti yang telah tuan Amir lakukan.
tahniah lagi sekali buat denaihati.com!
Curahan rasa hafizmd @ ..10 Carian Terhangat Bulan Mac Doa untuk MH370!
dah register tapi tak reti2 nak guna… jakun sungguh sata nih… he2
Curahan rasa ieta mat sa’ad @ ..AWAK NAK POLIGAMI?
typo… saya bukan sata…
Curahan rasa ieta mat sa’ad @ ..Segmen Mini Power Bank Aswan Azmy
Takpe InsyaAllah menang, setkan minda kita dgn benda positive.
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..[TERBARU] Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN 2013
Dah laa install benda alah ni. tapi tak pernag aktif…
Curahan rasa saljuhumairah @ ..Fitnah Dajjal, Khutbah tanpa teks terbaru yang dirakam di Masjid Hashim Yahya, Pulau Pinang
itulah..sama juga…bagaimana benda2 ni mampu jadi medium utk kita tingkatkan prestasi blogging..ermmm
Curahan rasa hafizmd @ ..10 Carian Terhangat Bulan Mac Doa untuk MH370!
sy rase instagram sgt2 mobile frenly sbb tu menjadi trend skang nie..ade yg bisnes fulltime lg dgn instagram
Curahan rasa Car Rental Kuala Lumpur @ ..Car Rental Kuala Lumpur (KL), Malaysia
Nampaknya tahun depan mungkin boleh cuba tambah nominate instagram HAZMANFADZILDOTCOM ….hehehehe dan lepas nie tuan Denaihati kena tambah INSTA VIDEO dan KEEK pulak yea….
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..HAZMAN vs FOOD – Bihun Belacan Dapur Sarawak
Keek dah ada ramai followe lebih 35K tu cuma tak aktif sangat bila instagram dah ada video.
Curahan rasa denaihati @ ..MH370 semuga damai mu di sana
Hebatnya… Keek tu apa pown sy tak tau… huhu…
Bestlah blog Tuan ni… mcm2 benda moden saya boleh belajar. Dari ilmu blogging sampailah ilmu media sosial. Memang wajar Tuan menang dlm MSMW yang lalu
Curahan rasa ieta mat sa’ad @ ..AWAK NAK POLIGAMI?
kalau tak nak menang..memang takkan menang punya.
so..sebab nak menang, itu pasal boleh menang. Tak perlu malu bab nak menang ni. Hoho..
Yang ni aku sokong sebab minda kita adalah kita.
Curahan rasa Denaihati @ ..Senarai bagasi yang larang bawa ke dalam penerbangan
In Sha Allah saya akan follow bila beli smartphone nanti.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Panduan Pendaftaran, Permohonan, Semakan Serta Borang SPA8i Online
Tahniah sebab menang kategori the best micro. Saya pun kurang dengan berfacebook + jarang update status. Instagram juga yang terbaik untuk dikongsi bersama. Setiap gambar pasti ada makna.
Curahan rasa Bahrain @ ..Shila Amzah Gagal Raih Gelaran Juara I Am Singer Musim Kedua
Dari mengayat kat Facebook, baik mengayat kat blog. Hehe. Lagipun, guna Instagram ni, mudah untuk kita berkongsi gambar-gambar menarik dan tambahan pula fungsi filter dia tu yang buatkan kaki snap gambar memang berkenan sangat untuk gunakan Instagram ni.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Pemodal Asing disusukan, Anak Sendiri ditinggalkan di tepi Jalan
sememangnya denaihati layak utk menang anugerah….sila jangan jeles… 😉
Curahan rasa syamila @ ..Penyusuan Susu Ibu dan 10 Tips Terbaik
Mark ni semua benda dia nak beli. hahahaha!! tapi, investment yang boleh beranakkan duit dia, oklah kan? hehehe
Curahan rasa Lizz @ ..Tricks Nak Dapat Geran Cradle CIP-Catalyst Bernilai RM150,000
Kalau dia tak beli jangka hayat FB lebih cepat terkubur.
Curahan rasa Denaihati @ ..Petronas Formula 1 Malaysia Grand Prix
afa duit semua boleh jadi… hoho…
Curahan rasa ieta mat sa’ad @ ..Wordless Of Wednesday 31 : Advert dan Keyword
ada duit semua boleh jadi… hoho…
Curahan rasa ieta mat sa’ad @ ..AWAK NAK POLIGAMI?
Instagram antara medium baru untuk perkongsian. Bagi usahawan atas talian ia adalah medium pemasaran yang berkesan untuk promosi produk.
Curahan rasa akubiomed @ ..Projek hujung minggu DIY bersih air duct Proton Gen2
Cantik gambar-gambar permandangan Denaihati ni. 🙂
Curahan rasa Ammar @ ..Gambar Kereta Mewah Sultan Johor
baru tau fb dah beli IG dgn 1billion kaya2
Curahan rasa kucinghitam @ ..Melepak Kat McD Sampai Subuh
Comments are closed.