Imam Muda satu-satunya di dunia ini

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kejayaan sesuatu bangsa di masa akan datang bergantung sepenuhnya kepada generasi muda sekarang. Apa akan berlaku di masa hadapan sekiranya anak muda sekarang terperangkap dengan gejala dadah, seks bebas, buang bayi, hiburan tanpa batas, merempet, gangster dan banyak lagi penyakit masyarakat.

Kemajuan dunia terus bergerak tanpa boleh disekat. Cara generasi muda sekarang dah dahulu bersosial dan berhibur sangatlah berbeza. Generasi muda sekarang tidak boleh disekat untuk menjadi seperti generasi muda dahulu. Jadi kita perlu memikirkan kaedah yang kreatif untuk membawa generasi muda sekarang ke arah aktiviti yang positif untuk mengelakkan mereka terjerumus ke dalam gejala negatif.

Generasi muda sungguh terangsang dengan program hiburan seperti Akademi Fantasia, Mentor, American Idol dan sebagainya. Ramai yang bercita-cita untuk ikut serta dan berjaya menjadi artis yang disanjung ramai. Imam Muda adalah salah satu program kreatif Astro yang dapat mengimbangi program realiti hiburan yang lain. Imam Muda, walaupun ianya mengambil konsep program realiti hiburan tetapi kesannya amat hebat, demam imam muda bukan sahaja di 1Malaysia malah di luar negara.

Peserta Imam Muda Astro

Semuga Imam Muda akan menjadi suntikan baru untuk membuka minda generasi muda minat kepada ILMU Islam. Insyallah semuga banyak lagi program yang sealiran akan diproduksikan untuk membentuk generasi muda yang lebih berkualiti untuk membentuk bangsa yang berjaya bukan bangsa yang yang hanya taksub dengan hiburan sahaja.

Imam Muda satu-satunya di dunia ini, saksikan Kemuncak Imam Muda : Siaran Langsung, 30 Julai 2010, Jumaat, 9.00 malam, Malam penentuan Imam Muda terunggul pertama. Mungkin anda ada idea, kongsikan program-program lain yang boleh membentuk generasi muda yang berjaya di dunia dan akhirat.

[ad#advertlets336]

109 Comments

  1. Pingback: IMCurtain.com
  2. moga program sebegini berterusan… cuma agak sedih masih ada segelintir masyarakat yang kurang terbukaan kerana mereka masih beranggapan imam mesti tua….. tok mudim pun dah ramai yang muda…. zaman dah berubah… kita kena lah mengikut arus perubahan…
    Curahan rasa indahjiwa @ ..USAH SEDIH REZEKI TERTANGGUH…percubaanMy Profile

  3. best imam muda ni.. mmg yg masuk ni layak2 belaka…

    tapi sedih hari tu de kt paper yg kata imam muda ni tak patut sbb yg masuk semua muda2.. seolah2 yg muda2 ni tak layak jadi imam.. de ke mentaliti camtu.. lau af, leh pulak yg muda2 ye.. yg muda2 ni la kita nak cari.. buat pelapis generasi masa depan..
    Curahan rasa fiezaradzi @ ..Rajin Boleh DipupukMy Profile

  4. sepatutnya kalo nak ikutkan lagi seronok tgk imam muda dan akademi al-quran nih..buat jiwa kita lebih tenang bila dengar org baca al-quran..musik pun ok juga, tapi sampai terlampui batas..

    diorang nih kalo nak bandingkan dengan suara penyanyi, lagi sedap suara diorang …

    Islam itu indah 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!