Iklan Di Blog: Nak Guna N Ke Tak?

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tulisan kali ini adalah nukilan daripada Blogger lagi ketak daripada AE yang sudah agak lama tak berkongsi cerita kerana sibuk dengan tugas sebagai seorang jurutera yang khabarnya akan dihantar ke Europe (tapi tak tahu bila lagi). Best juga tu kalau jadi pergi Europe bolehlah Rakan Blogger menumpang berteduh sehari dua bila travel ke sana. Jomlah kita baca luahan perasaan orang bujang kacak ni …

Saya yakin blogger mesti faham N apa yang dimaksudkan.

Tak lama dulu saya ada post sesuatu dalam group Facebook Denaihati Network tentang penggunaan N. Antara yang saya sarankan pada waktu itu ialah:

  1. Kalau tiada sebarang respon dari segi kempen atau jemputan ke event setelah beberapa lama (sekurang-kurangnya setahun), maka eloklah dibuang N tu dan cari syarikat lain.
  2. Blog perlu ada direction, tak boleh carca-marba hentam sahaja sebab daripada direction yang kita tetapkan inilah yang boleh mendapatkan kita jemputan ke event istimewa atau tugasan khas daripada jenama besar. Contohnya, sekarang food blogger je yang sesetengah hotel jemput untuk preview buffet Ramadhan.
  3. Lagi satu, saya tak ingat. Hari tu dekat sejam saya scroll nak cari balik post tu, tapi tak jumpa-jumpa.

Penjelasan

Yang ni dah berapa kali ulang dan jawapan saya tetap sama, kalau anda diabaikan, sila abaikan mereka. Kenapa? Tapi sebelum tu anda kena faham, niat saya bukan untuk memburukkan mana-mana company. Nama pun saya tak sebut.

pengiklanan-di-blog-niche-tetap

Pertama sebab syarikat-syarikat ni kadang-kadang pergi bidding untuk satu projek besar. N bidding supaya gunakan blog mereka, dan ada syarikat yang organize event pun kadang-kadang masuk bidding supaya gunakan blogger mereka.

Kalau anda masih terikat dengan N, anda takkan dapat peluang dengan syarikat yang lain sebab N ni memang agak territorial dan company lain tak suka cari pasal. Mereka cari blogger yang tak paparkan iklan daripada syarikat N.

“Yang ditunggu sudah tiba  Teknik Buat Duit dengan blog dari Sifu Affiliate En Titan @ Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Jadi duduklah anda di jalan mati di mana projek daripada N pun tak dapat, projek daripada syarikat lain pun tak dapat. Contoh paling mudah, saya. Dulu lepas setahun macam tak dilayan, saya terus buang dan apply dengan Innity. Tak lama lepas tu, banyak lagi pihak lain yang menawarkan advertorial dan bermacam lagi peluang.

Sekarang ni dah tak macam dua tahun lepas. Sekarang banyak dah company uruskan event dan pada masa yang sama cari blogger untuk promote event mereka. Dulu lain, dulu dua tiga company je yang aktif.

Lagipun buat semak je sebab tapak iklan adalah sesuatu yang berharga dalam blog kita. Paling ideal adalah iklan yang tak nampak macam iklan supaya orang tak menyampah nak baca. Saya yakin blogger yang membaca entri ni bukanlah top blogger macam Ben Ashaari ataupun Fatin Liyana, jadi tips ni memang kena pada anda.

Kalau top blogger tu, permainan dia dah lain.

Ada Komli dan Innity untuk anda sertai sebagai publisher. Tentang requirement Innity, dulu ada kenalan blogger pernah dapat jemputan daripada Innity walaupun trafik dia kurang daripada 1000 unique sehari.

Alasan Innity mudah, masa tu mereka nak penuhkan inventori publisher mereka dengan blog yang mempunya niche makanan. Tapi kenalan tu tak join sebab dia gunakan WordPress.com (percuma), so peluang dilepaskan begitu sahaja. Trafik requirement perlu ada untuk menapis application, tapi mereka pun pandai, kalau nampak blog yang bagus untuk dimasukkan dalam inventori mereka, mereka akan ambil.

 

Dan ini membawa saya kepada point no. 2 untuk dijelaskan. Blog perlu ada niche atau main selling point.

Nak cerita pasal makanan, cerita pasal makanan je. Nak cerita pasal kereta, cerita pasal kereta je. Mudah.

Kalau semua benda nak cerita, keunikan blog kita akan hilang. Ada pembaca yang tak nak buang masa, nak follow kita atas sebab-sebab tertentu. Macam Abang Ensem, orang follow sebab nak baca tips hartanah. Bila dia cerita pasal benda lain banyak sangat, ada orang tegur tentang perkara tu.

Dan baru-baru ni pun, saya ada terdengar yang ada sesetengah hotel hanya memanggil food blogger sahaja untuk menghadiri preview Ramadhan buffet mereka. Dah ramai sangat blogger yang hebat sekarang ni sampai mereka boleh pilih siapa yang datang. Betullah apa yang mereka buat, targeting the right audience.

Kalau panggil blogger yang rata-rata pembacanya student pun no point sebab student takde duit nak pergi buffet.

Industri pengiklanan dalam blog ni sekarang dah berubah ke tahap yang macam tu dan blogger pun kena berubah untuk kekal kompetatif.

Harap entri ni dapat menjawab soalan beberapa individu yang PM saya hari tu. Maaf saya pun tak dapat jawab sebab soalan mereka panjang sangat dan solution termudah untuk saya adalah buat entri macam ni. Jadi kalau ada apa-apa Q&A, kita boleh bincang kat ruang komen dan blogger lain boleh kongsikan pendapat mereka.


Spread the love

128 Comments

  1. Salam DH,
    Saya amat tertarik dgn entri anda kali ini, nampak berbeza dan tulus sangat. Masa mula blogging memang ingat pun nak cari pendapatan dgn iklan. Tapi bila tanpa iklan, mcm xde penyeri sesebuah blog…hehe, maka letaklah N. Memang susah utk mengekalkan niche, tp saya cuba juga walaupun tidak 100%. Kini trafik sudah stabil, uv pun maintain dlm 1K sehari. Bila terbaca entri ini mula fikir kembali…memang ciput pun dpt dr N, jenuh merayu…tetap x dilayan.
    Dari entri ini juga membuka minda saya… Rugi rasanya bila trafik tinggi tapi xguna manfaat darinya utk mendapatkan pendapatan. Lebih 80% visitor datang dari enjin carian, ini bermakna pelbagai orang yg berbeza2 dtg singgah di blog saya. Besar peluangnya disitu! Perlukah saya terus setia dgn N atau bertukar saja selain dari menambah iklan2 lain? Itulah yg sedang saya fikirkan. Perlukah saya merebut peluang yg ada? Takut juga ianya memberi kesan pd trafik…Hmmm, tp xsalah utk mencuba…
    Curahan rasa Bin Muhammad @ ..ZAKATMy Profile

  2. Ingatkan iklan N tu apa? hahahaha. kena baca baru faham. entahlah, N tu kalau utk blogger baru2 yang mungkin trafik agak kurang sedikit..dan nak tunggu innity lambat lagi..then bolehlah letak N. kalau dah lepas innity. lupakan N sebab dia ada puak sendiri -.-

  3. Rata-rata ramai lagi yang masih belum ada niche blog yang boleh difokuskan – Kebetulan saya lebih kepada foodblogging , sebenarnya ianya adalah pasaran luas sebab kita adalah PENGGUNA terbesar dalam apa jua END PRODUCT / SERVICE… Begitu juga halnya dengan niche yang lain…. Apapun rezeki masing-masing kan di samping sejauh mana kita menjenamakan blog kita….
    Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Juadah Berbuka Puasa – BURGER BAKAR AL LAZAT ABANG BURNMy Profile

  4. kebanyakkan apa yg ditulis tu saya setuju. Sebab apa? Sebab buat apa letak iklan N dalam blog kalau kita x pernah join event. Buat apa letak N dalam blog jika pendapatan setahun pun x sampai RM100, so baik tanggalkan ajer, tp still terpulang, tp bagi saya setuju dgn apa yg ditulis diatas
    Curahan rasa Juan @ ..Komisyen Pakej Rujukan Penolong Akauntan W27My Profile

  5. Syarikat N dan A tu sama jer, kedua-duanya pilih bulu.
    Walaupun begitu N masih bayar blogger tak macam A yang hutang dengan blogger entah berapa tahun masih tidak langsai, rasanya kalau ramai2 report SKMM memang masuk lokap kot bos sykt A yg suka joli sakan tu.

    Setakat hari ini aku guna Komli dan N utk blog peribadi, pemasangan N pun semata-mata nak cukupkan nilai cashout jer.
    Semoga pihak N sedar diri bahawa ramai blogger tidak suka dengan polisi “kuku besi” mereka tu.
    Curahan rasa ejam @ ..Sweetnya Anak Papa.My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!