IFTAR Denaihati Network, Adi Putra, AHB, eQurban dan Jopana bersama Blogger 1437

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah dengan izin ALLAH Ramadhan 1437 dapat meneruskan budaya berbuka beramai-ramai cuma kali ini bergabung dengan berbagai organisasi untuk menjimatkan masa dan perbelanjaan. Kali ini Iftar Denaihati Network bersama blogger bergabung dengan 1hotlovers kelab peminat Adi Putra, jemaah bisnis denaihati bersama Asia Herba Biotech (AHB), eQurban dan Jopana.


Iftar kali ini tidak percuma seperti kebiasaan tahun sebelum ini kerana mengelakkan pembaziran apabila ada yang sudah confirm tidak datang tanpa penganti. Alhamdulillah walaupun berbayar RM40 semua  tepat duduk penuh cuma sambutan daripada blogger sangat kurang. Jutaan terima kasih kepada rakan blogger yang sudi bersama walaupun dikenakan bayaran. Insyaa Allah bayaran tersebut sebagai sumbangan kepada bayaran juadah buffet ramadhan dan infaq kepada Rumah Orang Tua Warisan Kaseh dan Madrasah An Nur. Pasti ada ganjaran ada sumbangan tersebut.


The Club Bukit Utama Damansara menjadi lokasi pilihan kerana dapat menyediakan bilik khas tanpa bercampur dengan group lain. Memang tak salah pilih kerana semua berpuasa hati dengan juadah buffet ramadhan yang dihidangkan. Surau yang disediakan juga luas memudahkan solat maghrib berjemaah.


Ramai jemputan VIP yang dijemput turut hadir Iftar antaranya Master Chef Jo dan Penyanyi Zarul Umbrella. Pelakon Adi Putra memang menjadi fokus majlis sehingga tak berhenti melayan peminat yang minta bergambar. Majlis yang diisi dengan tazkirah oleh Ustaz Noehas memang ada kelainan.


Semuga semua puashati dengan majlis yang simple dan dapat mengeratkan silatulrahim antara kita semua. Terima kasih kepada penaja yang sudi menaja berbagai hadiah buah tangan dan wang tunai antaranya Tanamera. Semuga hubungan baik kita akan berterusan.


Spread the love

37 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!