IFTAR di Casa Ombak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sudah menjadi budaya geng Blogger berbuka puasa di Casa Ombak setiap tahun. Kali ini aku tak dapat join berbuka puasa di Casa Ombak di awal Ramadhan bersama geng Blogger kerana sudah ada jadual yang lain pada tarikh yang sama. Alhamdulillah di minggu terakhir dapat juga berbuka dengan jaudah buffet Ramadhan yang enak disediakan oleh Casa Ombak.


Casa Ombak lokasi sangat strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Ampang  belakang Hotel Hilton Doubletree. Menghidangkan berbagai jenis juadah buffet Ramadhan antaranya Nasi Kerabu, Roti John, Laksam, Kambing Bakar, Ikan Bakar dan Kuih Muih yang memang sedap. Ada kemudahan Surau yang bersih boleh memuatkan lebih 20 jemaah sekali solat.


Kepada rakan-rakan yang masih tercari-cari tempat berbuka puasa memang dicadangkan untuk mencuba buffet ramadhan di Casa Ombak. Boleh contact blogger AkmarOmar.com atau terus terjah FB Casa Ombak untuk tempahan.


Kepada yang nak buat majlis rumah terbuka Aidilfitri pun boleh. Khabarnya tahun lepas ramai artis yang buat majlis rumah terbuka di Casa Ombak. Selain itu Casa Ombak juga sesuai  sangat untuk Majlis Perkahwinan untuk yang mencari lakosi ala taman.

Terima kasih kepada team Casa Ombak yang sudi melayan team Denaihati berbuka puasa. Ada rezeki jumpa di lain majlis.

31 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!