IFTAR bersama PM Hun Sen dan komuniti Islam Cambodia

Assalamualaikum dan salam sejahtera, untuk tahun ketiga berturut-turut PM Hun Sen menganjurkan majlis berbuka puasa bersama komuniti Islam. Alhamdulillah kami eQurban juga dijemput bersama lebih 300 delegasi Malaysia daripada berbagai pertubuhan. Ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh melalui pintu VIP disambut oleh wakil CMC dan dibawa ke hotel Le Grand Palais.


Tujuan majlis Iftar bersama PM Hun Sen dan komuniti Islam adalah untuk merapatkan hubungan antara Kerajaan dan rakyat juga dengan NGO seluruh dunia yang banyak membantu umat Islam Cambodia. Rakyat Malaysia ramai yang datang membantu umat Islam Kemboja dengan berbagai kaedah.


Ketibaan delegasi Malaysia di dewan persidangan Koh Pich disambut oleh Datuk Osman Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Mufti Kamaruddin. Majlis dihadiri lebih 5,000 jemputan daripada seluruh Cambodia dan wakil-wakil berbagai negara. Sempat juga berjumpa dengan Duta Malaysia yang baru Datuk Hassan Malik.



Semuga majlis yang baik seperti ini dapat dianjurkan setiap tahun untuk merapatkan hubungan rakyaat dengan kerajaan.

60 Comments

  1. Teringin nak bertemu saudara Islam kita di sana. Tahniah tuan dapat bertemu PM terus. semoga bayak yg kita dapat sumbangkan untuk saudara2 kita tu

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!