IFTAR bersama Madrasah Tahfiz An Nur

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah tahun ini dapat melapangkan masa menghadiri iftar bersama Madrasah Tahfiz An Nur di Kesang Laut Muar. Tahun lepas tak sempat bersama kerana berada di luar negara untuk urusan bisnis. Terima kasih kepada mudir Ustaz Nur Effendi yang telah menjemput ibu bapa untuk iftar bersama.


Iftar tahun ini memang meriah kerana lebih daripada seratus keluarga memberi komitmen untuk hadir. Walaupun berbagai juadah keluarga offer nak bawa tetapi mudir madrasah lebih selesa untuk menyediakan makan supaya tiada pembaziran. Kepada keluarga yang nak bawa boleh bawa untuk keperluan sendiri.


Iftar dimulakan dengan bacaan doa dan berbuka ringkas. Selepas solat maghrib barulah sambung dengan juadah yang berat. Keluarga dan anak-anak yang khatam hafiz, khatam syahadah dan khatam kitab bukhari diberi keistimewaan dengan hidangan dulang di rumah mudir madrasah.


Selepas berbuka puasa acara diteruskan dengan majlis khatam hafiz dan khatam syahadah. Tahniah kepada anak-anak yang korban masa antara setahun setengah ke empat tahun untuk menamatkan pengajian. Majlis diikuti dengan acara khatam Kitan Bukhari untuk enam orang pelajar alimah. Mereka telah menamatkan pengajian belajar hadis Nabi selama enam tahun. Beruntunglah kepada ibu bapa yang dapat melahirkan anak-anak yang hebat seperti ini. Klik SINI untuk menonton video majlis khatam hafiz dan khatam kitab bukhari.


Selepas solat isyak dan terawih majlis diteruskan dengan perkongsian daripada ustaz Dr Iqbal bertajuk “Makanan Sunnah”. Banyak ilmu yang dapat ditimba terutama jeni-jenis dan kaedah makanan sunnah yang betul. Semuga majlis ini menjadi asbab turunnya hidayah oleh ALLAH. Ada rezeki jumpa lagi tahun depan.


Spread the love

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!