Ibadah Haji Kembara Rohani

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, musim haji datang lagi maka berbondong-bondong umat Islam menuju ke rumah Allah, ada yang berjalan, bertongkat, dipapah dan berkerusi roda. Mereka datang ke tanah haram bukan kerana mereka kaya, bukan kerana mereka kuat, bukan kerana mereka sihat, bukan kerana ada masa lapang, bukan kerana mereka kenamaan tetapi kerana satu iaitu terpilih oleh ALLAH menjadi tetamu agung.

[box type=”shadow”]Klik untuk tempahan Qurban Kemboja secara Online hanya RM350 satu bahagian[/box]

Kembara Haji adalah kembara rohani untuk menyempurnakan rukun Islam ke lima yang wajib untuk setiap umat Islam yang mampu. Selagi belum sempurna ibadah haji maka belum sempurnalah Islam kita terutama kepada yang mampu. Mampu itu bukan bermaksud mampu kewangan tetapi mampu keimanan sehingga yang miskin akan berusaha sedaya upaya mencari sumber kewangan demi menyempurnakan Islamnya yang jauh lebih penting dari kehidupannya.

Mengembara ke kota mekah untuk kelebihan rohani
Suasana para jemaah di kota mekah

Untuk menyempurnakan Islam dan Imam bukan jalan yang mudah memerlukan mujahadah yang tinggi untuk mengerjakan ibadah Haji. Setiap jemaah haji mempunyai bahagian masing-masing di tanah haram bergantung pada niat dan usaha atas iman. Ujian pasti ada tidak boleh dielak bagi menguji tahap keimanan untuk memperolehi martabat tertinggi Haji Mabrur. Haji Mabrur bukan mudah tetapi menjadi impian semua jemaah haji yang pasti akan merubah kehidupan.

Apabila melangkah keluar dari pintu rumah menuju ke Tanah Haram bulatkan niat kerana Allah untuk Allah dan bersedia untuk diuji dengan segala macam ujian tanpa mengeloh. Panjatkan rasa syukur kepada Allah kerana kita telah terpilih menjadi tetamu-Nya. Buangkan rasa takut dengan dosa-dosa yang pernah kita lakukan kerana ini masa terbaik untuk kita membersihkan diri dan semuga Allah terus tutup hijap maksiat di hati kita.

Haji itu kusut masai pabila jemaah mengembara dari Padang Arafah, Muzdalifah, melontar jamrah di Mina dan berakhir tawaf & Saie di Masjidl Haram selama lima hari tanpa memikir pakaian cantik, bilik air yang lengkap dan tempat tidur yang selesa melainkan mencari redha ALLAH. Haji melatih manusia untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi tanpa melihat bangsa, pangkat dan kekayaan kerana di sisi ALLAH beza manusia hanya pada iman dan taqwa.

[box type=”shadow”]Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2016

  • Penerbangan Pertama : 2 Ogos 2016
  • Penerbangan Pertama dan berperingkat : 2 Ogos – 5 September 2016
  • Tarikh wukuf : 11 September 2016
  • Penerbangan Balik dari Mekah : 28 September 2016[/box]

Tidak kurang juga ramai jemaah yang gugur dalam perjuangan mengejar Haji Mabrur apabila tewas dengan ujian yang sudah bermula sejak melangkah keluar dari rumah. Ramai yang tidak dapat mengawal perasaan maka terhamburlah perkataan kasar sumpah seranah layak bukan jemaah haji kerana keegoan tak sanggup merendahkan diri kepada ALLAH. Haji itu mujahadah yang memerlukan kesabaran dan penyerahan diri total kepada ALLAH dengan melupakan dunia sementara. Lupakan niat untuk membeli-belah kerana itu boleh dilakukan di tempat lain. Apa je barang di Mekah dan Madinah yang tak ad di Malaysia sekarang.

Beruntunglah kepada mereka yang telah terpilih dan kepada yang belum berazam, berdoa dan berusahalah untuk menjadi tetamu Allah kerana belum sempurna Islam kita selagi belum sempurna ibadah rukun Islam yang ke lima. Haji 2013 pasti lebih mencabar kerana proses pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sedang rancak berlangsung.

[customgallery]

38 Comments

  1. Beruntung sekali mereka yang sudah kesana 🙁
    Jadi inget orang tua , pengen banget berangkatkan mereka kesana 🙁
    insyaAllah suatu saat nanti harus berangkat kesana sekeluarga 🙂
    amin ya Rabb …
    Curahan rasa Resep Masakan Indonesia @ ..Soto AyamMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!